"Kami ni hari-hari bergaduh. Suami sy pantang silap sikit,habis sy anak beranak di makinya. Ada je yg x kena di mata dia."
"Orang lain nampak kami ni pasangan bahagia. Tapi orang tak tau apa yg berlaku. Isteri sy suka melawan ckp sy, meninggikan suara, xada rasa hormat pada sy sebagai suami."
"Kami dh buat macam2 utk anak kami, tapi dia ttp macam tu. Yang sulung dah berapa kali digantung sekolah. Yang kedua pula perkembangan pembelajaran dia agak lambat. sampai sekarang dh darjah 6 masih xtau membaca."
Duhai hati, itulah ujian drp Allah buat kamu.
Lihatlah bagaimana hubungan kamu dgn Allah.
Mungkin sebelum berkahwin, kamu bercinta melanggar batasan agama,
lalu Allah uji kamu dalam perkahwinan.
Ujian juga sebagai penghapus dosa-dosa kita yg lalu
Mohonlah semoga diberi kekuatan utk menghadapinya.
Ujian setiap dari kita itu tidak sama.
Ayuh, persiapan sebelum berkahwin, bukan persiapan kenduri semata-mata. Persiapan diri. Ayuh kita perbanyakan solat taubat, hajat dan dekatkn diri pd Allah. Moga bahtera perkahwinan yg bakal ditempuhi adalah jalan-jalan ke syurga Allah.
Hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu, Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, Bersatu memikul beban dakwah-Mu.
26 April 2013
Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah org tersayang. Bukan sebab ada kamera AES.
InsyaAllah petang ini sy akan bermusafir lagi.
Shah alam-Penang,
Bermusafir, mengingatkan sy pada kenangan zaman kanak-kanak.
Selama hampir 25thn emak dan ayah bermusafir Kl-penang
Dan selama 18thn juga sy bermusafir bersama mereka.
Teringat suatu peristiwa dalam perjalanan pulang ke penang,
Waktu itu sy berusia 10-11 thn begitu.
Sy melihat satu kemalangan ngeri.
Bayangan yg membuat sy tidak boleh melelapkan mata.
Saban waktu berfikir, jika yg meninggal itu seorang ibu dan ayah pada anak2 yg seusia sy, apakah nasib anak2 mereka selepas ini.
Jika ujian itu buat sy? Allah..takutnya..
Bermula daripada peristiwa itu..
Sy sentiasa berpesan pd mak dan ayah SETIAP kali sebelum sy tidur
inilah pesanan sy SETIAP KALI sebelum tidur. sehinggalah sy sekolah menengah.
Terlalu bimbang jika mak dan ayah pergi dalam tidur. Terlalu takut jika esok pagi sy sudah tiada emak dan ayah. Terlalu bimbang jika keesokan paginya sy bangun daripada tidur sebagai anak yatim piatu.
Itulah fikiran sy pada usia itu..
Alhamdulillah..sepanjang kami bermusafir, Allah pelihara perjalanan kami.
Alhamdulillah, sy masih lagi dipinjamkan nikmat kasih syg mak dan ayah. Masih punya ayah yg menjaga sy, masih punya mak yg tlg mendoakan sy.

