Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

31 December 2009

Gerhana Bulan

"kakak, adik nk tido dulu..nati pkl 1 kejut adik bangun taw..jgn lupe, adik nk tgk gerhana bulan"

apa itu gerhana bulan?
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antata matahari dan bulan di mana matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan yg lurus.
Peristiwa ini merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”


Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Peristiwa gerhana bulan berlaku serentak dengan sambutan tahun baru 2010.. selamat beramal :)

p/s: saat blog ni di tulis, firework kt taman umah aku ni mmg xingat..adik yg kata nk tido, xtido dh, yg abgnye tinggal abes kitab tafsir..adeh..aku gak yg cool depan pc..ahaks~~kakak cool.. ;))