Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

15 October 2011

padan muka!

laen kali jgn nk selongkar baca blog org..
sendiri mau ingat
sendiri tangung
padan muka..
sudahlah
xde mood!
jiwa kacau~

08 October 2011

sibuk sgt ke?

dah lama rasanya x update blog
banyak koleksi cerita nak dicerita
banyak idea nak di luahkan
tapi kenapa rasa macam xsempat nk tulis
org lain sentiasa update
sibuk sgt ke sy ni?
sy tidak bekerja
hampir seluruh masa sy di rumah
kiranya sy ni kategori suri rumah tangga sepenuh masa walaupun hakikatnya belum menjadi mana2 suri dalam hati sape2 lagi
tapi inilah hakikat kehidupan sy sekarang ni

kadang2 bila ada masa terluang
sy rasa sedikit "sayang" utk habiskan masa sy dengan menulis blog
kerana sy rasakan ada banyak tugasan lain yg sedang menantikan perhatian sy

contoh?
mencari resipi di internet dan memikirkan resipi utk di masak nati >> skang ni sy sdg cuba buat tiramisu ^^
mencari kerje kosong dan mengisi borang >> kdg2 agak meremehkan benda yg ditny..
mengemas rumah
membaca buku2 ilmiah
termasuklah buku agama, motivasi, sejarah, buku blaja bahasa inggeris..huhuhu
sy skang ni sdg menjalani program mengupgrade skill bahasa inggeris yg semakin berkarat
sebagai persediaan utk keje kelak
sementara tgh bercuti ni (program buat sendiri) huhuhu
sy buka internet baca paper bahasa inggeris
kt internet ni macam2 kemudahan ada..so sy explore segala macam yg ada demi mengupgrade skill bahasa inggeris sy..

jd di mana peruntukan utk sy update blog?

tambahan pula skang ni sy sudah ada baby
dia memerlukan perhatian sy..huahuahuahua...
dgn baby pun sy berkomunikasi dalam bahasa inggeris..
dia turut terjebak dalam program bahasa inggeris sy..huksss
kehadiran dia turut memadatkan lagi agenda sy di intenet
pencarian google sy semakin bertambah
"kaedah mendidik anak"
"makanan berkhasiat utk bayi anda"
"Tanyalah DR anda"

sesuai x?hahahahaah

kelassss kau!

kesimpulannya

sy sgt sibuk!


18 September 2011

meniti anak tangga dunia

penting ke anak tangga dunia ni atau bahasa bestnye ranking dunia?

pape pun jom kita layan 700 top universiti dunia..

antara senarai 700 tu terselit juga senarai universiti dr malaysia..

167 - Universiti Malaya
279 - Universiti Kebangsaan Malaysia
335 - Universiti Sains Malaysia
401-450 - Universiti Teknologi Malaysia
451-500 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
601+ - Universiti Teknologi Mara

(sumber: http://www.topuniversities.com/university-rankings)


ehem.. sy graduan daripada UKM..
bila di luar bersama masyarakat,
ada segelintir yang pandang rendah pada kebolehan UKM sebagai sebuah universiti
tapi kenapa??

ini berlaku kerana..
UKM menjadikan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran..
hatta penulisan tesis di UKM juga dalam bahasa Melayu..
ada masalah ke?
kalau UKM x hasilkan bahan ilmiah dalam Bahasa Melayu, agak2 sape lagi yang nk banyakan sumber rujukan dari bahasa kita sendiri?
Rakyat uganda? semestinya tidak..

pelajar asing yang menuntut di UKM, diwajibkan untuk ambil kelas Bahasa Melayu..
jangan terkejut jika korang dtg UKM, ramai foreigner yg boleh berbahasa Melayu..
ada juga yg sgt fasih! seronokkan..
kita berjaya perkenalkan bahasa kita kepada luar..

adakah bahasa itu satu isu untuk menilai kemampuan universiti itu?
semestinya tidak..

banyak faktor yang membawa kepada kualiti universiti..

antaranya..
tenaga akademik atau tenaga pakar
penyelidikan, pembangunan dan inovasi
terbitan jurnal atau bahan2 ilmiah
dan macam2 lagi..

so jangan salahkan mereka kerana mereka tidak tahu..

sekian..