"SELAMAT MALAM MAK SELAMAT MALAM AYAH. JANGAN LUPA, SEBELUM TIDUR BACA DOA. ASSALAMUALAIKUM"
inilah pesanan sy SETIAP KALI sebelum tidur. sehinggalah sy sekolah menengah.
Terlalu bimbang jika mak dan ayah pergi dalam tidur. Terlalu takut jika esok pagi sy sudah tiada emak dan ayah. Terlalu bimbang jika keesokan paginya sy bangun daripada tidur sebagai anak yatim piatu.
Itulah fikiran sy pada usia itu..
Alhamdulillah..sepanjang kami bermusafir, Allah pelihara perjalanan kami.
Alhamdulillah, sy masih lagi dipinjamkan nikmat kasih syg mak dan ayah. Masih punya ayah yg menjaga sy, masih punya mak yg tlg mendoakan sy.
24 April 2013
Boleh berblog lagi!
Alhamdulillah.
hampir 5bulan tak dapat nk log in. gara2 terlupa password.
Hari ini, dengan penuh ketenangan dan kedamaian, sekali log in dah boleh =)
Apa nk tulis?? ermmmm
13 August 2012
Mencari si bidadari
"Sy nak cari baju yg macam bidadari"
"Baju bidadari tu mcm mane?"
"Yg mcm ini la" Kata Ana kepada temannya sambil menunjukkan baju yg di inginkan.
Terdetik di hati temannya itu, pernahkah Ana melihat rupa bidadari hatta pakaiannya? Atau fahamkah Ana dengan bidadari yang dimaksudkan itu?
Selama ini kita disogok dengan rupa bidadari yang diterjemahkan dalam bentuk pari-pari dalam drama televisyen. Itupun khayalan minda orang barat dalam mencipta karakter sesebuah filem.
Andai Ana mencari baju persis puteri, boleh lagi temannya itu membayangkan baju yang Ana cari-cari. Tetapi kalau baju bidadari? Ah buntu..
Andai pakaian bidadari dunia yang dijadikan rujukan sebagai baju bidadari yang di cari Ana, layakkah baju pilihan Ana itu di katakan sebagai baju bidadari dunia?
Bidadari Dunia dan Bidadari Syurga
Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". (HR Muslim).
Wanita solehah adalah bidadari dunia. Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari syurga.
Usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah pernah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)"
Bagaimana pula pakaian selayaknya jika bercita-cita mahu menjadi wanita solehah hiasan dunia?
Menurut ayat Al-Quran dalam suran An-Nuur Allah S.W.T berfirman :
Maksudnya : “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”. ( Surah An-Nuur, Ayat 31 ).
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]
Jika hendak diterjemahkan pakaian yang Ana tunjukkan tadi sebagai pakaian bidadari, layakkah ianya di katakan sebagai pakaian bidadari? (pastinya merujuk kepada bidadari dunia).
Jika ingin menjadi bidadari dunia, usahakanlah dirimu menjadi wanita solehah.
P/s: Ana, pencarian baju bidadarimu itu, menyedarkan temanmu ttg pakaian 'Bidadari Dunia'.. Ramai orang memakai jubah tetapi bertabarruj. Mengenakan solekan yang tebal, memakai tudung berbonggol unta, tudung yang singkat. Jubah menampakkan warna kulit kerana kain jubah yang tipis. Itulah yang dikatakan berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang. Berjubah kerana fesyen..

![]() |
| Ini bukan cara mu dan cara ku. |
![]() |
| Ini barulah cara kita. kerana kita kan Islam =) |
Jika hendak diterjemahkan pakaian yang Ana tunjukkan tadi sebagai pakaian bidadari, layakkah ianya di katakan sebagai pakaian bidadari? (pastinya merujuk kepada bidadari dunia).
Jika ingin menjadi bidadari dunia, usahakanlah dirimu menjadi wanita solehah.
P/s: Ana, pencarian baju bidadarimu itu, menyedarkan temanmu ttg pakaian 'Bidadari Dunia'.. Ramai orang memakai jubah tetapi bertabarruj. Mengenakan solekan yang tebal, memakai tudung berbonggol unta, tudung yang singkat. Jubah menampakkan warna kulit kerana kain jubah yang tipis. Itulah yang dikatakan berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang. Berjubah kerana fesyen..
23 July 2012
Penggunaan alkohol dalam minyak wangi.
Ramai yg tertanya-tanya tentang isu penggunaan alkohol dalam minyak wangi dan adakah ianya sah untuk di bawa solat.
Sebelum kita pergi ke isu hukum, mari kita lihat apa fungsi alkohol dalam minyak wangi.
Izinkan saya berkongsi ilmu kimia sy yang sedikit ini.
Alkohol dalam terjemahan umum biasanya diterjemahkan sebagai arak.

