Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

12 December 2013

butiran kaca dihati lahirnya membasahi pipi

Air mata ini,
sudah berapa kali ditumpahkan,
walau cuba di tahan,
ia tetap mengalir,
panasnya terasa membasahi pipi..

Air mata ini,
tumpahnya tidak diminta,
mengalirnya tanpa dipaksa,
tidak mampu ditahan,
tamsilan dari hati yg terguris..

Menangislah duhai hati..
moga itu menenangkan kamu..

11 December 2013

secawan horlicks di ptg hari

Wahai lelaki,
kau mengajarnya untuk mengenal erti sabar,
tetapi setelah di uji pd susuk tubuhmu,
cepat benar engkau melatah,
begitu mudah engkau hilang pertimbangan,
begitu mudah engkau membuat keputusan,
begitu mudah kau ketepikan rasa hati wanitamu,
asalkn sabarmu tidak teruji lagi,
Bukan tidak kau ikhtiar,
sudah kau lakukan bermacam,
tapi kerana kau lupa erti sabar,
perasaannya menjadi mangsa,
sungguh kalau kau tahu,
sakitnya hati itu. . .

(tiada kena mengena.hanyalah ulasan bacaan buku di ptg hari rabu)

05 December 2013

Jika anda tidak berada di dalam kasutnya

Sudah tidak boleh di fb, cari di telefon pula.
Allah..
Sungguh, hatinya tidak mulia,
yg mampu melihat tanpa rasa,
yg mampu membiarkan tanpa kata,
Sungguh, hatinya tidak semulia itu,
kerana dia sedar, dia hanya memiliki hati kebanyakan...

Maafkanlah si pemilik hati itu..
Moga ada maaf buatnya..
Atas apa yg di rasanya..

09 September 2013

Soalan kenegaraan.

"Ayah, kenapa dalam negara mesti ada pembangkang?Asyik nk bangkang je. Bukan ke kita kena ikut apa yg kerajaan dh buat"

Inilah soalan yg sy ajukan kepada ayah ketika sy berusia 11 tahun.

Jawapan ayah ringkas dan sy masih ingat.

"Perlunya ada pembangkang utk check and balance apa yg kerajaan buat"

Sehingga kini, kata2 itu seperti di ulang tayang dalam kepala.

Terima Kasih kerana anda menjadi suara yang kuat. Pembangkang yang lantang bersuara itu perlu. Bantu kami utk memastikan kerajaan yg ada sekaran telus dalam soal kenegaraan. My respect goes to all of u.

"Kepada yg nak berpolitik, jangan kaitkan dengan soal kenegaraan" kata2 seorang karyawan tempatan yg sy kira menjangkau separuh abad usianya.

Pening..


28 July 2013

Allah tempatnya..

Anda sedang di uji?
Anda serabut?
Anda sedih?
Anda ingin menangis?
Anda ingin mencari ketenangan?

Nah..
Blog bukan tempatnya
Facebook bukan medannya
Twetter bukan penyelesaiannya

Jom!!
Log out sume tu
Ambil wudhu..
Bentang sejadah...

bismillahirrahmanirrahim

-Cukuplah Allah bagiku-

Cite hal raya 1

Apa khabar emak di kampung?
Sape la nati yg nk tolong mak balut ketupat?
Sape la nati nk tlg gosok baju sume org?
Sape la nati tlg mak kemaskan rumah?

Tahun ni mak sorang2.
Nenek baru je meninggal.
Saya tahun ni tidak beraya di Penang.

Sebelum ni sy tlg balut ketupat utk mak.
2 kg ketupat sy balut sorang2 depan tv.
Sume biskut raya sy buat sendiri.
Berjenis-jenis sy buat ikut permintaan big bos (mak saya) hehehe
adik2 tolong, sy bahagikan tugas.
Sorang jaga oven, sorang sapu telur.

Inilah putaran kehidupan =)

21 July 2013

Rezeki Kahwin. . .

Sy ingin berkongsi pengalaman sy yg tidak seberapa ini sewaktu ditemuduga utk jawatan PTD.
Ini adalah percubaan kali kedua.
Sebelum ini pernah mencuba tetapi gagal.
Sewaktu itu sy baru shj menamatkan pengajian ijazah sy.
Mungkin belum cukup ilmu di dada lg.

Selang beberapa bulan sebelum sy dipanggil utk ujian bertulis PTD,
sy telah ditemuduga oleh SPA utk gred 41 juga.
Jadi adalah sedikit persediaan.

Ada 2 panel penemuduga. Seorang daripada SPA, dan seorang lagi daripada JPA.

Antara soalannya:
1) Apakah jwtn perkhidmatan awam tertinggi dalam sesebuah kementerian.
2) Jika di pilih sbg PTD,kementerian mana yg di pilih? Kenapa?
3) Anda seorang pensyarah,mempunyai master,boleh pergi lebih jauh.
   knp masih memilih PTD?
4) Apa bidang tugas PTD?
5) Bolehkah jwtn selain PTD memegang jwtn KSU?
6) Kita ada seorang academician yg memegang jwtn KSU. Siapa dan di kementerian mana?
7) Apa polisi negara sekarang dalam bidang sains terutama bidang kimia.
8) Jika anda seorang PTD,bagaimana anda meyakinkn kerajaan supaya memberi tumpuan yg lebih
   kepada bidang sains.
9) Dalam PRU baru-baru ini, Parlimen Kepala Batas menerima YB baru. Siapakah beliau?
10) Berikan sy satu sifat yang ada dalam diri awk?

Setakat ni shj dulu soalan yg sy ingat.nt ingt update lg.

Jika penemuduga tny dalam BM boleh jwb BM.
Jika di tny dlm BI kena jwb BI.
Tapi lebih baik jika konsisten kita jwb BI sepenuhnya dr awal hingga akhir.

Nota hati: benarlah spt yg dikatakan.
Jgn dibimbangkan soal rezeki. Allah yg tentukan.
Alhamdulillah.Terlalu byk urusan dimudahkan Allah. Byk rezeki yg dtg dr sumber yg x disangka-sangka. Keputusan akan diumumkan hujung tahun ini. Dapat atau tidak,sy serahkan pd Allah :-)

14 June 2013

Berfikir soal kelayakan

Pengalaman secungkil seorang pensyarah.
Sy pensyarah kimia, mengajar foundation engineering.
Persediaan melanjutkan pelajaran ke UK dan US dibawah tajaan JPA.
Sekiranya ke luar negara dengan tajaan mahupun biasiswa, boleh la kita kategorikan mereka sebagai pelajar elite (pelajar terpilih dan cemerlang).
Antara pelajar yg terpilih dan cemerlang, mereka ditapis lagi dan diletakkan di dalam satu kelas.
Dengan kekerdilan sy, sy diberi peluang utk mengajar kelas itu. Pintar dalam kalangan pintar.

Terkadang, terdetik dalam hati, layakkah sy?
Sy tidak berpeluang utk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sy hanyalah graduan universiti tempatan, sedangkan mereka adalah bakal graduan daripada universiti 50 terbaik dunia. Terasa spt 'ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus'. Namun, mereka adalah amanah sy. Ketam atau tidak, sy perlu sampaikan ilmu dengan tanggungjawab dan amanah.

Terkadang, jauh disudut hati, sy mengkagumi mereka.
Syllabus mereka tidak sama seperti di Malaysia.
Subjek kimia sahaja ada 6 papers.
Menjadikan keseluruhan paper adalah 24!
can u imagine? bagaimana mereka membahagikan masa.
Mereka juga aktif berpesatuan.
Di zaman sekolah, minda kita telah terbiasa, pelajar pintar mesti skema, 'nerd'
Tapi tidak mereka! Mereka bergaya, mengikut peredaran zaman, pandai berjenaka dan malahan teserlah 'educated' dalam bersosial.

