Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat
Showing posts with label pengalaman yg bermakna. Show all posts
Showing posts with label pengalaman yg bermakna. Show all posts

11 May 2010

sy seorang cikgu

hari isnin cam biase pkl 8.15 aku ngaja kt tusyen dpn umah..
menurut mereka aku ni cikgu yg tegas tapi sempoi dan sporting..
(cm xkena je kombinasi).. layan jela..huhuhu

isnin aku aja kelas matematik..
mula2 aku ngaja kelas ni..
matematik dorang pny lemah mmg luar biasa...
masa aku wt taste utk assessment..selamba je 30%..
tu dh kira hebat r tu..paling tinggi..

setelah 5bulan kita bersama..ahakssss..
sudah ada peningkatan..yg malas blaja, rajin blaja..
yg bercakap, dh bole tumpu perhatian..
setiap minggu, 10minit sebelum kelas abes, aku bagi sesi motivasi..
nganga mulut sorang2 dgr aku bercerita..
mula2..masuk telinga kanan kuar gak telinga kiri..
tapi sabar...aku teruskan juga dari minggu ke minggu..

dan akhirnya...
semalam lah kemuncaknye..
malam tadi..aku mmg nk nangis (xtipu)
aku cakap pun ade getar di hujung suara..
mata dh bergenang..bdk2 ni muka pun dh cuak...
hahahahah...cikgu wt drama sebabak jap..ekekekek

sorang plaja ni yg paling lemah dlm kelas..
selalu malu setiap kali aku nk tgk kerja dia..
aku pujuk hati bila berdepan dgn dia..
sabar..mesti ade benda yg aku belum buat utk dia..
tiba2..aku dgr suara dia "cikgu sy nk buat kt depan soalan nombor ini"
pastu dia mtk lagi..dan lagi..dan lagi..
malah dia dh ade keyakinan diri..
aku menangis!! aku kenal dia camne masa mula2 masuk dulu..

kepada syahir (nama nk sama ngn aku dh)..
cikgu gembira dgn perubahan kamu..
cikgu doakan yg terbaik utk kamu..
Allah sentiasa bersama org yg berusaha..
teruskan usaha dan berdoa..

menjadi cikgu mmg satu kepuasan..
keseronokan bila tgk anak2 didik kita berjaya..
berjaya xsemestinya dapat A,
tapi berlakunya satu anjakan paradigma dlm diri dorang..huhu
tapi jadi cikgu sekolah bukanlah cita2 aku..
sbb aku tak suke terikat dengan keje2 pentadbiran..
aku nk ngaja je..hahahahaah...pape je la ko ni..


20 January 2010

andai kau tau..

sungguh aku menyayangimu..
sungguh aku menyintaimu..
tidak ingin ku melihat kesedihan di wajahmu..
senyumanmu mewarnai hidupku..

andai kau tau..
aku inginkan yg terbaik utkmu..
tidak ingin ku melihat dirimu rebah layu..
doaku bersamamu..
s
ayangku..

andai kau tau..
betapa aku menyayangimu..
betapa aku menyintaimu..
setulus hati
ku..
inilah anugerah teristimewa buatku..

terima kasih sygku..
~ily~



05 January 2010

utk kak ngah ku..su..

cinta.. kita mula menyedari kita sudah mula mencintai seseorang apabila :

1. byk perkara yg sukar dilakukan sebelum ni menjadi mudah dilakukan..cth mudah menyebut syg, abg, rindu..

2.asyik teringat dia setiap masa dan ketika..sentiasa memikirkan kehidupan bahagia bersamanya..

3.bimbang utk melakukan perkara yg bole mengguris hati dia.

4.menjaga setiap tingkah laku agar tidak mengundang rasa tidak senang hati dalam dirinya..

5.selalu memikirkan kepentingan dia berbanding kepentingan diri sendiri..

6.sentiasa berusaha utk jujur dgn dia, nk tipu nk kata dh makan pun xsanggup..