Alkohol dalam kimia adalah sebatian yang mengandungi kumpulan berfungsi -OH yang dipanggil hidroksil.
Di bawah kumpulan alkohol adanya methanol, ethanol, propanol dan seterusnya. Di dalam kimia, alkohol banyak digunakan sebagai pelarut (pelarut polar protic). Salah satu keistimewaannya sebagai pelarut adalah kerana mempunyai takat didih yang rendah dan mudah meruap.
Di dalam pembuatan minyak wangi seumpamanya, alkohol berfungsi sebagai pelarut kerana sifatnya yang mudah meruap dan seterusnya menghasilkan bau yang wangi. Alkohol yang terdapat dalam pewangi adalah pelarut yang diperoleh daripada proses kimia iaitu tindak balas daripada kumpulan alkene. Alkene adalah sebatian kimia yang diperoleh daripada petroleum melalui proses penyulingan berperingkat. Di dalam tindak balas kimia, penggunaan alkohol (kumpulan hidroksil) sebagai reaktan mahupun pelarut adalah sangat meluas.
Manakala alkohol yang terdapat di dalam arak adalah terhasil daripada proses pemeraman atau penapaian. Proses pemeraman ini yang kemudiannya menghasilkan alkohol yang memudaratkan manusia. Sekiranya alkohol yang diperoleh daripada proses penapaian ini diekstrak dan digunakan, ianya sudah tidak sama seperti proses penghasilan alkohol melalui alkene.
Jadinya di sini, alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi sama sekali tidak sama dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.
Wallahu'alam..
p/s: dalam makmal saya terdapat banyak alkohol. Alkohol ini bukan arak tetapi di klasifikasikan sebagai bahan kimia. Semua bahan kimia tidak boleh diminum, dihidu dan di rasa ^^
Sebelum kita pergi ke isu hukum, mari kita lihat apa fungsi alkohol dalam minyak wangi.
Izinkan saya berkongsi ilmu kimia sy yang sedikit ini.
Alkohol dalam terjemahan umum biasanya diterjemahkan sebagai arak.

