Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

26 April 2011

apabila menanda kertas exam..

kita pasti tersenyum, dan kadang kala ketawa yang tidak berdekah2..
tatkala membaca jawapan exam student yg kreatif dan boleh wujud dalam kepelbagaian..
setiap subjek..pasti jawapan itu berjaya diolah dengan begitu baik sekali..
tahniah kepada pelajar yg jawapannya telah terpilih untuk kategori jwpn paling comel..

subject: biology

question: name the human male and female gonads?
student's answer: for male testis, for female panties.

subject: biochemistry

question: what is solution?
student's answer: solution is the way to solve the problem.

subject: chemistry

question: draw the structure for cis and trans for the following structure.
student's anwer: cis... tersangkut!

subjek: english

question: gives the factor that can cause social problem among the teenagers?
student's answer: parents very busy for find the food for the family and teenagers have very fragile hearts.

p/s: based on the true story~

tekad sy..


taraaaaa...
alhamdulillah..
juadah berbuka puasa semalam...
walaupun ringkas, tapi inilah komitmen..

sekarang...
sy bertekad untuk memasak selalu..
sy bertekad untuk improvekan skill memasak sy..
cukup2la air tangan orang asing..

banyak kebaikan masak sendiri..
masa memasak boleh selawat dan doa..

sy nk buat persediaan awal..heheheh
doakan sy..
semoga...
semoga...
semoga...

istiqomah =)

16 April 2011

antara alasan yg paling kreatif




assalamualaikum..
hari ni sy nk berkongsi pengalaman sy jadi cikgu..
antara pengalamannya ialah menghadapi student yg kaki ponteng..

antara sebab2 yg paling kreatif seorang plaja x dtg kelas:

  1. sy jatuh katil malam tadi. pagi td sy xdpt dtg kelas sbb badan sakit xbole bangun.
  2. sy tido pukul 5pagi malam tadi sbb siapkan assignment. sbb tu sy xbole dtg kelas awal pagi tadi.
  3. sy xbole dtg sbb hujan lebat. nati kene hujan. moto sy xde bumbung.
  4. sy tersilap tgk jadual waktu. sy ingtkn xde kelas pagi ni.
  5. sy kene balik kampung sbb mak sy suruh juga sy balik kampung.
  6. sy kene balik kampung sbb sy dh beli tiket.

miss: macam2 alasan awk bole bagi kt sy. awk je yg tau yg mane satu keutamaan awk. yg nk blaja tu awk, bukan sy.. suka hati la..

alih2..bila semak rekod kedatangan, plaja yg selalu bagi alasan kreatif dan yg terbaik ni mmg selalu x dtg kelas..bukan terhad pada kelas kimia je, malahan sama je kelas lain

kepada plaja, janganla perbodohkan diri awak..

sekian..

06 April 2011

kisah ibu ketam!

selepas 2 kali terjadi..

maka sy dah xtahan..

nk suh student hormat lecturer ape sume bagai..

tapi sesama lecturer sendiri pun x de respect..

ingat student nk respect ke klo camtu?

xbole pikir ke..

pimpinan melalui teladan beb..

jgn la cakap x seiring dgn tindakan..

benarlah seperti ibu ketam..

selagi kamu x sedar, jadilah kamu seperti ibu ketam sampai bila2..

(sy sgt terasa dgn tindakan kamu)

maaf kan saya dengan perasaan ini.. kerana sy bukanlah manusia sempurna..

21 March 2011

m not perfect..sory for dat..

di telan mati mak, di luah mati bapa..

andai dapat di undur masa..

xpayah masuk dalam mulut..

so xpayah pikir nk telan ke nk luah..

tapi xpe..

x elok ber andai-andai ni..

benda dh berlaku..

hadapi dengan tenang!!

19 March 2011

istimewa utk.. NFAB




hadiah pemberian Nor Fairuz Abu Bakar..
kepada yuz..terima kasih sudi jadi sahabat syira..
i love u so much..
moga ukhuwah yg terjalin sentiasa dalam peliharaan Allah..

"selama ini..
ku mencari-cari...
teman yg sejati..
buat menemani perjuangan ini..
bersyukur kini
pada Mu Illahi
teman yg ku cari
selama ini
telah ku temui.."

18 March 2011

aset terkumpul sehingga 2011


2000
harga beli RM38.90. skang dh xgune. ddk dalam almari kaca.



2002
mechanical pensil jenama pilot. harga RM3.30. satu2nye pensil yg aku ada sejak blaja dari matrik sampailah skang dh mengajar org.



2000
pensil box body glove. masih lagi berkhidmat dengan baik sejak dibangku sekolah sehinggalah dibangku ofis.
harga RM20.



2002
bingkainya masih lagi disimpan sehingga sekarang. harga RM250

so..jumlah aset terkumpul aku tanpa mengambil kira susut nilai ialah...
rm312.20..

walaupun nilainya mmg xbernilai, tapi sumbangannya kepada kehidupan aku tidak ternilai. dari dibangku sekolah, dibangku universiti sehingga dibangku ofis..itu juga la yg aku gunakan sampai skang..

sape yg belikan?

sudah pastinya..mak dan ayah..

untuk mak dan ayah..
terima kasih kakak ucapkan utk semuanya..

kakak sayang mak ayah..




22 February 2011

sy tidak tertekan..

baru selesai menanda kertas jawapan test student..
cantek sgt 9 je yg lulus 18gagal..

sy xfaham..ape yg dorang x faham sebenarnye..
sy aja dh slow abes..
bole di katakan sy tidak mengenakan sebarang kelajuan di situ..
sy menggunakan kelajuan yg disyorkan di jalan raya..
malahan lebih rendah daripada itu..
jika ada 2 lorong, sy perlukan lorong yg ke4..
lorong yg paling kiri..kelajuan sy lebih lambat daripada lori tangki minyak..

nk kata x cukup latihan, mungkin jg belum cukup..
telah disediakan buku latihan sejumlah 600m/s masih belum memadai
mungkin mereka perlukan 1600m/s
akan sy usahakan..

ini ujian buat sy..
ujian sebagai seorang pendidik..
mendidiklah dengan sabar dan ikhlas..
semuanya kerana Allah..

walau apapun..
sy cuba untuk tidak tertekan..

21 February 2011

berhati2 post status di fb..

perkongsian di petang isnin..
memetik kata2 seorang Dr (tetamu jemputan MHI pagi tadi)

apa yg kita post status di fb adalah mencerminkan siapa kita 10 tahun akan datang..
janganlah nk tulis sembarangan..mind ur words..
tulislah yang indah2 je..bukan ke yg indah itu bahasa =)

so berhati-hatilah semasa menulis status di fb..
kerana apa yang anda post sekarang, menggambarkan siapa anda 10tahun akan datang..

" sy bakal menjadi pemimpin negara..menerajui negara Islam yg benar2 Islam"

agak2 sape dia ye 10tahun akan datang nati?

huhuhuhuhuu..

~oke jupe lagi~

3 perkara kalau xnak bahagia ;)

mari kita renungkan bersama..
sy dapat pengisian pagi ni daripada rancangan MHI
sementara tengah bersiap nk ke ofis..

kita selalu berbincang tentang cara nak bahagia..
tapi kali ni pendekatan yg berbeza digunakan..
mungkin boleh dikatakan reverse psikologi..
sekadar mungkin.. krn sy bukan latar belakang psikologi ;)

3 perkara kalau x nk bahagia:

1) sentiasa merungut - xperlu la merungut..gantikan rungutan di bibir dengan kalimah zikrullah..beban yg terpikul di bahu terasa ringan..insyaallah..kerana kekuatan itu dtg drp Allah..Maka kembali lah kepada Allah..segala ujian pasti ada rahsia di sebaliknya..

2) Menyalahkan org lain - berhenti menunding jari. terimalah dengan berlapang dada. perbaiki diri sendiri dan cuba cari penyelesaian yg terbaek tanpa menyalahkan sesiapa. tapi jangan menyalahkan taqdir pula =)

3) Menyalahkan diri sendiri - bila dah x menyalahkan org lain, jgn la plak nk menyalahkan diri sendiri. senang cerita jgn nk salahkan sesape. move forward! belum terlambat utk tersedar.. selama mana bernafas di bumi ini, selama itu masih ada ruang untuk berubah dan perbaiki selagi termampu..formula yg jangan dilupakan.. KEMBALI KEPADA ALLAH =)

~OKE..SEHINGGA BERTEMU LAGI~

12 November 2010

~love is CINTA~




Ya Allah..

