Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

22 February 2011

sy tidak tertekan..

baru selesai menanda kertas jawapan test student..
cantek sgt 9 je yg lulus 18gagal..

sy xfaham..ape yg dorang x faham sebenarnye..
sy aja dh slow abes..
bole di katakan sy tidak mengenakan sebarang kelajuan di situ..
sy menggunakan kelajuan yg disyorkan di jalan raya..
malahan lebih rendah daripada itu..
jika ada 2 lorong, sy perlukan lorong yg ke4..
lorong yg paling kiri..kelajuan sy lebih lambat daripada lori tangki minyak..

nk kata x cukup latihan, mungkin jg belum cukup..
telah disediakan buku latihan sejumlah 600m/s masih belum memadai
mungkin mereka perlukan 1600m/s
akan sy usahakan..

ini ujian buat sy..
ujian sebagai seorang pendidik..
mendidiklah dengan sabar dan ikhlas..
semuanya kerana Allah..

walau apapun..
sy cuba untuk tidak tertekan..

21 February 2011

berhati2 post status di fb..

perkongsian di petang isnin..
memetik kata2 seorang Dr (tetamu jemputan MHI pagi tadi)

apa yg kita post status di fb adalah mencerminkan siapa kita 10 tahun akan datang..
janganlah nk tulis sembarangan..mind ur words..
tulislah yang indah2 je..bukan ke yg indah itu bahasa =)

so berhati-hatilah semasa menulis status di fb..
kerana apa yang anda post sekarang, menggambarkan siapa anda 10tahun akan datang..

" sy bakal menjadi pemimpin negara..menerajui negara Islam yg benar2 Islam"

agak2 sape dia ye 10tahun akan datang nati?

huhuhuhuhuu..

~oke jupe lagi~

3 perkara kalau xnak bahagia ;)

mari kita renungkan bersama..
sy dapat pengisian pagi ni daripada rancangan MHI
sementara tengah bersiap nk ke ofis..

kita selalu berbincang tentang cara nak bahagia..
tapi kali ni pendekatan yg berbeza digunakan..
mungkin boleh dikatakan reverse psikologi..
sekadar mungkin.. krn sy bukan latar belakang psikologi ;)

3 perkara kalau x nk bahagia:

1) sentiasa merungut - xperlu la merungut..gantikan rungutan di bibir dengan kalimah zikrullah..beban yg terpikul di bahu terasa ringan..insyaallah..kerana kekuatan itu dtg drp Allah..Maka kembali lah kepada Allah..segala ujian pasti ada rahsia di sebaliknya..

2) Menyalahkan org lain - berhenti menunding jari. terimalah dengan berlapang dada. perbaiki diri sendiri dan cuba cari penyelesaian yg terbaek tanpa menyalahkan sesiapa. tapi jangan menyalahkan taqdir pula =)

3) Menyalahkan diri sendiri - bila dah x menyalahkan org lain, jgn la plak nk menyalahkan diri sendiri. senang cerita jgn nk salahkan sesape. move forward! belum terlambat utk tersedar.. selama mana bernafas di bumi ini, selama itu masih ada ruang untuk berubah dan perbaiki selagi termampu..formula yg jangan dilupakan.. KEMBALI KEPADA ALLAH =)

~OKE..SEHINGGA BERTEMU LAGI~

12 November 2010

~love is CINTA~




Ya Allah..

Aku sedang mencintai hambaMu..

Bantulah aku..Pimpinlah aku..


Ya Allah..

Aku takut andai cinta ini buat aku tersungkur..

Rebah, lemah, layu dilandasanMu..

Aku takut andai aku tersasar jauh dari landasanMu..

Aku bimbang..


Ya Allah..

Andai dia yg terbaik buatku..

Kau permudahkanlah kami..

Satukanlah kami dalam ikatan cinta yang halal..

Yang Engkau redhai..

Jangan biarkan kami jauh daripada Mu Ya Allah..


Ya Allah..

Pegangilah hati kami..

Aku gusar andai cintaku padanya melebihi cintaku padaMu..


Aku mencintaiNya lebih daripada aku mencintainya..