Alkohol dalam kimia adalah sebatian yang mengandungi kumpulan berfungsi -OH yang dipanggil hidroksil.
Di bawah kumpulan alkohol adanya methanol, ethanol, propanol dan seterusnya. Di dalam kimia, alkohol banyak digunakan sebagai pelarut (pelarut polar protic). Salah satu keistimewaannya sebagai pelarut adalah kerana mempunyai takat didih yang rendah dan mudah meruap.
![]() |
| Penyulingan berperingkat |
Manakala alkohol yang terdapat di dalam arak adalah terhasil daripada proses pemeraman atau penapaian. Proses pemeraman ini yang kemudiannya menghasilkan alkohol yang memudaratkan manusia. Sekiranya alkohol yang diperoleh daripada proses penapaian ini diekstrak dan digunakan, ianya sudah tidak sama seperti proses penghasilan alkohol melalui alkene.
Jadinya di sini, alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi sama sekali tidak sama dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.
Wallahu'alam..
p/s: dalam makmal saya terdapat banyak alkohol. Alkohol ini bukan arak tetapi di klasifikasikan sebagai bahan kimia. Semua bahan kimia tidak boleh diminum, dihidu dan di rasa ^^
19 July 2012
Cara manakah yang kamu pilih?
" Hujung minggu ni ada makan-makan di hotel"
"Tapi ada beberapa aku xsuka la style omputih di meja makan"
"X payah nak ikut sangat. Ikut saja yg Rasulullah SAW dah aja"
Kalau kita lihat, etiquette di meja makan (yg memang di ajar oleh org barat), banyak yang bercanggah dengan yang dianjurkan dalam islam. Bukan sahaja daripada segi cara makan, malahan pemakanan itu sendiri. Mari kita perhatikan satu-persatu.
Rasulullah SAW makan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan berat. Tapi kita dibiasakan makan buah-buahan selepas makan nasi.
Rasulullah SAW ajar makan menggunakan tangan. Tapi barat ajar makan menggunakan sudu.
Kita di ajar menyuap makanan menggunakan tangan kanan. Tapi barat ajar jika ada pisau atau garfu, pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri, maka menyuap makanan dengan tangan kiri.
Rasulullah menjilat jarinya sesudah makan sebelum membasuh tangannya. Tetapi minda telah dilatih melihatnya sebagai perkara yang tidak sopan untuk di amalkan.
Kita di ajar makan duduk. Tapi barat makan berdiri. Kalau kita pergi makan di hotel-hotel (biasanyahi-tea) kadang-kadang agak payah utk jumpa kerusi (malahan tak disediakan pihak hotel).
Kita di ajar untuk menjauhi organ dalaman haiwan. Tetapi barat kata makan banyak hati ayam untuk meningkatkan kandungan darah merah.
Makanan sunnah Rasulullah SAW tidak mencampurkan buah dengan susu. Tapi kita di ajar dengan hidangan koktel.
Kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Tetapi kita ditakutkan dengan kandungan daging kambing yang boleh membahayakan kesihatan.
Rasulullah ajar minum susu kambing kerana banyak khasiatnya, tapi kita telah didik daripada kecil untuk minum susu lembu.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".
Sudah tiba masanya kita perbetulkan kembali apa yg x betul. Biarlah kita lain daripada yang lain, kerana itu yang Rasulullah dah ajar =)
Wallahua'alam..
"Tapi ada beberapa aku xsuka la style omputih di meja makan"
"X payah nak ikut sangat. Ikut saja yg Rasulullah SAW dah aja"
Kalau kita lihat, etiquette di meja makan (yg memang di ajar oleh org barat), banyak yang bercanggah dengan yang dianjurkan dalam islam. Bukan sahaja daripada segi cara makan, malahan pemakanan itu sendiri. Mari kita perhatikan satu-persatu.Rasulullah SAW makan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan berat. Tapi kita dibiasakan makan buah-buahan selepas makan nasi.
Rasulullah SAW ajar makan menggunakan tangan. Tapi barat ajar makan menggunakan sudu.
Kita di ajar menyuap makanan menggunakan tangan kanan. Tapi barat ajar jika ada pisau atau garfu, pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri, maka menyuap makanan dengan tangan kiri.
Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis riwayat Muslim).
Hadis riwayat Umar bin Abu Salamah Radhiyallahu 'anhu , ia
berkata:Ketika aku dalam asuhan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam , pada saat makan tanganku terjulur hendak menjangkau talam
lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepadaku: Hai
anak muda! Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan
makanlah makanan yang terdekat darimu. (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah menjilat jarinya sesudah makan sebelum membasuh tangannya. Tetapi minda telah dilatih melihatnya sebagai perkara yang tidak sopan untuk di amalkan.
Kita di ajar makan duduk. Tapi barat makan berdiri. Kalau kita pergi makan di hotel-hotel (biasanyahi-tea) kadang-kadang agak payah utk jumpa kerusi (malahan tak disediakan pihak hotel).
Kita di ajar untuk menjauhi organ dalaman haiwan. Tetapi barat kata makan banyak hati ayam untuk meningkatkan kandungan darah merah.
Makanan sunnah Rasulullah SAW tidak mencampurkan buah dengan susu. Tapi kita di ajar dengan hidangan koktel.
Kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Tetapi kita ditakutkan dengan kandungan daging kambing yang boleh membahayakan kesihatan.
Rasulullah ajar minum susu kambing kerana banyak khasiatnya, tapi kita telah didik daripada kecil untuk minum susu lembu.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".
Sudah tiba masanya kita perbetulkan kembali apa yg x betul. Biarlah kita lain daripada yang lain, kerana itu yang Rasulullah dah ajar =)
Wallahua'alam..
16 July 2012
Berkongsilah nikmat itu, walaupun sedikit.. Janji Allah itu benar
Sedang dia menyiram tanaman di halaman rumahnya, dia di datangi oleh seorang lelaki berkopiah memberi salam kepadanya.
"Assalamualaikum, sy dari ....... ingin memohon sumbangan ikhlas cik utk kelangsungan sekolah tahfiz kami"
Lantas dia terus menutup pili air sambil berlari ke dalam rumah mencari-cari beg dompetnya.
Di dalam kepalanya tidak terfikir langsung bahawa duit gajinya cuma tinggal tidak sampai seratus untuk digunakan sehingga hujung bulan ini. Jika dikira-kira masih ada 2 minggu lagi. Mana nk difikirkan duit minyak, duit tol, duit makan. Langsung tidak difikirkan. Dia hanya fikirkan, duit yg ada utk dikongsikan bersama yg lebih memerlukan.
"Cuma ada sekeping RM5 dan beberapa keping duit RM1" kata hatinya.
Lantas dia mencapai sekeping duit kertas berwarna hijau, kemudian dia ke dapur mencari ibunya. Kalau-kalau ibunya juga ingin berkongsi sedikit rezeki yang ada.
"Ambil duit atas meja" kata ibunya.
"Alhamdulillah. Rezeki buat anak2 itu" kata hatinya.
Dia pun berlari-lari keluar rumah sambil membawa wang di tangannya.