26hb ni sy konvo..tahniah utk sy~ heheheh

15 September 2011

13 September 2011

untuk kwn2 sy!



sume org hidup ceria..
pelbagai corak yang melakari keceriaan itu..
salah satunya..
corak yang dilakarkan oleh sang kawan..
itulah anugerah Allah..

i dedicate this song spesel utk kwn2 yg sudi hadir dalam hidup sy..
menceriakan hari2 saye..

untuk..
kwn sekolah rendah:
syazana, suhaili, sarah, mazidah, tini, hazwani

kwn sekolah menengah:
nadia, zubaidah, lin, liyana, nora, khamimah, raihana, khalidah, azlina, maisarah.

kwn matrikulasi:
maryam, wawa, fatimah, nadhiah, nort.

kwn degree:
fiza, maisara, jaziha, akma, puteri.

kwn master:
dayang, fairuz, kak yati, kak waheedah, kak laili, kak ifa, kak ain, kak dayah, arlina, rafa, ijan, kak nurul, wana, dud, kinah, wan, tuyun, ed, kak minah, sukor, nuar, teh, syima, kak zati, syida..

dan juga yang tak tersenarai yang lain2 tu..

sayang sume!
rindu sume!

28 August 2011

oh..abang..

ada 4 kategori manusia..

Di awal pagi, yang hening dan dingin, ada 4 soalan yang sering di ajukan oleh sang isteri kepada suaminya.
maka dikategori manakah anda ini wahai para isteri..

kategori 1
"abang, hari ni agak2 kita makan ke x?"

soalan ni jarang disoalkan oleh isteri2 di malaysia kerana alhamdulillah malaysia masih punya sumber makanan untuk di makan.

kategori 2
"abang, hari ni kita nak makan ape?"

kebanyakan isteri suke tny soalan ni. elok baru sudah makan sahur dh tny kt suami berbuka nati nk makan ape. adakah org perempuan ni kuat makan? oh tidak rasanya. mungkin sang isteri memikirkan suami. sentiasa nk masak yg terbaik untuk suaminya. >> aku bersangka baek..huhuhu

kategori 3
"abang, hari ni kita nak makan kt mane?"

ni mmg suami stail org berduit. keje atur makan kt luar je. atau isteri malas masak.huhuhuhu..
sekali sekala boleh la kot nk makan kt luar, kalau hari2 dah camne kita?

kategori 4

yang ini x sume isteri akan tanya kt suami..malah x terlintas kot..
bukan calang2 isteri yg akan tanya soalan camni kt suaminya..ini soalan untuk isteri luar biasa kepada suami luar biasa

kerana..

kerana..

kerana..










sang isteri sedar suaminya bukan sapa2..
bukan perdana menteri..
bukan org yg berkuasa..
dan yang paling penting masih pny iman dan tidak berkuku besi..

apakah soalannya?





























































































"abang, hari ni kita nk makan sape?"

huahuahuahua...
ni dalam kepala nk kenakan orang,
nk tindas orang fikir nk cari mangsa..
sape yg akan kena pas ni..huhuhu..
nk cari duit untuk kayakan keluarga..
tindas org yg lemah dengan kuasa yang ada..
fikir cane nk bayar maintenance koleksi barang kemas yang harga berjuta2..

oh tidak..

jangan sesekali fikir nk jadi isteri yg camni..

jadilah isteri kategori ke 5

soalan yg ditanyakan kepada sang suami soalan yg mendekatkan diri kepada Allah..

apa kata esok ramadhan 29 pas sahur cer tny suami soalan ni

"abang, hari ni kita nk dhuha pkl bape?"


cer tanya soalan ni..
cer tanya..
oke x?

huhuhuhu...



Berubahkah kita kali ni?

alhamdulillah..
hari ini kita masih di berikan nafas untuk bernyawa pada ramadhan ke 28 malam ke 29..
syukur kesempatan masih milik kita..
tinggal lagi 1hari..
mungkin sempat mungkin tidak utk ramadhan ke29 buat kita..
Dapatkah kita pengampunan drp Allah pada ramadhan ni?
Allahuakhbar..
mudah2an Allah terima taubat kita dan ampunkan segala dosa2 kita..
amin..

alhamdulillah..
sehingga ramadhan ke 27 (semalam),
solat terawih di surau rumah saya sentiasa penuh..
momentumnya masih sama seperti ramadhan yang pertama..
syukur..
tiada fenomena makcik2 juga kakak2, adik2 yg pulun buat kuih sampai x mai terawih..
dari ramadhan pertama hingga semalam, masih nampak wajah2 itu..
semoga momentum itu kekal walau berakhirnya ramadhan..

alhamdulillah..
kuliah subuh di surau itu juga penuh seperti ramainya jemaah solat terawih..
oh bertuah dan bersyukur..

