Hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu, Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, Bersatu memikul beban dakwah-Mu.
12 March 2012
buat sang penegur..
11 March 2012
Selamat bertunang!
![]() |
| Cup cake (coklat) sy buat sendiri. di hias dgn cream dan fondant. |
![]() | ||||||||||
| yg ini? bukan sy buat ^^ coklat dan bekasnya = RM30. murah ke mahal? |
10 March 2012
kerana sy juga tidak layak..
terasa benar hinanya diri di hadapanMu..
x tergambar dosa-dosa yg pernah di lakukan..
taubat nasuha..taubat nasuha..taubat nasuha..
bertaubatlah wahai hati..
dengan sebenar2 taubat..
sebelum semuanya terlambat..
Ya Allah Ampunkanlah dosa-dosaku..
Di dalam aku melakukan kemungkaran,
Kau masih limpahkan kasih sygMu buat ku..
Benarlah Engkau Maha Pemurah, Maha Penyayang..
Engkau Yang Paling Lemah Lembut terhadap hambaNya..
Terima kasih beri aku lagi sekali peluang..
utk kembali ke Jalan Mu..
Sesungguhnya mmg benarlah..
Kasih sygMu mendahului kemurkaanMu..
Jangan dipenting-pentingkan sangat
kerja tetap yg bersesuaian dengan kelayakan,
gaji yang mantap,
rumah yg selesa,
kereta yg bole muat 5,6 org..
oh..itu semua mmg penting..tapi jgn dipenting2kan sgt..
KPI manusia tentang material mmg sukar utk dicapai..
berbaliklah kepada apa yg diajarkan Islam..
si keluarga lebih risau jika sebelum kawen anaknya tidak berharta,
mengatasi kerisauan jika anaknye tidak menjaga solat, menjaga pakaian (aurat),
menjaga akhlanya dan menjaga islamnya..
nk kawen?
x solat? xpe..
x tutup aurat? xpe..
x pandai mengaji? xpe..
x tau rukun iman rukun islam? xpe..
nk kawen?
ada kereta? bole..
ada rumah? bole..
ada keje mantap? bole..
ada gaji masyuk? bole..
jgn silap mementingkan yg patut dipentingkan..
jgn dipenting2kan sgt benda yg x sepatutnya..
(sy pesan utk diri sy. kdg kala sy juga alpa..)
07 March 2012
Sedebu masalah..
sy xperlukan semua itu!
(buat masa ni je kot)
-tgk tu hati x kuat!
(bukan sbb hati x kuat la! adoii)
-abes tu sbb ape?
(itukan sunnahtullah. mane bole xnk selama2nya)
-maknanya bt masa ni je la ea?
(pandai pun)
-ye la.. hati kita kan milik Allah.
(Serahkan saja hati kita pd Allah utk tentukan. betul x?)
-betul..betul..betul..
Menarik nafas dalam2...
dan menyambung semula amanah sambil melepaskan nafas secara perlahan2 juga..
sesungguhnya..
mengamalkan teknik pernafasan yg betul adalah salah satu teknik utk menyelesaikan masalah juga..
ngeeee =)
sedebu masalah jgn dibiarkan berlonggok menjadi selonggok debu masalah.
selesaikan secara perlahan2..teknik pernafasan itu.. jgn lupa..
06 March 2012
Semakin anda blaja,semakin anda xfaham. percayalah!
Antara jwpn yg di beri:
- Cth macam methanol ethanol and so on dalam group alkohol tu kita katakan analogue.
- Kalau methanol and ethanol tu bukan analogue. itu homolog. Tapi aku xtau analogue tu ape.
- Analogue tu bukan nombor ke?
- Analogue ke analogi ko tny ni?
- Dan yg paling best... Cuba ko google!
Analogue ni adalah salah satu istilah yg digunakan dalam kimia. Sy ajukan soalan ini kepada mereka yg memang daripada bidang KIMIA. Sy ajukan kepada pelajar kimia master dan juga PhD. Pensyarah universiti juga pelajar overseas. Sume bg jwpn yg berbeza-beza.
Kenapa ini berlaku?
Adakah kerana..
Semakin anda mendalami ilmu itu semakin anda konfius dan tidak faham. sehingga begitu sukar untuk menterjemahkan sesuatu makna??
atau memang
semakin anda blaja semakin anda konfius dan semakin anda tak faham =_=
moral of the story: Jom sume kita sambung PhD ^^ kita sama2 konfius! huhuhu
SILA bersangka baek.
TIPAH: mane awk tau dia sombong?
MINAH: dari gaya percakapan dia.
TIPAH: mungkin bukan niat nk sombong. mungkin cara penyampaian tu buat dia nampak sombong. mungkin bole kita katakan kt sini, dia tidak mempunyai skill 'public relationship' yg bagus yg menampakkan gaya penyampaiannya itu spt tidak kena. benda itu kan boleh diperbaiki =)
MINAH: BETUL JUGA =)
02 March 2012
Awk mampu nk bt camtu??
Semoga terdidik hatimu =)
26 February 2012
kawen ms blaja. bole ke x bole mak?
Dialog di antara ibu dan anak lelakinya sewaktu membeli belah di pasar malam. .
Ibu : Mak bukan x bagi ko kawen. Mak cuma x bagi ko kawen sekarang je. Ada beza x bagi kawen dgn x bg kawen sekarang.
Anak : Mak xbg sy kawen sbb sy tgh blaja lg ke mak? Mak,rezeki Allah tu ada kt mana2 mak. Yg penting ada usaha.
Ibu : Bukan soal rezeki yg mak risaukn. Mak xkesah ko nk kawen ms blaja. Mak yakin dgn rezeki Allah utk hambaNya yg berusaha. Tapi, ada lg yg lebih merisaukan mak.
Anak : Apa dia mak?
Ibu : Solat lima waktu. Selagi ko x jg solat lima waktu ko,selagi tu mak berat hati nk izinkn ko kawen. Ko ingt senang nk pimpin keluarga kalau diri sendiri x tentu hala solatnya. Ko jgn bt2 main yg tu. Ms nk cr calon isteri letak syarat macam2. Tp suh jd imam solat, haru biru. Ingt pesan mak.
Anak : baiklah mak. ( tunduk akur)
Mudah-mudahan meresap la ke dalam diri si anak tersebut.
Itulah sepatutnya yg menjadi ukuran. . . Agamanya. .
Buat ibu dan ank2 di luar sana, renung2kn dan selamat beramal! !
22 February 2012
16 February 2012
titipkan doa..itu sudah memadai..
TAHNIAH PADA MEREKA YG TELAH SELAMAT MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA SEMOGA IKATAN YG DI BINA MENJADI JAMBATAN MENUJU KE SYURGA ALLAH.. INSYAALLAH.
sy tidak mintak kalian balas, cukuplah titipkan doa buat sy, semoga urusan sy dipermudahkan. dapat mengikuti jejak langkah kalian semua, mendirikan rumah tangga =)
17 January 2012
impian seorang saya..
16 January 2012
mind ur words
09 January 2012
luahan hati itu..
tolongla dato. jgn samakan kami dgn anak dato. mungkin dato melihat kami sama spt anak dato. tidak matang.
tapi dato silap.
dato dr golongan bangsawan. anak dato dibesarkan dalam kemewahan.
susah utk dato dan anak dato faham kepayahan hidup kami golongan awam ini.
kerajaan dato songlap duit kami berjuta, dato xkn faham penderitaan yg kami lalui.
di saat isteri dato membeli cincin berlian, kami rakyat disuruh berjimat cermat.
hatta kami menabung dari dalam rahim ibu kmi pun, cincin berlian cap poh kong pun belum tentu kami mampu beli.
berbalik kepada penglibatan mahasiswa yg dituduh tidak matang tadi.
cuba dato fikirkan, umur layak mengundi ialah 21thn.
kebanyakan yg berumur 21thn masih di alam kampus.
jadi kalau mereka tidak matang,kenapa perlu utk mereka mengundi.
kalau mereka tidak matang,bagaimana mereka nk menentukan dgn bijak calon
mana yg akan mereka pilih? jadi selama ni kerajaan dato telah dipilih oleh
mereka yg tidak matang? adakah begitu?
bagaimana pula dgn mereka yg berumur 21thn di luar sana, yg tidak menyambung pengajian?
adakah mereka itu lebih matang berbanding mahasiswa di kampus?
dato jgn sekat kebangkitan mahasiswa. peranan mahasiswa ialah utk
membantu membangunkan masyarakat.kalau mahasiswa tidak diberi ruang utk meneroka,
apabila mereka bersama masyarakat kelak,mereka hanya akan jadi pak turut.
lembab menilai, terkial kial memtafsir. krn ape? krn di kampus sudah di ajar hny ddk diam2
baca buku.
kalau mahasiswa xbole politik, dato tlg bubarkan kelab aspirasi di kampus dn juga
kelab umno luar negara. boleh?
atau sebenarnya mahasiswa tidak boleh berpolitik itu hanya lebih merujuk kepada
mahasiswa yg menyokong pembangkang shj.
sekiranya anda menyokong 'kami' politik anda di benarkn sama sekali.
sekian rakyat itu yg tidak marah.
(luahan hati seorang rakyat di sebuah negara sekular.
surat ini hnylah pndpt peribadi rakyat tersebut)
Kalau x suke..hidden je la!
byk sungguh makcik2 yg merungut2 kenapa asyik cite politik je kt fb..
cuba awk renungkan..awk xsuke dorang dok cite pasal politik, tapi yg awak dok hupdate status pasal awk demam, anak cirit, hari ni nk makan ape, pakwe lari, awek merajuk, ade org komplen?
awk cite hal diri awk yg xde kepentingan lgsg pon pada org laen jauh sekali negara, sdgkan mereka sdg bercerita ttg politik yg ada kaitan dengan kepentingan diri awk.
kalau awk rasa politik tu xde kepentingan dalam diri awk, dan xnk amek tau, jgn halang mereka yg nk amek tau. sekurang2nya mereka tahu hidup bernegara. bukan mcm awk.
bila ada masalah, awk cari YB, awk cari menteri.
bukankah YB dan menteri itu juga politician?
kalau awk x suke org yg berpolitik, bila ada masalah sila selesai sorang2..
sedarlah awk sedang hidup bernegara. tanpa politik nk tubuh negara mcm mane?
kalau awk xsuke status mereka, hidden kn saje. jgn byk bunyi!
Sekian sy tidak marah.
15 October 2011
padan muka!
sendiri mau ingat
sendiri tangung
padan muka..
sudahlah
xde mood!
jiwa kacau~
08 October 2011
sibuk sgt ke?
banyak koleksi cerita nak dicerita
banyak idea nak di luahkan
tapi kenapa rasa macam xsempat nk tulis
org lain sentiasa update
sibuk sgt ke sy ni?
sy tidak bekerja
hampir seluruh masa sy di rumah
kiranya sy ni kategori suri rumah tangga sepenuh masa walaupun hakikatnya belum menjadi mana2 suri dalam hati sape2 lagi
tapi inilah hakikat kehidupan sy sekarang ni
kadang2 bila ada masa terluang
sy rasa sedikit "sayang" utk habiskan masa sy dengan menulis blog
kerana sy rasakan ada banyak tugasan lain yg sedang menantikan perhatian sy
contoh?
mencari resipi di internet dan memikirkan resipi utk di masak nati >> skang ni sy sdg cuba buat tiramisu ^^
mencari kerje kosong dan mengisi borang >> kdg2 agak meremehkan benda yg ditny..
mengemas rumah
membaca buku2 ilmiah
termasuklah buku agama, motivasi, sejarah, buku blaja bahasa inggeris..huhuhu
sy skang ni sdg menjalani program mengupgrade skill bahasa inggeris yg semakin berkarat
sebagai persediaan utk keje kelak
sementara tgh bercuti ni (program buat sendiri) huhuhu
sy buka internet baca paper bahasa inggeris
kt internet ni macam2 kemudahan ada..so sy explore segala macam yg ada demi mengupgrade skill bahasa inggeris sy..
jd di mana peruntukan utk sy update blog?
tambahan pula skang ni sy sudah ada baby
dia memerlukan perhatian sy..huahuahuahua...
dgn baby pun sy berkomunikasi dalam bahasa inggeris..
dia turut terjebak dalam program bahasa inggeris sy..huksss
kehadiran dia turut memadatkan lagi agenda sy di intenet
pencarian google sy semakin bertambah
"kaedah mendidik anak"
"makanan berkhasiat utk bayi anda"
"Tanyalah DR anda"
sesuai x?hahahahaah
kelassss kau!
kesimpulannya
sy sgt sibuk!
18 September 2011
meniti anak tangga dunia
pape pun jom kita layan 700 top universiti dunia..
antara senarai 700 tu terselit juga senarai universiti dr malaysia..
167 - Universiti Malaya
279 - Universiti Kebangsaan Malaysia
335 - Universiti Sains Malaysia
401-450 - Universiti Teknologi Malaysia
451-500 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
601+ - Universiti Teknologi Mara
(sumber: http://www.topuniversities.com/university-rankings)
ehem.. sy graduan daripada UKM..
bila di luar bersama masyarakat,
ada segelintir yang pandang rendah pada kebolehan UKM sebagai sebuah universiti
tapi kenapa??
ini berlaku kerana..
UKM menjadikan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran..
hatta penulisan tesis di UKM juga dalam bahasa Melayu..
ada masalah ke?
kalau UKM x hasilkan bahan ilmiah dalam Bahasa Melayu, agak2 sape lagi yang nk banyakan sumber rujukan dari bahasa kita sendiri?
Rakyat uganda? semestinya tidak..
pelajar asing yang menuntut di UKM, diwajibkan untuk ambil kelas Bahasa Melayu..
jangan terkejut jika korang dtg UKM, ramai foreigner yg boleh berbahasa Melayu..
ada juga yg sgt fasih! seronokkan..
kita berjaya perkenalkan bahasa kita kepada luar..
adakah bahasa itu satu isu untuk menilai kemampuan universiti itu?
semestinya tidak..
banyak faktor yang membawa kepada kualiti universiti..
antaranya..
tenaga akademik atau tenaga pakar
penyelidikan, pembangunan dan inovasi
terbitan jurnal atau bahan2 ilmiah
dan macam2 lagi..
so jangan salahkan mereka kerana mereka tidak tahu..
sekian..
26hb ni sy konvo..tahniah utk sy~ heheheh
15 September 2011
13 September 2011
untuk kwn2 sy!
pelbagai corak yang melakari keceriaan itu..
salah satunya..
corak yang dilakarkan oleh sang kawan..
itulah anugerah Allah..
i dedicate this song spesel utk kwn2 yg sudi hadir dalam hidup sy..
menceriakan hari2 saye..
untuk..
kwn sekolah rendah:
syazana, suhaili, sarah, mazidah, tini, hazwani
kwn sekolah menengah:
nadia, zubaidah, lin, liyana, nora, khamimah, raihana, khalidah, azlina, maisarah.
kwn matrikulasi:
maryam, wawa, fatimah, nadhiah, nort.
kwn degree:
fiza, maisara, jaziha, akma, puteri.
kwn master:
dayang, fairuz, kak yati, kak waheedah, kak laili, kak ifa, kak ain, kak dayah, arlina, rafa, ijan, kak nurul, wana, dud, kinah, wan, tuyun, ed, kak minah, sukor, nuar, teh, syima, kak zati, syida..
dan juga yang tak tersenarai yang lain2 tu..
sayang sume!
rindu sume!