"Encik, ini sumbangannya" katanya kepada lelaki berkopiah itu.
Lantas lelaki itu menghulurkan resit kepadanya dan berlalu ke rumah seterusnya untuk mengutip sumbangan. Dia pun mengambil paip getah dan menyambung siramannya yg terhenti tadi.
Sambil menyiram, dia berfikir tentang hari esok. Mula merancang pembahagian wang yg tinggal utk hari esok. Sedikit pun tidak terbit rasa menyesal dalam hatinya krn bersedekah tatkala kesempitan wang. Dia benar-benar yakin pada rezeki Allah dan janji Allah. Dia begitu yakin pada yg itu.
Keesokannya, dia ke tempat kerja seperti biasa. Wang di dalam dompet tidak cukup untuk digunakan selama 2 minggu. Wang inilah yang akan digunakn utk mengisi minyak dan duit tol. Mungkin dia perlu mencatu makanannya agar duit itu cukup-cukup sehingga hujung bulan.
Sudah menjadi rutin hariannya mengisi minyak seminggu sekali dan kebiasaannya, pada hari ahad tanki minyak kereta berada pada tahap minimum dan akan di isi pada hari isnin.
Dia menuju ke kereta dan menghidupkan enjin sambil melihat meter minyak.
"Subhanallah.."
Minyak keretanya telah di isi. Malahan PENUH. Cukup untuk digunakan ke tempat kerja selama 2 minggu.
Inikah yg di katakan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka?
"Adik isikan semalam. Terima kasih pinjamkan adik kereta" terdengar suara adiknya dari dalam rumah.
Ya Allah.. Benarlah janji Mu itu..

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)
Keesokannya, dia ke tempat kerja seperti biasa. Wang di dalam dompet tidak cukup untuk digunakan selama 2 minggu. Wang inilah yang akan digunakn utk mengisi minyak dan duit tol. Mungkin dia perlu mencatu makanannya agar duit itu cukup-cukup sehingga hujung bulan.
Sudah menjadi rutin hariannya mengisi minyak seminggu sekali dan kebiasaannya, pada hari ahad tanki minyak kereta berada pada tahap minimum dan akan di isi pada hari isnin.
Dia menuju ke kereta dan menghidupkan enjin sambil melihat meter minyak.
"Subhanallah.."
Minyak keretanya telah di isi. Malahan PENUH. Cukup untuk digunakan ke tempat kerja selama 2 minggu.
Inikah yg di katakan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka?
"Adik isikan semalam. Terima kasih pinjamkan adik kereta" terdengar suara adiknya dari dalam rumah.
Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245)
(QS.Al-Baqarah 2:245)
Ya Allah.. Benarlah janji Mu itu..
11 July 2012
Mas kawin dan hantaran..
Pada pendapat sy, yg lebih merungsingkan kepala lelaki bukanlah mas kawin, tetapi wang hantaran sebenarnya. Tgk sajalah info mas kahwin yg di sediakan JAKIM. Masih lagi dalam lingkungan mampu utk disediakan.
Perihal wang hantaran ini, yang meletakkan tinggi selalunya ibu bapa dan keluarga. Org itu 10K, org ini 15K, begitu begini. Mak ayah dan keluarga mmg juaranya yg menentukan. Anak2? angguk2 geleng2.
Pendapat sy, wang hantaran itu sebagai hadiah pemberian daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan utk mengadakan majlis. Yang wajibnya adalah MAS KAHWIN. Tetapi sekarang sudah menjadi satu fenomena terbalik di mana wang hantaran yg di utamakan. Buktinya? Lihat sahaja sekarang, wang hantaran mencecah RM20K, tetapi mas kahwinnya hanyalah RM23.
Sekiranya pihak lelaki mampu menyediakan wang hantaran sehingga RM20K, bermakna kita boleh kategorikan lelaki ini sebagai golongan yang mampu. Apa salahnya jika dikurangkan wang hantaran, dan di naikkan nilai mas kahwin. Mas kahwin itu adalah hak isteri. Utamakanlah yang hak. Wang hantaran RM20K, mas kahwin cuma RM23, fikir-fikirkanlah.
Janganlah jadi org kebanyakan yakni berlumba-lumba dalam menentukan wang hantaran. Sebaliknya berusahalah menjadi org yg faham yakni mengikut apa yang di ajarkan Islam.
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib
dengan terus terang “Kamu sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu
tentang diriku yg tidak kamu ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah
baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” Kata Rasulullah “Tentang pedangmu itu engkau tetap memerlukannya
untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu juga engkau perlu buat keperluan
mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan
jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin
sebuah baju besi saja"
nota hati: sy tidak mahu menjadi org kebanyakan. mudah-mudahan..
07 June 2012
Tart lagi dan lagi!!
Daripada menjadi makanan faveret, sy belajar utk buat sendiri..
Daripada minat dan suka2, dah jadi pendapatan sampingan sekarang..
Cheese Tart!
Alhamdulillah..
Setiap minggu ada tempahan..
Buatnye mmg leceh dan remeh..
Tapi sy sukakannya..
Minggu lepas baru sudah siapkan tempahan 3 bekas hantaran..
Minggu ni dtg lagi =)
(dah mengidam nk makan plak dh ni. beli kt kedai x puas)