Aku sedang mencintai hambaMu..

Bantulah aku..Pimpinlah aku..


Ya Allah..

Aku takut andai cinta ini buat aku tersungkur..

Rebah, lemah, layu dilandasanMu..

Aku takut andai aku tersasar jauh dari landasanMu..

Aku bimbang..


Ya Allah..

Andai dia yg terbaik buatku..

Kau permudahkanlah kami..

Satukanlah kami dalam ikatan cinta yang halal..

Yang Engkau redhai..

Jangan biarkan kami jauh daripada Mu Ya Allah..


Ya Allah..

Pegangilah hati kami..

Aku gusar andai cintaku padanya melebihi cintaku padaMu..


Aku mencintaiNya lebih daripada aku mencintainya..

Aku tidak mahu mencintai cinta melebihi mencintai Pemilik Cinta..

01 September 2010

10 pembohongan besar media berkenaan Israel (part 1)

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?


sumber : http://www.harakahdaily.net

19 August 2010

dulu sy seorang cikgu, tapi sekarang sy seorang pensyarah..

di hari pertama kuliah sy telah memperkenalkan macam2 undang2..huhuhu
undang2 yg dulu kena kt sy masa sy blaja dulu..
skarang sy perturunkan kt anak murid sy plak..
ni bukan unsur balas dendam oke..
tapi undang2 tu memberi impak positif dlm diri sy..
yg elok kita ikut..skang masa utk plaja sy plak..
jadi lebih baik dr sy!

1) sampai kuliah sebelum sy sampai
2) pakaian seksi xbole masuk kelas sy. sy ada hak utk halang kamu berada dlm kuliah sy
3) liquid paper x dibenarkan dalam assignment sy, lab report, test atau quiz
4) tugasan hantar mesti on time..lewat tolak markah..
5) wajib hafal atomic mass utk 5 unsur CHNSO

cukupla dulu 5..kesan jangka pendek yg sy nmpk utk tempoh 1bln..

1) plaja mmg selalu sampai sebelum sy..bila sy sampai, mmg sume ready utk kuliah je
2) alhamdulillah..pakaian sume sopan santun..menutup aurat
3) mmg xde liquid paper..anta assignment comot bersepah potong sana sini. xpe. sy xkesah. itu permulaan.. lama2 nati kamu akan nampak kesannya dalam diri.. kesan jg pada diri sy..makin pening nk tanda test kamu..comot! huhuhu
4)tugasan anta on time.. terima kasih! ada jg yg lwt..sy tolak markah..
5) masih ada yg x hafal 5unsur tu..kesan pada test..merepek2 jwpn yg diterima..

kenapa sy buat sume ni kt kamu??
kerana sy syg kn kamu!!
sy nk kamu jadi plaja yg berkualiti!!
kerana kamu boleh jadi lebih baik drp sy..
insyaAllah..
kamu adalah dunia sy..

11 May 2010

sy seorang cikgu

hari isnin cam biase pkl 8.15 aku ngaja kt tusyen dpn umah..
menurut mereka aku ni cikgu yg tegas tapi sempoi dan sporting..
(cm xkena je kombinasi).. layan jela..huhuhu

isnin aku aja kelas matematik..
mula2 aku ngaja kelas ni..
matematik dorang pny lemah mmg luar biasa...
masa aku wt taste utk assessment..selamba je 30%..
tu dh kira hebat r tu..paling tinggi..

setelah 5bulan kita bersama..ahakssss..
sudah ada peningkatan..yg malas blaja, rajin blaja..
yg bercakap, dh bole tumpu perhatian..
setiap minggu, 10minit sebelum kelas abes, aku bagi sesi motivasi..
nganga mulut sorang2 dgr aku bercerita..
mula2..masuk telinga kanan kuar gak telinga kiri..
tapi sabar...aku teruskan juga dari minggu ke minggu..

dan akhirnya...
semalam lah kemuncaknye..
malam tadi..aku mmg nk nangis (xtipu)
aku cakap pun ade getar di hujung suara..
mata dh bergenang..bdk2 ni muka pun dh cuak...
hahahahah...cikgu wt drama sebabak jap..ekekekek

sorang plaja ni yg paling lemah dlm kelas..
selalu malu setiap kali aku nk tgk kerja dia..
aku pujuk hati bila berdepan dgn dia..
sabar..mesti ade benda yg aku belum buat utk dia..
tiba2..aku dgr suara dia "cikgu sy nk buat kt depan soalan nombor ini"
pastu dia mtk lagi..dan lagi..dan lagi..
malah dia dh ade keyakinan diri..
aku menangis!! aku kenal dia camne masa mula2 masuk dulu..

kepada syahir (nama nk sama ngn aku dh)..
cikgu gembira dgn perubahan kamu..
cikgu doakan yg terbaik utk kamu..
Allah sentiasa bersama org yg berusaha..
teruskan usaha dan berdoa..

menjadi cikgu mmg satu kepuasan..
keseronokan bila tgk anak2 didik kita berjaya..
berjaya xsemestinya dapat A,
tapi berlakunya satu anjakan paradigma dlm diri dorang..huhu
tapi jadi cikgu sekolah bukanlah cita2 aku..
sbb aku tak suke terikat dengan keje2 pentadbiran..
aku nk ngaja je..hahahahaah...pape je la ko ni..


15 April 2010

blaja oh blaja

on the way nk g ukm..
sorang pakcik tu tny..
"ko x boring ke dh blaja, blaja lagi?"
hahahahah..best r soalan pakcik ni..
"kdg2 penat jg pakcik, ni lah rezeki..lagipun sementara muda ni"
>> dalam hati, muda ke? huhuhuhu

cakap pasal sambung blaja di usia muda ni..
sementara muda ni la nk blaja..
abes dh tua xpyh blaja ke?
idak la gitu..kita kena rebut 5 perkara sebelum 5 perkara..
sementara sihat, muda ni manfaatkan la sebaiknya..
menuntut ilmu yg bermanfaat kan perkara yg bermanfaat..
eheheh..

kepada kwn2 ku di luar sana, selamat berjuang!!
jgn jadikan blaja sbg alasan nk kawen lambat plak..
heheheh.. (^_^)
tiba2 kawen plak..ngeee ;)

16 March 2010

mati di jalanMu..itulah cita-cita tertinggiku..



Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

30 January 2010

rindu kt rumah..

saat ni yg de dlm pale aku ialah nk balik umah..
nk masak byk2!!

tingin sgt2 dh ni nk mkn
sambal ikan bawal..
udang masak lemak..
sambal kerang..
paru goreng..

klo beli kt luar, dpt makan ckit jer..
klo masak, puassss.. bape round pun bole..
(masak kt umah jimat kos, hohoho..
bahan mentah leh men order kt ayah je..ekekek)

kesimpulannya..
tlg~nk balik!! nk masak makanan tersebut!!




22 January 2010

Pengabaian sudah bermula..

terima kasih..
teruskanlah..
kerana itu akan mendidik diri..
menjadi lebih dewasa..
lebih kental..
lebih tabah..

erm..
atau..menjadi lebih xde perasaan
~heartless~




20 January 2010

andai kau tau..

sungguh aku menyayangimu..
sungguh aku menyintaimu..
tidak ingin ku melihat kesedihan di wajahmu..
senyumanmu mewarnai hidupku..

andai kau tau..
aku inginkan yg terbaik utkmu..
tidak ingin ku melihat dirimu rebah layu..
doaku bersamamu..
s
ayangku..

andai kau tau..
betapa aku menyayangimu..
betapa aku menyintaimu..
setulus hati
ku..
inilah anugerah teristimewa buatku..

terima kasih sygku..
~ily~



18 January 2010

Ya Allah..dekatkn hatiku denganMu..

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

tanda-tanda ini sudah semakin jelas..Subhanallah..