Terkadang, jauh di sudut hati, ingin sekali berkenalan dgn ibu bapa mereka.
Siapalah ibu bapa mereka sehingga berjaya mendidik anak-anak ini.
Dalam kepintaran masih punya akhlak yg terpuji.
Sangat menghormati guru.
Terkadang kita terbiasa dengan kata-kata 'ajar budak pandai ni kdg2 suka berlagak dengan pensyarah'
Alhamdulillah, sepanjang sy menjadi pendidik mereka, belum pernah sy diuji dengan pelajar sebegitu.
Soal disiplin, motivasi dan semangat. itu sudah ada.
Tetapi biasalah, manusia, terkadang leka, alpa dan lalai.
Perlu ada yg membantu mengingatkan.

"Tak kisah apa pun pekerjaan kita, bidang kepakaran kita, itu semua hanyalah platform utk kita melebarkan dakwah Islam" -inilah pesanan, acapkali sy ingatkan pd mereka.

Sy doakan kamu semua berjaya. Walaupun sy tidak mampu utk melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun sy harap, sy mampu membantu kamu utk ke sana dengan ilmu yg Allah pinjamkn pada sy utk sy sampaikan kepada kamu.

To all my students, i miss u a lot =)


07 June 2013

susu kambing ke soya?

sy musykil, kenapa sekarang ni sibuk sgt org mempromosikan amalan 'minum susu soya utk kesihatan'?

terang-terangan sudah diketahui, meminum susu kambing adalah amalan Rasulullah. Baginda adalah contoh yg sgt cantik utk diteladani.

Kenapa tidak dipromosikan susu kambing?

Sy betul2 musykil. Dan tambahan pula, knp susah betul nk dptkn bekalan susu kambing tepung?

Org kata susu kambing mahal. tapi nk dibandingkan dgn harga susu soya jenama yg satu lagi tu, bukan lebih kurang ke?

Sy betul2 musykil..

-sy masih istiqomah memilih susu kambing berbanding soya. sy meyakini pilihan Rasulullah. Insyaallah -

15 May 2013

Re-check lagi!!

Kan best kalau semua jawab sama macam dalam ans scheme.

Tapi, kalau dh semua sama, risau pulak. soalan bocor ke? jenuh juga nk menjawab.

Aaaaa, teacher, you r so careless!!

Hari ni balik lambat lagi..

Solat maghrib kt masjid la nampaknya ------> nampak x hikmahnya di situ?

Positive!

p/s: revise balik 2 bundles ^^

11 May 2013

19 tahun dahulu..

Setiap pagi ahad, sy dan adik akan ikut ayah hantar emak ke tempat kerja.
Emak sy kerja di BERNAMA.
Selepas hantar emak ke BERNAMA, ayah bw sy dan adik ke Perpustakaan Negara. Hanya sebelah bangunan mak.
Berjalan kaki ke sana.
Ayah teman kami baca buku, ayah layan.
Ayah teman kami cari buku, ayah layan.
Ayah teman kami pinjam buku, ayah layan.
Lapar.. ayah teman kami makan di cafe.. ayah layan.

Lepas solat, kami jalan kaki ke Taman Tasik Titiwangsa..
Jalan kaki sahaja..
Sepanjang perjalanan akan lalu kwsn rumah setinggan (barangkali. berdasarkan pd pola penempatan)
Sy akan kutip biji saga. banyak. Ayah? ayah teman sy kutip. Ayah layan.
Sepanjang jalan jumpa anjing, ayah pesan buat muka berani. Sy? muka berani yg terbaik sy bagi.

Sampai di Taman Tasik Titiwangsa
sy dan adik maen sepuasnya! Seronok!
Permainan byk betul!
Ayah bw tgk org maen kereta remote control kt litar. sy dan adik rehat kejap kt situ.
Ayah tny, nak naek kuda x. Sy? xnk sbb takut jatuh.

Bila dh ptg, ayah ajak balik.
Jalan kaki kembali ke bangunan tmpt mak keje.
Tunggu mak dalam kereta.

Begitulah rutinnya..

Sy?
sgt rindu.
Itulah kenangan..tinggal kenangan.. 