Aku tidak mahu mencintai cinta melebihi mencintai Pemilik Cinta..

01 September 2010

10 pembohongan besar media berkenaan Israel (part 1)

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?


sumber : http://www.harakahdaily.net

19 August 2010

dulu sy seorang cikgu, tapi sekarang sy seorang pensyarah..

di hari pertama kuliah sy telah memperkenalkan macam2 undang2..huhuhu
undang2 yg dulu kena kt sy masa sy blaja dulu..
skarang sy perturunkan kt anak murid sy plak..
ni bukan unsur balas dendam oke..
tapi undang2 tu memberi impak positif dlm diri sy..
yg elok kita ikut..skang masa utk plaja sy plak..
jadi lebih baik dr sy!

1) sampai kuliah sebelum sy sampai
2) pakaian seksi xbole masuk kelas sy. sy ada hak utk halang kamu berada dlm kuliah sy
3) liquid paper x dibenarkan dalam assignment sy, lab report, test atau quiz
4) tugasan hantar mesti on time..lewat tolak markah..
5) wajib hafal atomic mass utk 5 unsur CHNSO

cukupla dulu 5..kesan jangka pendek yg sy nmpk utk tempoh 1bln..

1) plaja mmg selalu sampai sebelum sy..bila sy sampai, mmg sume ready utk kuliah je
2) alhamdulillah..pakaian sume sopan santun..menutup aurat
3) mmg xde liquid paper..anta assignment comot bersepah potong sana sini. xpe. sy xkesah. itu permulaan.. lama2 nati kamu akan nampak kesannya dalam diri.. kesan jg pada diri sy..makin pening nk tanda test kamu..comot! huhuhu
4)tugasan anta on time.. terima kasih! ada jg yg lwt..sy tolak markah..
5) masih ada yg x hafal 5unsur tu..kesan pada test..merepek2 jwpn yg diterima..

kenapa sy buat sume ni kt kamu??
kerana sy syg kn kamu!!
sy nk kamu jadi plaja yg berkualiti!!
kerana kamu boleh jadi lebih baik drp sy..
insyaAllah..
kamu adalah dunia sy..

11 May 2010

sy seorang cikgu

hari isnin cam biase pkl 8.15 aku ngaja kt tusyen dpn umah..
menurut mereka aku ni cikgu yg tegas tapi sempoi dan sporting..
(cm xkena je kombinasi).. layan jela..huhuhu

isnin aku aja kelas matematik..
mula2 aku ngaja kelas ni..
matematik dorang pny lemah mmg luar biasa...
masa aku wt taste utk assessment..selamba je 30%..
tu dh kira hebat r tu..paling tinggi..

setelah 5bulan kita bersama..ahakssss..
sudah ada peningkatan..yg malas blaja, rajin blaja..
yg bercakap, dh bole tumpu perhatian..
setiap minggu, 10minit sebelum kelas abes, aku bagi sesi motivasi..
nganga mulut sorang2 dgr aku bercerita..
mula2..masuk telinga kanan kuar gak telinga kiri..
tapi sabar...aku teruskan juga dari minggu ke minggu..

dan akhirnya...
semalam lah kemuncaknye..
malam tadi..aku mmg nk nangis (xtipu)
aku cakap pun ade getar di hujung suara..
mata dh bergenang..bdk2 ni muka pun dh cuak...
hahahahah...cikgu wt drama sebabak jap..ekekekek

sorang plaja ni yg paling lemah dlm kelas..
selalu malu setiap kali aku nk tgk kerja dia..
aku pujuk hati bila berdepan dgn dia..
sabar..mesti ade benda yg aku belum buat utk dia..
tiba2..aku dgr suara dia "cikgu sy nk buat kt depan soalan nombor ini"
pastu dia mtk lagi..dan lagi..dan lagi..
malah dia dh ade keyakinan diri..
aku menangis!! aku kenal dia camne masa mula2 masuk dulu..

kepada syahir (nama nk sama ngn aku dh)..
cikgu gembira dgn perubahan kamu..
cikgu doakan yg terbaik utk kamu..
Allah sentiasa bersama org yg berusaha..
teruskan usaha dan berdoa..

menjadi cikgu mmg satu kepuasan..
keseronokan bila tgk anak2 didik kita berjaya..
berjaya xsemestinya dapat A,
tapi berlakunya satu anjakan paradigma dlm diri dorang..huhu
tapi jadi cikgu sekolah bukanlah cita2 aku..
sbb aku tak suke terikat dengan keje2 pentadbiran..
aku nk ngaja je..hahahahaah...pape je la ko ni..