06 June 2012
berbicara kisah nikmat..
Insyaallah..
Sy sedia berkongsi sedikit nikmat yg sy ada bersama org sekeliling sy..
Sy berharap sgt...
Namun..hati sy sdg di uji kini.. berdepan dgn 'dia' yg begitu suka memberi arahan daripada meminta tolong..
Hati berperang antara memaafkannya dan mendoakan spy dia berubah serta ikhlaskan hati sy
atau..
menjauhkan diri dr 'dia'
sy tidak mahu ada istilah 'mengambil kesempatan'
Antara kejahatan dan kebaikan.. berbisik2 di telinga..
moga2 Syaitan mampu menangis dgn keputusan yg akan sy buat..
Wahai Allah.. didiklah hati ini ikhlas dalam memberi...
24 May 2012
Cheese Tart..
22 May 2012
Are true..
“Time is very slow for those who wait
Very fast for those who are scared
very long for those who lament
Very short for those who celebrate
But for those who love time is eternal”
Very fast for those who are scared
very long for those who lament
Very short for those who celebrate
But for those who love time is eternal”
“If you love and get hurt, love more.
If you love more and hurt more, love even more.
If you love even more and get hurt even more, love some more until it hurts no more...”

-william shakespeare-
~conclusion~
celebrate even more..
to feel very short and no more..
note of poems: "very short for those who celebrate" rejab-syaaban-ramadhan.. really very short for those who...... =) bulan istimewa itu semakin hampir..percayalah..sehingga anda tidak sedar masa semakin suntuk untuk mempersiapkan diri.. it will very short if you .... =)
15 May 2012
Ia bukan pilihan..
You can never make the same mistake twice. .
because the second time you make it, its not a mistake, its a choice.
Ya Allah..jauhkanlah rasa ini..
14 May 2012
20 April 2012
Jangan pernah lelah ke jalan TAUBAT
Kenapa susah benar merasa kemanisan IMAN? Mungkin kerana kotornya hati dengan limpahan maksiat..Benar, hati itu gusar kepada kemaksiatan dan tenang kepada kebaikan.. Sy sedang mengalaminya.. Kegusaran itu dan ketenangan itu.. Melawan maksiat bukan mudah, tetapi apabila anda berjaya, terasa sungguh ketenangan itu..meresap ke seluruh hati, jiwa, nurani, rohani dan jasmani..
Natijah pada wajah yg tenang, hati yg ikhlas dan redha..
nota hati: sedang benar berusaha ke arah SIFAR maksiat. sy sdg benar2 berusaha melaksanakannya..