08 May 2013

You believe it or not? Better YES!

Now, on my desk there are three bundle of answer scripts to be checked. what if black-out, then suddenly we lost all of the answer scripts. And we noticed that the scripts already marked, and have been submitted to authorized person?

This is what I learned from the government. The magic of 'black-out'

I hope it is just happened to 'them' NOT me.

Is all about responsibility and amanah!

I am taking the responsibility to go through all the scripts without black-out technique. Bismillahirrahmanirrahim.. 1st script is starting..


07 May 2013

Hentikanlah sentimen perkauman

Padan muka Penang, DAP pegang..
Sedap mulut sebelum bercakap.
Sebelum berkata-kata sila semak dahulu dalam web SPR, keputusan PRU13.

Kebanyakan kawasan yg dimenangi oleh DAP adalah di mana pihak lawannya yg daripada BN juga meletakkan calon cina. Jadi kalau DAP x menang sekali pun, kerusi itu akan dimenangi oleh calon cina juga. Cuma bezanya yg menang tu calon BN. Jadi org butakan mata.

Nampak x di sini, Cina sendiri sudah sepakat menolak kezaliman BN dengan mengundi calon cina dari Pakatan Rakyat (DAP).

Sedangkan Melayu? Takutkan perubahan. Masih takut mengatakan tidak pada kezaliman BN.

Kerusi yg meletakkan calon melayu dimenangi oleh BN. Org melayu masih sygkn BN. Jadi kebanyakan kerusi calon melayu drp Pakatan Rakyat (PAS) kalah. Jadi rakyat ditakutkan dengan DAP di Penang. Sedangkan kalau org melayu bersatu menolak BN, maka akan banyaklah kerusi PAS di Penang.
Seperti mana kaum cina bangkit menentang kezaliman BN. Mereka sendiri menolak MCA.

Janganlah mainkan isu perkauman. Sy rakyat malaysia menyayangi semua kaum. Allah tidak melihat bangsa kamu. Allah menjadikan kamu berbangsa-bangsa agar mudah utk kamu saling mengenali. Perjuangkan Islam dahulu. Kamu jaga Allah, Allah jaga kamu. Mudah bukan.

Sy sendiri mempunyai saudara berbangsa Cina. 3 ibu saudara sy berketurunan Cina. Utk apa kita saling membenci?

Sy rakyat Penang menyaksikan sendiri bagaimana pemerintah Cina, tetapi sedikit pun tidak menyekat Islam. Pergilah ke mana-mana masjid di Pulau Pinang, kuliah agamanya merata-rata.

Agak-agak kalau Penang dapat kat BN, boleh ka Ustaz Azhar mai penang bagi ceramah?


TRIVIA PRU13

1. PRU yg pertama sy membuang undi.

2. PRU yg pertama sy menunggu keputusan sampai ke 2 pagi.

3. Semasa menunggu keputusan, sy berbual dgn mak
     Sy: Nati masa kira undi mesti ada kes black-out mcm dulu2.
     Mak: Biasalah tu kelemahan manusia.
     Sy: Tapi black-out selalu berlaku pd bila kiraan undi kwsn panas, bilangan undi tak berpihak pd BN.

 Keesokkannya, kita mendengar benar2 terjadi isu black-out ni. Nampak sgt kan. Mmg boleh dijangka.

4. Semua housmate sy adalah penyokong tegar BN. Namun kami tidak pernah bermasam-muka mahupun bertegang leher menyatakan pendirian. Kerana kami tahu, kami adalah saudara =). Kami tahu tata-susila. Insyaallah.

5. Sy tidak pernah menyatakan pendirian sy pada rakan serumah sy, tetapi mereka selalu meneka sy adalah PAS. Orang selalu kaitkan org bertudung labuh adalah PAS, jarang sekali mendengar mereka adalah penyokong BN. Anda nampak tak di situ? PAS atau BN, yg mana lebih sinonim dengan ISLAM?

6. Jalan nk balik kl sesak mcm musim raya. okela. PILIHANRAYA pun raya juga kan. Penang-shah alam 7jam =(

7. Sy gembira kerana sy telah menjalankan tanggunjawab sy. Sy telah menggunakan hak sy untuk memilih pemimpin sy.

Kepada yg menang, jalankan tanggungjawab sebaiknya. Yg nk potong telinga, potong lah krn anda yg melaungkan JANJI DITEPATI. anda dah berjanji, anda kena tepati. Kehkeh.. 'krn mulut badan binasa'

26 April 2013

Kerana banyaknya dosa..

"Kami ni hari-hari bergaduh. Suami sy pantang silap sikit,habis sy anak beranak di makinya. Ada je yg x kena di mata dia."
"Orang lain nampak kami ni pasangan bahagia. Tapi orang tak tau apa yg berlaku. Isteri sy suka melawan ckp sy, meninggikan suara, xada rasa hormat pada sy sebagai suami."
"Kami dh buat macam2 utk anak kami, tapi dia ttp macam tu. Yang sulung dah berapa kali digantung sekolah. Yang kedua pula perkembangan pembelajaran dia agak lambat. sampai sekarang dh darjah 6 masih xtau membaca."

Duhai hati, itulah ujian drp Allah buat kamu.
Lihatlah bagaimana hubungan kamu dgn Allah.
Mungkin sebelum berkahwin, kamu bercinta melanggar batasan agama,
lalu Allah uji kamu dalam perkahwinan.
Ujian juga sebagai penghapus dosa-dosa kita yg lalu
Mohonlah semoga diberi kekuatan utk menghadapinya.
Ujian setiap dari kita itu tidak sama.

Ayuh, persiapan sebelum berkahwin, bukan persiapan kenduri semata-mata. Persiapan diri. Ayuh kita perbanyakan solat taubat, hajat dan dekatkn diri pd Allah. Moga bahtera perkahwinan yg bakal ditempuhi adalah jalan-jalan ke syurga Allah.

Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah org tersayang. Bukan sebab ada kamera AES.

InsyaAllah petang ini sy akan bermusafir lagi.
Shah alam-Penang,

Bermusafir, mengingatkan sy pada kenangan zaman kanak-kanak.
Selama hampir 25thn emak dan ayah bermusafir Kl-penang
Dan selama 18thn juga sy bermusafir bersama mereka.

Teringat suatu peristiwa dalam perjalanan pulang ke penang,
Waktu itu sy berusia 10-11 thn begitu.
Sy melihat satu kemalangan ngeri.
Bayangan yg membuat sy tidak boleh melelapkan mata.
Saban waktu berfikir, jika yg meninggal itu seorang ibu dan ayah pada anak2 yg seusia sy, apakah nasib anak2 mereka selepas ini.
Jika ujian itu buat sy? Allah..takutnya..

Bermula daripada peristiwa itu..
Sy sentiasa berpesan pd mak dan ayah SETIAP kali sebelum sy tidur

"SELAMAT MALAM MAK SELAMAT MALAM AYAH. JANGAN LUPA, SEBELUM TIDUR BACA DOA. ASSALAMUALAIKUM"

inilah pesanan sy SETIAP KALI sebelum tidur. sehinggalah sy sekolah menengah.

Terlalu bimbang jika mak dan ayah pergi dalam tidur. Terlalu takut jika esok pagi sy sudah tiada emak dan ayah. Terlalu bimbang jika keesokan paginya sy bangun daripada tidur sebagai anak yatim piatu.

Itulah fikiran sy pada usia itu..

Alhamdulillah..sepanjang kami bermusafir, Allah pelihara perjalanan kami.

Alhamdulillah, sy masih lagi dipinjamkan nikmat kasih syg mak dan ayah. Masih punya ayah yg menjaga sy, masih punya mak yg tlg mendoakan sy.

24 April 2013

Boleh berblog lagi!

Alhamdulillah. hampir 5bulan tak dapat nk log in. gara2 terlupa password. Hari ini, dengan penuh ketenangan dan kedamaian, sekali log in dah boleh =) Apa nk tulis?? ermmmm