15 April 2010

blaja oh blaja

on the way nk g ukm..
sorang pakcik tu tny..
"ko x boring ke dh blaja, blaja lagi?"
hahahahah..best r soalan pakcik ni..
"kdg2 penat jg pakcik, ni lah rezeki..lagipun sementara muda ni"
>> dalam hati, muda ke? huhuhuhu

cakap pasal sambung blaja di usia muda ni..
sementara muda ni la nk blaja..
abes dh tua xpyh blaja ke?
idak la gitu..kita kena rebut 5 perkara sebelum 5 perkara..
sementara sihat, muda ni manfaatkan la sebaiknya..
menuntut ilmu yg bermanfaat kan perkara yg bermanfaat..
eheheh..

kepada kwn2 ku di luar sana, selamat berjuang!!
jgn jadikan blaja sbg alasan nk kawen lambat plak..
heheheh.. (^_^)
tiba2 kawen plak..ngeee ;)

16 March 2010

mati di jalanMu..itulah cita-cita tertinggiku..



Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

30 January 2010

rindu kt rumah..

saat ni yg de dlm pale aku ialah nk balik umah..
nk masak byk2!!

tingin sgt2 dh ni nk mkn
sambal ikan bawal..
udang masak lemak..
sambal kerang..
paru goreng..

klo beli kt luar, dpt makan ckit jer..
klo masak, puassss.. bape round pun bole..
(masak kt umah jimat kos, hohoho..
bahan mentah leh men order kt ayah je..ekekek)

kesimpulannya..
tlg~nk balik!! nk masak makanan tersebut!!




22 January 2010

Pengabaian sudah bermula..

terima kasih..
teruskanlah..
kerana itu akan mendidik diri..
menjadi lebih dewasa..
lebih kental..
lebih tabah..

erm..
atau..menjadi lebih xde perasaan
~heartless~




20 January 2010

andai kau tau..

sungguh aku menyayangimu..
sungguh aku menyintaimu..
tidak ingin ku melihat kesedihan di wajahmu..
senyumanmu mewarnai hidupku..

andai kau tau..
aku inginkan yg terbaik utkmu..
tidak ingin ku melihat dirimu rebah layu..
doaku bersamamu..
s
ayangku..

andai kau tau..
betapa aku menyayangimu..
betapa aku menyintaimu..
setulus hati
ku..
inilah anugerah teristimewa buatku..

terima kasih sygku..
~ily~



18 January 2010

Ya Allah..dekatkn hatiku denganMu..

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

tanda-tanda ini sudah semakin jelas..Subhanallah..

17 January 2010

jom kenali diri sendiri =)



Jenis darah seseorang individu bergantung kepada 'allele'. Setiap orang mempunyai dua allele - satu diambil dari bapa dan satu dari ibu. Sepasang allele ini dipanggil 'genotype'. 'Allele' ialah satu bentuk informasi genetik yang berada di dalam DNA kita dan terletak di lokasi yang telah ditetapkan pada kromosom yang telah ditetapkan.

DARAH O
• Seorang yang setia, sabar dan sentiasa yakin. Gemar kerja berpasukan.
• Mempunyai sifat kepimpinan dan daya juang yang tinggi.
• Memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
• Terlalu serius dalam persaingan sehingga memberikan tekanan kepada diri.

DARAH A
• Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup.
• Gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan berpersatuan.
• Bijak bergaul dan disenangi dengan individu di sekeliling.
• Mudah berkerjasama dengan orang lain.
• Sensitif, sabar, dan bertimbang rasa.
• Seorang yang penyayang.
• Degil dan kuat bekerja sehinggakan mengabaikan waktu untuk berehat.


DARAH B
• Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan darah jenis ini.
• Lebih selesa dengan kesederhanaan.
• Seorang yang jujur dan lebih gemar berterus terang.
• Seorang individualis.
• Gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain.
• Kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan situasi.
• Bijak bersosial.

DARAH AB
• Tenang dan bijak mengawal emosi.
• Sentiasa menghormati orang lain.
• Mudah didekati dan mesra dengan orang sekeliling.
• Menjadi tempat orang berkongsi cerita dan meluahkan perasaan.
• Memiliki sikap humor semula jadi dalam diri.
• Sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
• Sukar untuk membuat keputusan untuk diri sendiri.

Allah SAW berfirman.
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.(Al-Hajj:5)

Subhanallah..indahkn ciptaan Allah.. setiap satunya mempunyai tugas, fungsi dan membawa makna yg tersendiri.. siapakah kita untuk mengingkari perintahNya? Tepuk dada, Tanya iman.. apa yang penting bukan kerjasama.. tapi apa yang penting? ISLAM dan IMAN.. peace~

06 January 2010

saat ini..

air mata mula ingin menyapa ruang mata..
hati seakan berbisik..
untuk apakah air mata ini..

aku hambaMu yg lemah Ya Allah..
tanpa Mu disisi, aku rebah..

bukan mudah utk bernafas dlm jiwa hamba..
terkadang hati kuat, terkadang hati leka dan alpa..
Ya Allah, Engkaulah pemilik segala-galanya..


Hati teringat dengan kata-kata Al-Fudail bin Iyadh buat sahabatnya..


"Maafkanlah dia. Orang yang pemaaf dapat tidur di atas katilnya dengan tenang sedang orang yang membela diri tiada hentinya berfikir untuk membela dirinya, cara apa yang akan digunakannya dan jalan apa yang harus ditempuhnya, apakah perkataan yang akan dikatakannya untuk mengalahkan hujah orang itu. Sudah tentu ia akan gelisah dan tidak dapat tidur."


Firman Allah SWT dalam surah Al-baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.


tersenyumlah syg..dunia akan tersenyum padamu kembali.. =)

Ingatlah nasihat Rasulullah SAW kepada Abu Bakar ketika peristiwa hijrah: "Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama kita."

05 January 2010

utk kak ngah ku..su..

cinta.. kita mula menyedari kita sudah mula mencintai seseorang apabila :

1. byk perkara yg sukar dilakukan sebelum ni menjadi mudah dilakukan..cth mudah menyebut syg, abg, rindu..

2.asyik teringat dia setiap masa dan ketika..sentiasa memikirkan kehidupan bahagia bersamanya..

3.bimbang utk melakukan perkara yg bole mengguris hati dia.

4.menjaga setiap tingkah laku agar tidak mengundang rasa tidak senang hati dalam dirinya..

5.selalu memikirkan kepentingan dia berbanding kepentingan diri sendiri..

6.sentiasa berusaha utk jujur dgn dia, nk tipu nk kata dh makan pun xsanggup..

7.asyik nk tgk gamba dia..huhu

8.hati tros tertutup utk sume org..kira xpandang dh lelaki lain..tumpu kt dia sorang je..ahakss

9.dpt msj kejap2 pun xpe dah..xperlu masa yg lama, krn cinta itu sudah ada di mana2..ahakss

10. dan yg paling penting..dia sentiasa ada dalam doa kita.. =)

p/s itulah tanda cinta..namun setiap org x sama..sume ade keunikan masing2.. buka mata hati utk melihatnya..yg penting cinta utk dinikmati bukan utk disakiti =)

01 January 2010

tatkala kenangan menyapa kotak memori..

menemui insan yg aku kasihi..

tatkala siang mula menyinari hari,
kedengaran kokokan sang ayam riang menyanyi,
seruan azan berkumandang memanggil diri yg diulit mimpi,
bertemankan kedinginan pagi yang lembut menyapa diri,
lantas aku bingkas bangun mempersiapkan diri,
temujanji denganNya perlu dipenuhi,
kini,aku masih di sini..
meneruskan lagi kehidupan di bumi ini..
menunaikan segala hak dan janji..
meniti hari bersama semangat dan keimanan dalam diri..
semoga langkah perjalanan hari ini,
dalam pimpinan yang Maha Mengasihi..
amin..