7.asyik nk tgk gamba dia..huhu

8.hati tros tertutup utk sume org..kira xpandang dh lelaki lain..tumpu kt dia sorang je..ahakss

9.dpt msj kejap2 pun xpe dah..xperlu masa yg lama, krn cinta itu sudah ada di mana2..ahakss

10. dan yg paling penting..dia sentiasa ada dalam doa kita.. =)

p/s itulah tanda cinta..namun setiap org x sama..sume ade keunikan masing2.. buka mata hati utk melihatnya..yg penting cinta utk dinikmati bukan utk disakiti =)

01 January 2010

tatkala kenangan menyapa kotak memori..

menemui insan yg aku kasihi..

tatkala siang mula menyinari hari,
kedengaran kokokan sang ayam riang menyanyi,
seruan azan berkumandang memanggil diri yg diulit mimpi,
bertemankan kedinginan pagi yang lembut menyapa diri,
lantas aku bingkas bangun mempersiapkan diri,
temujanji denganNya perlu dipenuhi,
kini,aku masih di sini..
meneruskan lagi kehidupan di bumi ini..
menunaikan segala hak dan janji..
meniti hari bersama semangat dan keimanan dalam diri..
semoga langkah perjalanan hari ini,
dalam pimpinan yang Maha Mengasihi..
amin..

13 January 2009

gara~gara salah faham..heee..