sama2lah kita kekalkan momentum itu sehingga kita bertemu ramadhan yang berikutnya..
insyaallah..

orang kata, kalau ada yang berazam nk berubah, boleh dimulakan di bulan ramadhan..
dari ramadhan yang pertama, hingga terakhir di kekalkan perubahan itu..
insyaallah mudah untuk istiqomah..

saya penah lakukan pada ramadhan 4 tahun yang lepas..
alhamdulillah..saya masih bersama perubahan itu..
dan semoga terus kekal insyaallah..
bagaimana dengan azam ramadhan kali ni?
mampukah untuk istiqomah??
mudah2an Ya Allah..tetapkan hatiku dengan perubahan ini..
semoga istqomah..

anda pulak bagaimana?
mudah2an jg hendaknya..

akhir kata..

Salam aidilfitri

zakat fitrah jgn lupe =)



15 August 2011

dedicate to mummy and mama ^^

bila baca blog mereka,
tulisan mereka,
kehidupan mereka,
luahan hati mereka,
saya tau dorang bahagia..
erm..
bukan..
bukan..
tapi..
dorang sangat2 bahagia ^^

inilah yang dikatakan jodoh..
sudah suratan bukan kebetulan.. =)



doa saya..
semoga berbahagia selalu..
dan terus menjadi isteri solehah utk suamimu dan ibu mithali utk anak2mu..amin


13 August 2011

Ramadhan 12 @ KAMPUNG

IKAN PARI BAKOR








MENANTI DETIK AZAN MAGHRIB

standby depan tv..



sambil menghilangkan rasa lambatnye jarum jam bergerak



susunan juadah yang tidak memerlukan protokol di raja..^^



bawa sorang ckit dari rumah..tu pasal jadi camtu..tapi xpekan =D


SETELAH AZAN ISYA' BERKUMANDANG


isya' dan terawih berjemaah

TAMAT
....
....
....

~setelah selesai sume kembali ke rumah masing2~

andai masih di beri peluang dan kesempatan..

kita jumpa lagi ramadhan tahun depan..

insyaallah..

tinggal lagi berapa hari je lagi =(

cepatnye masa berlalu..
pantas masa bergerak, tapi tidak sepantas amal ibadatku..
di manakah pestanya?

ALLAHUAKHBAR

11 August 2011

Bila menteri ramai, apa faedahnya?

UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri,
Perancis 66 juta ada 23 menteri,
Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet
Switzerland 8 juta ada 7 menteri.
Malaysia 28 juta penduduk ada 30 menteri.

sumber:Harakahdaily

boleh dikatakan secara kasarnya di Malaysia..
1juta rakyat 1menteri..
memang betul2 1Malaysia~

apa manfaatnye menteri ramai2 kalau.. *merenung sejenak*
makin ramai menteri, makin banyak gaji menteri kena bayar, makin tinggi perbelanjaan negara kena tanggung..
mane dapat sumber nk bayar gaji menteri?
salah satunya daripada cukai2 yang di bayar rakyat..
menteri..amanahlah dalam memikul tanggungjawab
kerana Allah Taala..



10 August 2011

Alahai..rafflesia la plak



sedang melayan buku LAWAK KAMPUS, terjumpa kartun ni. hati cam ada rasa. huhuhu. i like ^^

*petikan daripada cite kartun LAWAK KAMPUS by Keith*

07 August 2011

Beruntunglah seandainya kamu mengerti =)

Sekumpulan wanita sedang
berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari,
timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang
dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan
persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini
tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak
pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri
ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar
kemana-mana pun tak bagitau kami takpe pulak.”

Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid, ikut
surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka
perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah
keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita
mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa
buat anak cari kita, masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan
wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada
isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami
yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat
macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita
perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak”.
Kemudian datanglah seorang
lelaki kepada mereka lalu ditanya mengapa mereka mengomel tentang kejadian
wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan
diatas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya
menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki
itu menjawab:
“Cik adik, Islamlah yang
mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak
sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita
simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi
di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki,
yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat
kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang
lelaki.

Pada
wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat
pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga
kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah
berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa anda
perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda
lakukan.”

Pada
wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima
warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk
wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi
dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka
itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta
pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita
keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih
kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu,
anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya
anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati
syahid dan ganjarannya syurga.”