31 December 2009

Gerhana Bulan

"kakak, adik nk tido dulu..nati pkl 1 kejut adik bangun taw..jgn lupe, adik nk tgk gerhana bulan"

apa itu gerhana bulan?
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antata matahari dan bulan di mana matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan yg lurus.
Peristiwa ini merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”


Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Peristiwa gerhana bulan berlaku serentak dengan sambutan tahun baru 2010.. selamat beramal :)

p/s: saat blog ni di tulis, firework kt taman umah aku ni mmg xingat..adik yg kata nk tido, xtido dh, yg abgnye tinggal abes kitab tafsir..adeh..aku gak yg cool depan pc..ahaks~~kakak cool.. ;))

13 September 2009

bole x klo nk rasa menyesal??

oke kita mulakan dgn subuh tadi..
sampai penang, dgn muka penat, aku format pc
(xbape format la..ganti windows xp baru je) yg len xformat..
lepas sejam dah siap, aku tros tido..

bangun tengahari..
aku tgk hasilnya..oke cam dah oke..
dah bole letak gamba wallpaper kt desktop..
dh x kuar agi perkataan "genuine"
tiba2 rasa cam..kan best klo format sume sekali
(gatal sggh g fikir nk wt camtu..walhal da oke da)

dgn tangkasnye, aku kuarkan sume
cd utk office dan bagai lagi..
start format..

bermula detik rasa nk menyesal..
sbb terfikir,
pc aku bukannye ade virus pun yg aku nk format..
jz nk tuka genuine tu je..
bila nk on intenet, da kena install baru,
pastu baru tingat, bila nk buka intenet nati,
sume website yg aku da bookmark,
aku guna nk wt research da hilang..

dan pelbagai agi la..
yg wat aku pening tgk laptop aku tu
dan skang ni, laptop aku tu aku biarkan je..
aku guna pc kt umah..
dan adik2 aku dh xleh nk maen game..hahaha..
sbb aku guna..ekekeke..

dan yg penting..aku susah nk wt keje!!
so..
bole x klo nk rasa menyesal???!!

11 September 2009

hidup ini sgt indah utk ditangisi..hargailah setiap org yg pernah hadir dlm hidup kita :)


tiba2 hati ini digamit nostalgia zaman kanak2 sehingga la ke usia yg sudah menjengah ke alam dewasa.. banyak pahit manis yg di lalui.. mmg benar pengalaman adalah guru yg terbaik..namun apa yg penting HARGAILAH SETIAP ORANG YG PERNAH HADIR DLM HIDUP KITA.. :)

DI ALAM TADIKA

Tempat aku mendapatkan pendidikan pra sekolah ialah di TADIKA KEMAS. "ni la tadika mak dulu" ~cewah ayat xbley bla aku kata..huhu
xdpt la aku nk ckp camtu kt anak2 aku nati sbb sekarang tadika tu dh xde. dh digantikan dgn dewan org ramai. ape eh kenangan yg best..x byk yg aku ingt.. sbb masih budak2 agi..

masa pendaftaran nk masuk tadika, yg sempat aku ingt mak pergi bayar yuran tadika, pastu yuran van (aku nampak balang bulat kuih raya tapi bukan isi kuih raya tapi isi duit ibu bapa bayar yuran tambang)..nama makcik van tu makcik ani kot. Pakai spek, mulut dia petah bercakap..macam aku juga masa kecik2.. ;p


Kesah aku nk pegi tadika, aku bukan la budak yg xske g sekolah. jarang la aku nk menangis setiap kali nk g sekolah. tapi, klo pagi2 tu tiba2 aku nangis.. ayah aku akan tambah duit belanja dr 30sen jadi 50sen.. best kn? tapi aku xpenah amek kesempatan..bila aku betul2 nk nangis, aku nangis la.. bukan sbb nk duit belanja lebih.. aku ingt lagi masa dpn pagar rumah nk kua p tadika, ayah usap kepala sambil hulur duit belanja extra 20sen sambil berkata "lain kali menangis la lagi, nati ayah bagi duit belanja lebih".. aku pun berenti menangis, amik duit, cium tangan ayah dan selamba je pergi.. ekekekek.. ni la anak ayah aku kata ;p


