"Tapi ada beberapa aku xsuka la style omputih di meja makan"
"X payah nak ikut sangat. Ikut saja yg Rasulullah SAW dah aja"
Kalau kita lihat, etiquette di meja makan (yg memang di ajar oleh org barat), banyak yang bercanggah dengan yang dianjurkan dalam islam. Bukan sahaja daripada segi cara makan, malahan pemakanan itu sendiri. Mari kita perhatikan satu-persatu.
Rasulullah SAW makan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan berat. Tapi kita dibiasakan makan buah-buahan selepas makan nasi.
Rasulullah SAW ajar makan menggunakan tangan. Tapi barat ajar makan menggunakan sudu.
Kita di ajar menyuap makanan menggunakan tangan kanan. Tapi barat ajar jika ada pisau atau garfu, pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri, maka menyuap makanan dengan tangan kiri.
Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis riwayat Muslim).
Hadis riwayat Umar bin Abu Salamah Radhiyallahu 'anhu , ia
berkata:Ketika aku dalam asuhan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam , pada saat makan tanganku terjulur hendak menjangkau talam
lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepadaku: Hai
anak muda! Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan
makanlah makanan yang terdekat darimu. (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah menjilat jarinya sesudah makan sebelum membasuh tangannya. Tetapi minda telah dilatih melihatnya sebagai perkara yang tidak sopan untuk di amalkan.
Kita di ajar makan duduk. Tapi barat makan berdiri. Kalau kita pergi makan di hotel-hotel (biasanyahi-tea) kadang-kadang agak payah utk jumpa kerusi (malahan tak disediakan pihak hotel).
Kita di ajar untuk menjauhi organ dalaman haiwan. Tetapi barat kata makan banyak hati ayam untuk meningkatkan kandungan darah merah.
Makanan sunnah Rasulullah SAW tidak mencampurkan buah dengan susu. Tapi kita di ajar dengan hidangan koktel.
Kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Tetapi kita ditakutkan dengan kandungan daging kambing yang boleh membahayakan kesihatan.
Rasulullah ajar minum susu kambing kerana banyak khasiatnya, tapi kita telah didik daripada kecil untuk minum susu lembu.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".
Sudah tiba masanya kita perbetulkan kembali apa yg x betul. Biarlah kita lain daripada yang lain, kerana itu yang Rasulullah dah ajar =)
Wallahua'alam..
No comments:
Post a Comment