Pada
wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan
lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang
wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik
perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan
dibantu oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak
lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada
wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki
beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w. lebih suka wanita beribadat di
rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk
mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda
sukai tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan
empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatan dan…….taat pada suami anda. Itu saja.”

Pada
wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib
berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan
menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala
setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata. Itu janji Allah pada kamu.”
Kemudian lelaki itu bertanya
mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis
dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun
kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami
berbanding kaum lelaki!”

(terima kasih atas perkongsian. credit to Kak Shida)



Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

04 August 2011

La Tahzan \(^_^)/



~HE knows best~

p/s: saje2 je..best plak dgr..layannnn =)

Ku ada kamu =)

Ujian itu didikan daripada Allah..
Sapaan buat hambaNya yang leka..
alhamdulillah..
bersyukurlah..
Allah masih sudi mendidikmu..

~dalam kesedihaan hati ini terpujuk.. dapat berkongsi resipi nasi ayam ngn kwn!~
sesungguhnya sy xdelah pandai masak, tapi x jemu2 belajar dan mencuba.
rasa seronok dapat share resipi. ehehehe.. teruja! ~
credit to my kwn.. i luv u so much..thanks for everything NFAB =)


salah seorang tukang masak di atas semestinya bukan sy..huhuhu

02 August 2011

Org lain dah..Aku bila lagi??

research? ---- dah
writing? -----dah
viva? -----dah
submittion tesis? -----dah
kawen? ------ x termasuk..huhuhu


so..


ape yg belum???

writing paper? ---- belum
publish jurnal? ---- lagi la belum
present paper? ---- belum
international conference? ---- lagi laaaaa belum

tp camne nk setel yg belum2 ni??
kalau start tulis pun x lagi..
erkkkk..

kalau tekan search kt Science Direct tu asyik kuar nama org laen je..
xpenah nye nk kuar nama sendiri! ke camne?

xkn satu jurnal pun xnk publish?
"membazir bahan kimia je awk ni.. "

baiklah Prof... =(

tapi bila nk start menulis tu ek????? ZZzzzzzZZZ

huh~

27 July 2011

meh pakat baca kisah lucu hari ini

oke..dah xjadi nk nangis..
sedang seronok berjalan2 di blog2..
terjupa satu kisah menarik..

pasal kisah..
facebook najib penuh dengan komen "diamlah najib"
dipercayai komen tu dikeluarkan selepas najib post kt blog dia pasal tanggungjawab seorang peimpin.. (lebih kurang camtula)
rakyat menyindir sakan kt fb dia dek xpuas hati ngn post tu..

dan..
dengan tangkasnya utusan meloya..eh..eh..silap..utusan melayu..
mengeluarkan kenyataan akhbar..baik punya ayat~facebook najib dicerobohi~

klik link kt bawah ni:

Facebook Perdana Menteri diserang komen berunsur fitnah


ape2 je la..sedap2 je rakyat nk digula2kan..
terasa keintelektualan diri di injak2, di pijak2 tatkala membaca utusan melayu..


p/s: tapi yang kt bwh ini pun ada juga dlm fb najib. apa kaitan eh? sy post sbb lucu. kreatif sungguh rakyat malaysia ni. xbek cenggitu. layannnnn..huhuhuhu

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
ROSMAH MANSOR SELALU BERJALAN DISEBELAH KIRI NAJIB RAZAK KERANA LORONG KIRI HANYALAH UNTUK KENDERAAN BERAT
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

kenapa dgn hr ni?

hari ini rasa cm nk menangis..
semalam pun rasa juga..
tp..kelmarin pun rasa juga..
erk.....
kesimpulannya ape ni???

~kadang2 hati ni kuat, kadang2 macam ape je~
alahai hati..
jangan menangis ye syg..





21 July 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

happy ramadhan... Pictures, Images and Photos

Sedar x sedar,
kita dah menghampiri kepada bulan Ramadhan,
Bulan pengampunan,
Di mana tertutupnya semua pintu neraka, dan terbukanya semua pintu syurga,
Moga ramadhan menjadi madrasah terbaik,
buat sang hati mendidik diri,
menjadi lebih Cinta kepada Sang CINTA


“(maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Ya Allah..Ya Allah.. Ya Allah...
aku khuatir, dalam menghadapMu di sana kelak,
aku tidak punya apa2 untuk dijadikan bekalan..

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..
aku khuatir, di sana kelak,
aku menjadi fakir dengan sedikitnya amal soleh ku di dunia..