dulu2 50sen tu dh bole beli mcm2..lepas abes kelas tadika, sementara nk tunggu van sekolah dtg amek, aku mesti singgah kedai cina yg belakang tadika tu..beli benda makan yg merapu..pastu berlari2 kt padang sebelah dgn kwn2..aku ingt lagi masa tgh main2, tiba2 kwn aku menjerit panggil aku nk bgtau dia nampak Mr Os tgh cakap telefon. aku pun ape lagi lari x cukup tanah nk tgk Mr Os. masa tu dia tgh cakap phone guna public phone, aku pun sapa dgn muka kering.. "hai!!" tu je..pastu lari sambung main balik tinggalkn Mr Os.. tulen je tindakan aku..hahaha..


masa kt tadika, waktu aktiviti mewarna, aku ske jadi volunteer nk edarkan pensel warna kt kwn2.. kecik2 dh terselah sifat ske menolong..hahaha (tapi sebenarnya nk pilih bekas warna yg paling cantik) ;p masa mewarna, aku selalu mewarna dgn seorang dak lelaki ni..sebelum ni xingt (skang aku dh ingt sape dak laki tu) ekeke. masa mewarna aku meniarap kt lantai tu mewarna dgn dia. Penah sekali aku dh letih nk mewarna, aku bagi upah dia 20sen suh tlg kalerkan aku punye.. ahahah.. x senonoh aku ni ;p

Yg paling best, masa aktiviti nk bergambar, amek gamba kelas..aku ingt lagi tangan cikgu rosnah hari tu..letih nk sikat rambut sorang2..sume org rambut cam langsuir je serabai..hahah..pelajar lelaki xyah susah, yg letih tu pelajar perempuan..masa cikgu sikat rambut aku, cikgu belah tepi rambut aku..bape kali cikgu tu nk tarik ke tepi, rambut aku ketengah juga (sbb rambut aku mmg belah tengah..cikgu salah arus)..huhu..so terjadi la dlm gamba muka aku masam bersama rambut terjuntai2 yg melemaskan kepala aku..hahah..masa tu muka berpeluh, tangan cikgu rosnah tu juga la yg tlg lapkan peluh kt muka aku..bukan ape, peluh letih mewarna..haks! ;p


mak kata, masa kecik aku ske merajuk bila kena marah. setiap kali kena marah mesti cakap nk lari drp rumah. tau aku lari mane? aku lari kt umah belakang tu je..hahah..tuan umah belakang tu aku panggil mak nani..mak nani ni yg jaga aku dr aku baby lagi..mmg rapat sampai skang..so klo aku kata nk lari dr rumah tu, g umah mak nani la..g main2 kt sana..hahaha.. gelak je aku dgr mak aku cite..


buku pertama yg ayah guna utk ajar aku membaca ialah buku “Mickey Mouse”.. buku tu berconteng penuh dgn pensil2 yg ayah guna wt ajar aku.. ayah dulu garang.. waktu yg menakutkan aku ialah lepas makan malam sbb tu waktu membaca dgn ayah.. pipi ni selalu je kena makan penampar ayah.. air mata ni laju je menangis.. tapi menangis time ni xdpt duit extra.. lagi kena sergah ada.. hahaha.. ish..aku xleh ingt..mak dlm bilik dgn adik aku yg no2 (masa tu dia baru 1thn).. aku kt luar dgn ayah..sambil ayah tunggu mesin basuh baju, aku ddk tepi tu membaca..salah je kena sergah..sergah byk2 kali salah juga kena makan penampar.. tapi xpe..terima kasih ayah.. sekarang ni kakak dh masuk universiti.. kakak syg ayah..hanya Allah yg mampu membalasnya..


ni la sebahagian drp kenangan yg aku ingt yg sempat aku tulis kt cni..mak ayah, terima kasih atas kasih syg mak ayah utk kakak dan adik2 selama ni.. hanya Allah yg mampu membalasnya..


“Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku , kasihanilah mereka, seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku“