"Kami ni hari-hari bergaduh. Suami sy pantang silap sikit,habis sy anak beranak di makinya. Ada je yg x kena di mata dia."
"Orang lain nampak kami ni pasangan bahagia. Tapi orang tak tau apa yg berlaku. Isteri sy suka melawan ckp sy, meninggikan suara, xada rasa hormat pada sy sebagai suami."
"Kami dh buat macam2 utk anak kami, tapi dia ttp macam tu. Yang sulung dah berapa kali digantung sekolah. Yang kedua pula perkembangan pembelajaran dia agak lambat. sampai sekarang dh darjah 6 masih xtau membaca."
Duhai hati, itulah ujian drp Allah buat kamu.
Lihatlah bagaimana hubungan kamu dgn Allah.
Mungkin sebelum berkahwin, kamu bercinta melanggar batasan agama,
lalu Allah uji kamu dalam perkahwinan.
Ujian juga sebagai penghapus dosa-dosa kita yg lalu
Mohonlah semoga diberi kekuatan utk menghadapinya.
Ujian setiap dari kita itu tidak sama.
Ayuh, persiapan sebelum berkahwin, bukan persiapan kenduri semata-mata. Persiapan diri. Ayuh kita perbanyakan solat taubat, hajat dan dekatkn diri pd Allah. Moga bahtera perkahwinan yg bakal ditempuhi adalah jalan-jalan ke syurga Allah.
No comments:
Post a Comment