Ya Allah.. Ya Allah..Ya Allah..
Ampunilah segala dosa2 ku..
Didiklah hati aku menjadi hamba yang bersyukur di atas segala nikmat Mu
Didiklah hati aku menjadi hamba yang gentar dengan Kalimah-kalimah Mu
Didiklah hati aku Ya Allah..

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna..
mungkin ini ramadhan terakhir buatku..

Bismillahhirrahmanirrahim

26 April 2011

apabila menanda kertas exam..

kita pasti tersenyum, dan kadang kala ketawa yang tidak berdekah2..
tatkala membaca jawapan exam student yg kreatif dan boleh wujud dalam kepelbagaian..
setiap subjek..pasti jawapan itu berjaya diolah dengan begitu baik sekali..
tahniah kepada pelajar yg jawapannya telah terpilih untuk kategori jwpn paling comel..

subject: biology

question: name the human male and female gonads?
student's answer: for male testis, for female panties.

subject: biochemistry

question: what is solution?
student's answer: solution is the way to solve the problem.

subject: chemistry

question: draw the structure for cis and trans for the following structure.
student's anwer: cis... tersangkut!

subjek: english

question: gives the factor that can cause social problem among the teenagers?
student's answer: parents very busy for find the food for the family and teenagers have very fragile hearts.

p/s: based on the true story~

tekad sy..


taraaaaa...
alhamdulillah..
juadah berbuka puasa semalam...
walaupun ringkas, tapi inilah komitmen..

sekarang...
sy bertekad untuk memasak selalu..
sy bertekad untuk improvekan skill memasak sy..
cukup2la air tangan orang asing..

banyak kebaikan masak sendiri..
masa memasak boleh selawat dan doa..

sy nk buat persediaan awal..heheheh
doakan sy..
semoga...
semoga...
semoga...

istiqomah =)

16 April 2011

antara alasan yg paling kreatif




assalamualaikum..
hari ni sy nk berkongsi pengalaman sy jadi cikgu..
antara pengalamannya ialah menghadapi student yg kaki ponteng..

antara sebab2 yg paling kreatif seorang plaja x dtg kelas:

  1. sy jatuh katil malam tadi. pagi td sy xdpt dtg kelas sbb badan sakit xbole bangun.
  2. sy tido pukul 5pagi malam tadi sbb siapkan assignment. sbb tu sy xbole dtg kelas awal pagi tadi.
  3. sy xbole dtg sbb hujan lebat. nati kene hujan. moto sy xde bumbung.
  4. sy tersilap tgk jadual waktu. sy ingtkn xde kelas pagi ni.
  5. sy kene balik kampung sbb mak sy suruh juga sy balik kampung.
  6. sy kene balik kampung sbb sy dh beli tiket.

miss: macam2 alasan awk bole bagi kt sy. awk je yg tau yg mane satu keutamaan awk. yg nk blaja tu awk, bukan sy.. suka hati la..

alih2..bila semak rekod kedatangan, plaja yg selalu bagi alasan kreatif dan yg terbaik ni mmg selalu x dtg kelas..bukan terhad pada kelas kimia je, malahan sama je kelas lain

kepada plaja, janganla perbodohkan diri awak..

sekian..

06 April 2011

kisah ibu ketam!

selepas 2 kali terjadi..

maka sy dah xtahan..

nk suh student hormat lecturer ape sume bagai..

tapi sesama lecturer sendiri pun x de respect..

ingat student nk respect ke klo camtu?

xbole pikir ke..

pimpinan melalui teladan beb..

jgn la cakap x seiring dgn tindakan..

benarlah seperti ibu ketam..

selagi kamu x sedar, jadilah kamu seperti ibu ketam sampai bila2..

(sy sgt terasa dgn tindakan kamu)

maaf kan saya dengan perasaan ini.. kerana sy bukanlah manusia sempurna..

21 March 2011

m not perfect..sory for dat..

di telan mati mak, di luah mati bapa..

andai dapat di undur masa..

xpayah masuk dalam mulut..

so xpayah pikir nk telan ke nk luah..

tapi xpe..

x elok ber andai-andai ni..

benda dh berlaku..

hadapi dengan tenang!!

19 March 2011

istimewa utk.. NFAB




hadiah pemberian Nor Fairuz Abu Bakar..
kepada yuz..terima kasih sudi jadi sahabat syira..
i love u so much..
moga ukhuwah yg terjalin sentiasa dalam peliharaan Allah..