19 April 2012
Kalau esok generasi kalian..
kalau Esok lusa kita atau generasi kita menerima PENDIDIKAN PERCUMA, jangan lupakan jasa;
1.'budak-budak mental' yang berkhemah di Dataran Merdeka,
2.para penulis artikel PTPTN yang membuka mata
3.Pemimpin PR yang berani mati menjaja manifesto HAPUS PTPTN
4.Jasa diri sendiri,(sebab berani berfikir melawan arus KERAJAAN)
yang benar.
Hamba Allah yang penakut.
(sign) -Majita As
Bila sedang dibincangkan, yg manu arus kerajaan bangkang habis-habisan, bila dh diluluskan, yg mane arus kerajaan terus lupa apa yang dibangkangkan. 10tahun senyum x abes mengenangkan anak2 yg berjaya ke universiti tanpa bebanan hutang beribu. boleh simpan duit gaji bersih nk ke haji. Umur muda dh g haji. Xpayah tunggu bersara.
p/s: Sapa yg dah pinjam PTPTN, sila bayar balik dgn istiqomah =)

Kenapa Jasad Firaun Masih Terpelihara? Kajian yg membawa seorang saintis kepada Islam
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika me...ngejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

18 April 2012
Mengimbas kembali..
Kaji ubat yg attack DNA..
DNA itu apa? DNA ialah Natural Polimer!
polimer..masih ada kaitan.
Sambung lagi membaca.. Pasal POLIMER
DNA itu apa? DNA ialah Natural Polimer!
polimer..masih ada kaitan.
Sambung lagi membaca.. Pasal POLIMER
17 April 2012
Sabar menanti dari San Francisco
Setiap hari membaca blognya.. mengikuti perkembangannya.
Tetapi.. secara tiba2..blog di blocked. Dh xleh baca dan ikut perkembangan beliau.
Hati tertanya-tanya, adakah sebegitu tegas pendirian sang pengupdate blog?
hari ke hari ttp cuba, mana tau dh bole.. sabar menanti..
Hari ini cuba lagi..
Syukur Alhamdulillah.. dh bole..
3 hari tanpa khabar berita..
Sambung membaca..
Mengikuti perkembangan dari San Francisco ^^

16 April 2012
Jalan itu bakal berliku-liku lagi
Awk minat x nk sambung PhD bidang sekian..sekian..sekian.. (konon2 bajet ramai la lecturer yg offer.)
Ya Allah..sgt2 la nak sambung. Sy pun bukanlah excellent sgt sampai nk demand2 nk bidang tu xnk bidang ni. Tapi, minat dan kecenderungan sy di bidang lain. Sy tahu tahap kemampuan diri sy setakat mana. (Tapi Allah lagi tau segala2nya)
Organic synthesis sgtlah seronok utk dipelajari dan tidak sukar utk memahami bidang ini (bohong la kalau senang sgt. ada juga susahnye). Cuma kalau setakat organic synthesis aje xpe, ni babit dgn ubat segala bagai. Asas sy tidak kuat. Menjadikan PhD sy nanti kurang kualitinya (walaupun kualiti yg ada sekarang ni pun xdelah banyak mane. Ntah2 xde.. T_T)
Polymer Chemistry bidang yg sy suka. Ini laluan sy sedari degree sehingga ke master. Tidak sesenang organic chemistry (sehingga sekarang masih lagi mencari-cari istilah kebertahuan di bidang ini). Jika hendak dibandingkan, masih kuat lagi asas organic sy berbanding polimer (kuat x kuat pun, still lagi belajar. jauh lagi nk ke tahap professor tu >.< ). Namun hati sy masih jua jatuh cinta kepada Polimer.
Cinta itu mmg pelik.. Inilah buktinya.. Xkenal sgt (maksudnya byk xtau dari tau) tapi ttp jatuh cinta..
mungkin dibidang polimer ini, PhD sy ada kualitinya (kualiti x kualiti kita tgk time viva nati -.- )
Jadi, adakah sy bersalah kerana tidak berterus-terang??
Kenapa nk sambung PhD? Kerana sy suke mengajar dan menyelidik. Jadi cita-cita yg paling hampir ialah Pensyarah Universiti. Hanya Pensyarah yg mempunyai kedua-dua bidang tugas itu (mengajar dan menyelidik). Untuk menjadi pensyarah sy perlu ada kelayakan PhD.
Perlu ke sy berterus-terang lagi??
x berat mana pun kes ni. Allah kan ada =).. Insyaallah..

| PhD? berliku-liku lagilah jawabnye nati ^^ |
Subscribe to:
Posts (Atom)