alkisah bermula sewaktu aku ke UTM, joho untuk anta sampel solid state nmr. aku ke sana bersama sahabat aku, diana. kami bertolak hari ahad 11.45 malam bas dari seremban. sampai di skudai hari isnin sekitar 4pagi.. di sri putri kami naik teksi untuk ke kolej rahman putra. sewaktu sampai,nadia iaitu sahabat kpd diana yg kami nk tumpang bilik kt kolej tu dh tidur, memandangkan xnk mengganggu dia, kami memilih utk berehat di sebuah meja dan kebetulan ada 2kerusi kt situ. mmg cukup utk aku dgn diana. dlm keadaan duduk pun kami leh tido dgn nyenyaknye.. penat giler..aku siap mimpi berjaya menjinakkan seekor harimau! hahaha..
dlm nyenyak tido tu, kami dikejutkan dgn azan subuh..kolej tu masih sunyi lagi. xtau nk tanya sape kt mane surau.. aku dgn diana pun kuar la mencari arah azan tu.. maklumla kt tempat org, gelap2 lagi, xtau nak mencari kot mane.. dari jauh ternampak juga org lelaki berjln kaki nk solat jemaah subuh di surau @ di masjid brgkali, nk ikut dr jauh kami takut tersilap jln termasuk blok lelaki plak kang..bahaya plak tu..huhuhu.. dlm mengikut rentak kaki, tiba di jln besar, kami terserempak dgn sorg adik perempuan..
"adik tumpang tanya, cane nk ke masjid?" tanya aku pada adik itu tu. dia seperti xtau cane nk trgkn arah ke masjid. kami ade berkenalan bertanya nama, tetapi syg aku terlupa namanya diana pun begitu.. huhuhu..yang aku ingt dia pelajar thn 2 fakulti alam bina.
"cmnila akak, sy tunjukkan akak surau kt kolej rahman putra. harap2 surau dia buka la"
aku dgn diana sekadar mengangguk.. kebetulan pulak terserempak dgn penghuni kolej rahman putra juga.. dlm hati berdoa moga2 buka.. dlm perjalan ke surau, kami sempat2 la berborak..
"akak dari mane?"
"kitorg dr ukm nk ke institut ibnu sina. adik tau ktne bangunan tu?"
"ooo..bangunan tu dkt je dgn masjid UTM. sebelah je" jwb adik itu.
dlm hati kami, klo solat kt masjid UTM seronok jg ni, nk p Institut Ibnu Sina pun senang sbb dh dkt. maklumla kami ni mmg xbiasa selok belok kt sn. tapi memandgkn dia pun xtau cane nk tunjukkn arah, kami pasrah je..huhuhu..
"akak ade ape nk ke ibnu sina? sy dulu penah masuk kelas al-ghazali. akak nk jupe ustaz mane?"
aku cam dh konfius dgn soalan adik tu. memandangkan masa tu aku dlm keadaan keletihan dan dlm otak aku hanya ada gamba surau je. maka terkeluar la soalan yg paling best yg sempat melintas dlm fikiran aku..
"nape nk kena jupe ustaz?" hahahaha... bila aku pikir..logik ke aku tanye soalan ni..tapi memandgkn aku dh xpaham aku tny jela..hihihihi.. aku dpt rasakn diana pun xphm mcm aku jg..hahaha
"eh sori akak.. sy terlupa..sy asyik ingtkn akak nk ke masjid tadi. sbb tadi akak kata nk ke masjid" aku sekadar tersenyum. kemudian adik tu menyambung serba sedikit mengenai kelas al-ghazali nye.. dlm keadaan faham dgn tak phm, aku cuba juga dgr dan paham wlpn akhirnya ape yg dpt aku simpulkn..aku mmg xpaham juga..hahahaha..
beberapa minit kemudian, kami tlh berjaya smpi di surau kolej rahman putra. alhamdulillah..suraunye buka dan ade beberapa jemaah lelaki tgh solat. fuh leganyee..dpt basuh muka ambil wudhu'..muka layu jadi segar bugar.. seusai solat subuh, aku dgn diana berbincang cane nk ke institut ibnu sina, menurut adik tadi berhampiran masjid, so kejap lagi kite cari kat mane masjid!!
setelah berikrar utk mencari masjid, kami terlelap kt surau tu..ngantok dan keletihan yg amat..huhuhu.. akhirnya kami selamat tidur dgn nyenyaknye.. pkl 8.30 pagi kami terjaga krn dikejutkn dgn bunyi msj masuk. kami terus bersiap2 untuk sarapan sblm ke masjid utk mcr institut inbu sina!!
kami sarapan pagi di cafeteria berhampiran sambil menunggu nadia. setelah berkenalan, rupa2nya dia juga pelajar thn 2 fakulti alam bina. kami bertanyakan soalan yg sama kpd nadia.
"nadia tau x kt mane institut ibnu sina? cane nk ke sana?"
"o0o0o0.. ibnu sina. dkt je dgn pusat pengajian islam. akak naik bas yg tertulis KTC (kolej tunku canselor). pastu nati ckp kt driver nk turun kt ibnu sina. nati dia drop kn kt situ"
aku pun mula menghitung2 percanggahan pendapat yg sudah mula timbul. tadi adik tu kata dkt dgn masjid, nadia ni kata dkt dgn pusat pengajian islam. aku pun dpt la simpulkan, mungkin pusat pengajian islam, masjid dan ibnu sina ni mmg dekat antara satu sama lain. tapi yg aku xdpt nak kaitkan dgn pendapat yg lagi satu ni..kwn aku kata ibnu sina dkt atas bukit, jauh nun kt sana. kena naik bas yg tulis FKKSA (fakulti kejuruteraan kimia dan sumber asli). lantas aku menyuarakan kpd nadia mengenai pendpt yg terakhir tu..
"kwn akak ckp nk ke sana kena turun kt FKKSA. ke naek bas KTC lagi dkt?"
"akak naik bas KTC la sbb dia mmg lalu dkt pengajian islam"
aku pun mengangguk phm. wlpn dlm hati aku cuba kaitkn antara institut ibnu sina dgn pusat pengajian islam..konfius lagi..
beberapa minit kemudian, bas KTC lalu.. dgn konfidennya kami ckp kt driver..
"nt tlg berhentikn dkt institut ibnu sina" driver tu pun angguk..
dalam hati..lega..kejap lagi kami akan jupe bangunan yg kami cari2..
sampai ke akhir destinasi bas, kami xjupe juga bangunan tu. sume penumpang dh turun. driver tu pun tanya.
"awk tau ke institut ibnu sina kt mane?"
kami sekadar menggelengkan kepala. driver tu pun terangkan la..nk ke sana kena naik bas bertulis FKKSA. "nati sy turunkn kamu dkt tmpt kamu naek tadi, kamu naek teksi kt sn sbb bas xlalu ke FKKSA waktu2 ni"
kami pun naik la teksi.. lagi sekali kami ckp kt driver tu.. "pakcik kami nak ke institut ibnu sina" dia pun mengangguk.. dlm hati aku bermonolg kt sini ade byk ke bgunan nama ibnu sina.. susah benar nk cari..huhuhu
alhamdulillah dari jauh kami dh nampak bangunan tertera "Institu Kajian Sains Fundamental Ibnu Sina atau dikenali sbgi Institut Ibnu Sina.. yaho0o0o0oo0!!! xsilap lagi..
sementara menunggu pegawai sains di lobi, aku dan diana meluahkan segala kekeliruan yg wujud sejak dr pagi tadi. sejak tadi kami hanya bermonolog dalaman memikirkan kekeliruan yg wujud. hahaha.. baru kini kami berkesempatan untuk mengadakan perbincangan, kami mula menyedari salah faham yg wujud.. rupa2nya adik tadi dgn nadia ingt kami nk ke kelas ibnu sina !!! terjwb la sudah bhw ustaz mmg tiada kaitan dlm jln cerita aku utk hantar sampel NMR , dan psl kelas al-ghazali..erm mungkin adik tu ingt kami nk masuk kelas ibnu sina kot.. xtau la ape yg depa phm sebenarnya..huhuhu.. yg kwn aku kata kt FKKSA tu sbb mungkin dia tau background study aku bidang kimia.. so dia mmg phm bangunan yg aku mksdkan.. aku dgn diana tergelak2 memikirkan salah fhm yg wujud..
gara2 mencari ibnu sina dan institut ibnu sina... hihihihi.. {peace}

