Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

22 March 2012

Tips menabung. Kawen tanpa loan bank.

  
Harus di ingat, tidak salah utk berkongsi bersama-sama pasangan menanggung jumlah perbelanjaan kawen (kecuali mas kawen). Sekarang bukan dahulu lagi. Di mana zaman dahulu, kebanyakan anak gadis tidak bekerja dan hanya menunggu pinangan org, malahan ada juga yg tidak habis sekolah. sudah tentu perbelanjaan banyak tertanggung di atas bahu lelaki. Tetapi kini, sudah ramai anak gadis yg berpendidikan dan mempunyai kerjaya serta berpendapatan dan berkemampuan utk menyediakan serba sedikit keperluan majlis.

Seperkara yang ramai ibu bapa tidak tahu (atau pura-pura tidak tahu) ialah, wang hantaran yang diberikan oleh bakal menantunya (pengantin lelaki) adalah duit anaknya sendiri. Anak dara kita terpaksa meminjamkan wangnya kepada bakal suami yang perlu menyediakan wang dua kali ganda untuk keperluan rumah keluarganya dan keluarga bakal isteri. Dan realitinya, budak lelaki tak ada duit. Di era keluarga lelaki dan perempuan sama berkemampuan, hapuskanlah wang hantaran. Naikkan mas kahwin, dan masing-masing buatlah kenduri masing-masing (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Tips ini adalah tips berkongsi bukan meminjamkan wang. Anda fahamkan maksud sy?

Ok..kita mula dengan cara mudah.
(Utk mereka yg mempunyai sebab/alasan utk tidak mahu berkongsi)
Anda simpan RM250 setiap bulan selama 36 bulan atau 3 tahun.
RM250 x 36 bulan = RM9,000.

Tak Cukup?
(mula terbuka hati utk berkongsi)
Anda kongsi dengan bakal isteri, setiap orang simpan RM250 setiap bulan.
Jadi RM9,000 x 2 = RM18,000 (atau RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)

Masih lagi tak Cukup?
Doublekan nilai simpanan anda berdua kepada RM500 setiap bulan.
RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000.

Lambat?
Simpan RM500 setiap bulan untuk tempoh 1 tahun setengah (18 bulan).
RM500 x 2 orang x 18 bulan = RM18,000.

Kalau bergaji besar? Bole simpan cara begini.
Sebulan simpan RM1000 x 2 orang x 6 bulan = RM12 000

Atau utk tempoh 12 bulan

RM1000 x 2 orang x 12 bulan = RM24 000

Atau utk tempoh 1thn 6 bulan

RM1000 x 2 orang x 18 bulan = RM36 000

Kalau anda bergaji RM 2 600 sebulan anda mampu utk menabung sehingga RM1000 kalau anda berbelanja cara org bergaji RM 1 600. Utamakan keperluan bukan kehendak. Anda MAMPU MENGUBAHNYA! (InsyaAllah)

Sekarang kita lihat bajetnya pula.

RM9,000 : Kenduri belah perempuan kecil-kecilan.
RM18,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki kecil-kecilan.
RM36,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki sederhana.

(wasatiyyah iu penting)

Majlis merenjis, bersanding, malam berinai, fotografer outdoor indoor, Cameraman utk Video, PA system dan DJ dan sebagainya itu hanyalah tambahan dan tidak wajib. Kalau ada bajet lebih silakan. Yang penting merancang.

Mari kita menjadi perancang yg bijak. Kehidupan selepas kawen itu lebih penting kerana di situ terletak matlamat dan tujuan. Mahukah kita majlis yg mewah tetapi terpaksa menanggung hutang RM700 malahan RM1000 sebulan selama bertahun2 hanya utk memenuhi kehendak 'ala sekali je seumur hidup'?

RM700 tu bole buat beli aset laen. seperti RUMAH atau KERETA atau DINAR EMAS (tambah lagi beberapa ratus je tu)




Nota Jari: Tips ini sy peroleh daripada (http://istanapengantin.wordpress.com) dan saya gabungkan dengan idea sy sendiri. Semoga ada manfaat utk kwn2 dan juga diri sy =)

No comments: