Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

28 July 2013

Allah tempatnya..

Anda sedang di uji?
Anda serabut?
Anda sedih?
Anda ingin menangis?
Anda ingin mencari ketenangan?

Nah..
Blog bukan tempatnya
Facebook bukan medannya
Twetter bukan penyelesaiannya

Jom!!
Log out sume tu
Ambil wudhu..
Bentang sejadah...

bismillahirrahmanirrahim

-Cukuplah Allah bagiku-

Cite hal raya 1

Apa khabar emak di kampung?
Sape la nati yg nk tolong mak balut ketupat?
Sape la nati nk tlg gosok baju sume org?
Sape la nati tlg mak kemaskan rumah?

Tahun ni mak sorang2.
Nenek baru je meninggal.
Saya tahun ni tidak beraya di Penang.

Sebelum ni sy tlg balut ketupat utk mak.
2 kg ketupat sy balut sorang2 depan tv.
Sume biskut raya sy buat sendiri.
Berjenis-jenis sy buat ikut permintaan big bos (mak saya) hehehe
adik2 tolong, sy bahagikan tugas.
Sorang jaga oven, sorang sapu telur.

Inilah putaran kehidupan =)

21 July 2013

Rezeki Kahwin. . .

Sy ingin berkongsi pengalaman sy yg tidak seberapa ini sewaktu ditemuduga utk jawatan PTD.
Ini adalah percubaan kali kedua.
Sebelum ini pernah mencuba tetapi gagal.
Sewaktu itu sy baru shj menamatkan pengajian ijazah sy.
Mungkin belum cukup ilmu di dada lg.

Selang beberapa bulan sebelum sy dipanggil utk ujian bertulis PTD,
sy telah ditemuduga oleh SPA utk gred 41 juga.
Jadi adalah sedikit persediaan.

Ada 2 panel penemuduga. Seorang daripada SPA, dan seorang lagi daripada JPA.

Antara soalannya:
1) Apakah jwtn perkhidmatan awam tertinggi dalam sesebuah kementerian.
2) Jika di pilih sbg PTD,kementerian mana yg di pilih? Kenapa?
3) Anda seorang pensyarah,mempunyai master,boleh pergi lebih jauh.
   knp masih memilih PTD?
4) Apa bidang tugas PTD?
5) Bolehkah jwtn selain PTD memegang jwtn KSU?
6) Kita ada seorang academician yg memegang jwtn KSU. Siapa dan di kementerian mana?
7) Apa polisi negara sekarang dalam bidang sains terutama bidang kimia.
8) Jika anda seorang PTD,bagaimana anda meyakinkn kerajaan supaya memberi tumpuan yg lebih
   kepada bidang sains.
9) Dalam PRU baru-baru ini, Parlimen Kepala Batas menerima YB baru. Siapakah beliau?
10) Berikan sy satu sifat yang ada dalam diri awk?

Setakat ni shj dulu soalan yg sy ingat.nt ingt update lg.

Jika penemuduga tny dalam BM boleh jwb BM.
Jika di tny dlm BI kena jwb BI.
Tapi lebih baik jika konsisten kita jwb BI sepenuhnya dr awal hingga akhir.

Nota hati: benarlah spt yg dikatakan.
Jgn dibimbangkan soal rezeki. Allah yg tentukan.
Alhamdulillah.Terlalu byk urusan dimudahkan Allah. Byk rezeki yg dtg dr sumber yg x disangka-sangka. Keputusan akan diumumkan hujung tahun ini. Dapat atau tidak,sy serahkan pd Allah :-)