21 November 2008

peristiwa di depan lif bersama wanita iran

peristiwa ini berlaku di awal pagi sewaktu sy di pusat pengajian sy. pagi itu, seperti biasa, sy ke fakulti bersama2 sahabat sy. sewaktu tiba di pejabat, sementara sahabat sy 'punch card', sy menunggu lif bersama seorang wanita iran. wanita itu bukanlah asing lagi bagi sy, kerana kedudukan makmal kami yg bersebelahan membolehkan kami berbual2 apabila terserempak atau kelapangan. beliau merupakan wanita iran yg sudah berkeluarga dan sedang menyiapkan pengajian doktor falsafahnya. memandangkan makmal sy & sahabat berlainan aras, kami berpisah di hadapan lif. sahabat sy lebih selesa memilih untuk menggunakan tangga. manakala tinggallah sy bersama wanita iran menunggu lif. sambil menunggu lif tiba2, wanita iran itu bersuara..



"itu sahabat kamu ke?"

sy mengangguk sambil tersenyum. mungkin dia telah lama memerhatikan kami dr pintu masuk pejabat yg asyik berbual2 riang..



wanita iran itu menyambung lagi.. " cuba kamu lihat pakaian kamu.. bagaimana pula dgn pakaian sahabat kamu itu? kamu berpakaian begini, sedangkan sahabat kamu?"



mata sy terus beralih ke arah pakaian yg sy pakai.. "sebagai seorg sahabat, kamu perlu menegur dia" sy sudah mula memahami maksud yg cuba di sampaikan oleh wanita tersebut.

sambil tersenyum sy membalas "sy belum mepunyai kekuatan yg kuat utk menegur sahabat sy itu. bagi sy, sy lebih selesa utk berdakwah melalui perbuatan bukan dgn kata2 kerana sy akui, sy belum cukup kuat utk menegur atau menasihatinya. sy sentiasa berharap dan berusaha agar sy dapat menunjukkan keperibadiaan yg baik sbgi seorg muslim. kdgkala, dakwah dgn cara begitu lebih berkesan."

"tapi ini bukan soal dakwah. ini soal islam." wanita iran itu seperti tidak bersetuju. sy mula tersedar. ada kebenaran juga pd kata2nya. dia menyambung lagi, "sebenarnya soal menutup aurat ni bukan sekadar memakai tudung sahaja. ia harus lebih difahami apakah yg dieertikan sbgi menutup aurat"

sedang kami asyik leka berbual, tiba2 lif terbuka. kami masuk ke dalam lif. di dalam lif tersebut hanya ada kami berdua dan seorang pensyarah lelaki. pensyarah tersebut adalah merupakan penyelia pengajian sarjana sy sekarang. wanita iran itu menyambung kembali kata2 nya yg terhenti sebentar tadi. wlpn dlm nada yg berbisik, tetapi dalam hati sy tetap berdoa semoga perbualan kami ini tidak didengari oleh pensyarah itu.

"sebenarnya bentuk tubuh badan itu lebih kuat daya tarikannya berbanding rambut. sahabat kamu memakai seluar ketat dgn baju ketat di atas punggung pula tu, kemudian menyarungkan tudung. dia menutup rambutnya, tetapi mendedahkan tubuh badannya. sy khuatir, wlpn dia bertudung, tetapi dia tetap menarik minat lelaki utk melihatnya. itu jauh lebih bahaya. jgn ingt sekadar bertudung sahaja sudah memadai utk di katakan sbgi menutup aurat. jgn hanya sekadar menjaga rambut sahaja !"

apabila telah sampai di aras 3, kami keluar lif menuju ke arah makmal kami. sebaik melangkah keluar dari lif, seorg perempuan melintas di hadapan kami. dan kami saling berpandangan sambil tersenyum.