"selama ini..
ku mencari-cari...
teman yg sejati..
buat menemani perjuangan ini..
bersyukur kini
pada Mu Illahi
teman yg ku cari
selama ini
telah ku temui.."

18 March 2011

aset terkumpul sehingga 2011


2000
harga beli RM38.90. skang dh xgune. ddk dalam almari kaca.



2002
mechanical pensil jenama pilot. harga RM3.30. satu2nye pensil yg aku ada sejak blaja dari matrik sampailah skang dh mengajar org.



2000
pensil box body glove. masih lagi berkhidmat dengan baik sejak dibangku sekolah sehinggalah dibangku ofis.
harga RM20.



2002
bingkainya masih lagi disimpan sehingga sekarang. harga RM250

so..jumlah aset terkumpul aku tanpa mengambil kira susut nilai ialah...
rm312.20..

walaupun nilainya mmg xbernilai, tapi sumbangannya kepada kehidupan aku tidak ternilai. dari dibangku sekolah, dibangku universiti sehingga dibangku ofis..itu juga la yg aku gunakan sampai skang..

sape yg belikan?

sudah pastinya..mak dan ayah..

untuk mak dan ayah..
terima kasih kakak ucapkan utk semuanya..

kakak sayang mak ayah..




22 February 2011

sy tidak tertekan..

baru selesai menanda kertas jawapan test student..
cantek sgt 9 je yg lulus 18gagal..

sy xfaham..ape yg dorang x faham sebenarnye..
sy aja dh slow abes..
bole di katakan sy tidak mengenakan sebarang kelajuan di situ..
sy menggunakan kelajuan yg disyorkan di jalan raya..
malahan lebih rendah daripada itu..
jika ada 2 lorong, sy perlukan lorong yg ke4..
lorong yg paling kiri..kelajuan sy lebih lambat daripada lori tangki minyak..

nk kata x cukup latihan, mungkin jg belum cukup..
telah disediakan buku latihan sejumlah 600m/s masih belum memadai
mungkin mereka perlukan 1600m/s
akan sy usahakan..

ini ujian buat sy..
ujian sebagai seorang pendidik..
mendidiklah dengan sabar dan ikhlas..
semuanya kerana Allah..

walau apapun..
sy cuba untuk tidak tertekan..

21 February 2011

berhati2 post status di fb..

perkongsian di petang isnin..
memetik kata2 seorang Dr (tetamu jemputan MHI pagi tadi)

apa yg kita post status di fb adalah mencerminkan siapa kita 10 tahun akan datang..
janganlah nk tulis sembarangan..mind ur words..
tulislah yang indah2 je..bukan ke yg indah itu bahasa =)

so berhati-hatilah semasa menulis status di fb..
kerana apa yang anda post sekarang, menggambarkan siapa anda 10tahun akan datang..

" sy bakal menjadi pemimpin negara..menerajui negara Islam yg benar2 Islam"

agak2 sape dia ye 10tahun akan datang nati?

huhuhuhuhuu..

~oke jupe lagi~

3 perkara kalau xnak bahagia ;)

mari kita renungkan bersama..
sy dapat pengisian pagi ni daripada rancangan MHI
sementara tengah bersiap nk ke ofis..

kita selalu berbincang tentang cara nak bahagia..
tapi kali ni pendekatan yg berbeza digunakan..
mungkin boleh dikatakan reverse psikologi..
sekadar mungkin.. krn sy bukan latar belakang psikologi ;)

3 perkara kalau x nk bahagia:

1) sentiasa merungut - xperlu la merungut..gantikan rungutan di bibir dengan kalimah zikrullah..beban yg terpikul di bahu terasa ringan..insyaallah..kerana kekuatan itu dtg drp Allah..Maka kembali lah kepada Allah..segala ujian pasti ada rahsia di sebaliknya..

2) Menyalahkan org lain - berhenti menunding jari. terimalah dengan berlapang dada. perbaiki diri sendiri dan cuba cari penyelesaian yg terbaek tanpa menyalahkan sesiapa. tapi jangan menyalahkan taqdir pula =)

3) Menyalahkan diri sendiri - bila dah x menyalahkan org lain, jgn la plak nk menyalahkan diri sendiri. senang cerita jgn nk salahkan sesape. move forward! belum terlambat utk tersedar.. selama mana bernafas di bumi ini, selama itu masih ada ruang untuk berubah dan perbaiki selagi termampu..formula yg jangan dilupakan.. KEMBALI KEPADA ALLAH =)

~OKE..SEHINGGA BERTEMU LAGI~