"lihat, contoh perempuan ini berpakaian. sama juga seperti sahabat kamu. ingt ini soal islam"

setelah sampai di makmal, perbualan kami akhirnya terhenti di situ sahaja. sy mengucap berbanyak2 terima kasih kpd wanita iran tersebut di atas nasihat yg diberikn.

sebenarnya, bila direnung2kn kembali, mmg ada benarnya apa yg di katakan oleh wanita tersebut. seorg sahabat sy pernah berkata, utk memperkatakan soal dakwah, ia mmg berat, tapi jika difikir2kan kembali, soal islam itu jauh lebih berat.. jika tidak mampu menegur sesuatu kemungkaran, tetapi membenci dlm hati dgn kemungkaran itu, itu adalah selemah2 iman. sampai bilakah sy ingin terus berada pada tahap selemah2 iman? masyaAllah..

05 May 2008

belajarlah utk menerima.. itu lebih baik..


setiap yg berlaku kita pasti akan tertanya2, kenapa mcm ni bukan mcm tu.. kenapa ini, kenapa itu.. kita asyik tanya dan persoalkan setiap yg berlaku.. kenapa kita tak terima je seadanya setiap apa yang berlaku.. kenapa perlu dipersoalkan setiap apa yang telah Allah tetapkan utk kita?? kita tgk org camtu, kita nak camtu, sbb dari pandangan mata kita dia seorg yg bertuah, dia dapat apa yg kita x dpt.. tapi sape lah kita utk menilai manusia sejauh itu.. pandangan kita terlalu terhad.. Allah Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. mungkin belum sampai masanya utk aku miliki apa yang dia miliki.. mungkin aku perlu tempuhi lagi seribu halangan sebelum aku sampai ke situ.. jika halangan itu terlalu payah untuk aku tempuhi, Ya Allah semoga kekuatan menjadi milikku.. apabila itu sudah menjadi milikku, Kau jadikanlah aku manusia yg bersyukur.. Jika setelah seribu halangan itu telah aku tempuhi, dan Kau tambahkan lagi dengan seribu halangan lagi, semoga aku semakin tabah dan kuat Ya Allah.. amin..

saat kita di atas jangan lupa saat kita pernah berada di bawah dulu..
saat kita di bawah, jangan mudah putus asa kerana Rahmat Allah itu luas..

semoga aku tidak pernah jemu mencari rahmatNya.. hidup ini seperti roda, ada turun naiknya.. hari ini Allah berikan kita sedikit kebahagiaan..jika esok, kebahagiaan itu bukan lagi milik kita, bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk merasa sedikit kebahagiaan itu.. hari ini Allah berikan kita sedikit kesedihan..

jika esok kesedihan itu masih lagi milik kita.. bersyukurlah kerana kita baru merasa diuji dengan sedikit kesedihan, ramai lagi diluar sana yang lebih sedih daripada kita.. apabila kita melihat org yang di bawah, kita terdidik utk menjadi manusia yang bersyukur dan redho dengan pemberianNya, apabila kita melihat org yg di atas, kita tetap bersyukur kerana bukan kita di atas.. kerana Allah Lebih Mengetahui.. mungkin saat kita di atas kita akan semakin jauh dgnNya..

02 May 2008

sesuatu yang manis untuk dikenang..

1 mei 2008..
hari ni aku p times square wif sara n maz.. wlpn su & nana xdpt nak join, tapi still lg best.. klo ade korg lagiiiii best.. hahahaha..bercerita mengenai 5sahabat.. mcm2 kenangan lama kita bersama..dari saat gembira, suka, duka, sedih, gelak tawa kita sume..
kitorg lepak kat food court tu dr pkl 1 smpi 6 ptg dok bersembang je.. hahahaha..bercerita
saat memanjat pokok ceri dgn baju kurung, saat dikejar anjing (lari dengan baju kurung sampai xcukup tanah..hahaha), saat kena denda depan kelas sambil menjunjung kerusi, saat bernasyid, saat terjun longkang mencari surat org (busuk pun sggup gk terjun.hahaha..)..weh banyak lagi la yg pelik2.. nak tergelak pun ade.. hope persahabatan kita dari kecik ni akan trus berkekalan..amin..