Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

17 January 2012

impian seorang saya..

Pagi yg gelap kini sudah cerah. Selamat pagi warga dunia. Bangun pagi tadi sy terfikir sesuatu hal mengenai.. KAWEN atau lebih tepat lg persediaan perkawenan. Persediaan yg dimaksudkan ini ialah material. Sy xtau bila sy nk kawen,dgn siapa,dan apa2 pun. Sungguh sy tidak tahu. Sy hanya mampu merancang tapi Allah jua yg decide rancangan sy tu terbaik atau x. Maka sy merancang utk buat persediaan dari sekarang. Maksudnya sy beli ckit2. Sebulan sy beli satu jenis barang hantaran. Sampai hujung tahun cukup set hantaran sy.haha. Idea ini tercetus,berdasaran kpd pengalaman kwn2 sy, Bertunang dh 1tahun,tp lg 3 bulan nk kawen,bulan ni sibuk nk beli semua sekali. Gaji 3ribu,bulan tu jg nk lgkpn sume.mau xcukup gaji tu. Maka bermulalah drama samarinda. Ada juga kwn sy yg buat kaedah spt sy,beli ckit2. Alhamdulillah, katanya bebanan itu tidak terasa bila sudah sampai masanya. Sume dh ready.jdi flow duit dapat dikawal. Lebih mudah katanya.. Tapi..tapi.. Tapi kenapa sy harus berfikir sampai begitu jauh sekali? Bukankah sy sendiri sudah tahu bhw sy sendiri tidak tahu bila dan dgn siapa jodoh sy? Hmmmm..izinkan sy menjelaskannya. Ini kerana.. Sy impikan perkawenan tanpa pinjaman bank. Mungkinkah ia menjadi kenyataan? Mungkinkah.. Mungkinkah ia terjadi.. Sesungguhnya,rancanglah dgn baik.huhuhu Sekian sy yg mengharapkan ia menjadi kenyataan..

16 January 2012

mind ur words

jangan tulis sembarangan di blog. Memangla blog anda hak anda,tapi xleh oke tulis bukan2. nati kena tangkap xkn nk jwb camtu kt polis. hai la dunia. Macam2

09 January 2012

luahan hati itu..

Dato kata mahasiswa universiti blum cukup matang utk bercerita pasal politik.
tolongla dato. jgn samakan kami dgn anak dato. mungkin dato melihat kami sama spt anak dato. tidak matang.
tapi dato silap.
dato dr golongan bangsawan. anak dato dibesarkan dalam kemewahan.
susah utk dato dan anak dato faham kepayahan hidup kami golongan awam ini.
kerajaan dato songlap duit kami berjuta, dato xkn faham penderitaan yg kami lalui.
di saat isteri dato membeli cincin berlian, kami rakyat disuruh berjimat cermat.
hatta kami menabung dari dalam rahim ibu kmi pun, cincin berlian cap poh kong pun belum tentu kami mampu beli.

berbalik kepada penglibatan mahasiswa yg dituduh tidak matang tadi.
cuba dato fikirkan, umur layak mengundi ialah 21thn.
kebanyakan yg berumur 21thn masih di alam kampus.
jadi kalau mereka tidak matang,kenapa perlu utk mereka mengundi.
kalau mereka tidak matang,bagaimana mereka nk menentukan dgn bijak calon
mana yg akan mereka pilih? jadi selama ni kerajaan dato telah dipilih oleh
mereka yg tidak matang? adakah begitu?

bagaimana pula dgn mereka yg berumur 21thn di luar sana, yg tidak menyambung pengajian?
adakah mereka itu lebih matang berbanding mahasiswa di kampus?
dato jgn sekat kebangkitan mahasiswa. peranan mahasiswa ialah utk
membantu membangunkan masyarakat.kalau mahasiswa tidak diberi ruang utk meneroka,
apabila mereka bersama masyarakat kelak,mereka hanya akan jadi pak turut.
lembab menilai, terkial kial memtafsir. krn ape? krn di kampus sudah di ajar hny ddk diam2
baca buku.

kalau mahasiswa xbole politik, dato tlg bubarkan kelab aspirasi di kampus dn juga
kelab umno luar negara. boleh?

atau sebenarnya mahasiswa tidak boleh berpolitik itu hanya lebih merujuk kepada
mahasiswa yg menyokong pembangkang shj.
sekiranya anda menyokong 'kami' politik anda di benarkn sama sekali.

sekian rakyat itu yg tidak marah.

(luahan hati seorang rakyat di sebuah negara sekular.
surat ini hnylah pndpt peribadi rakyat tersebut)

Kalau x suke..hidden je la!

Hight Court frees DSAI

byk sungguh makcik2 yg merungut2 kenapa asyik cite politik je kt fb..

cuba awk renungkan..awk xsuke dorang dok cite pasal politik, tapi yg awak dok hupdate status pasal awk demam, anak cirit, hari ni nk makan ape, pakwe lari, awek merajuk, ade org komplen?

awk cite hal diri awk yg xde kepentingan lgsg pon pada org laen jauh sekali negara, sdgkan mereka sdg bercerita ttg politik yg ada kaitan dengan kepentingan diri awk.

kalau awk rasa politik tu xde kepentingan dalam diri awk, dan xnk amek tau, jgn halang mereka yg nk amek tau. sekurang2nya mereka tahu hidup bernegara. bukan mcm awk.

bila ada masalah, awk cari YB, awk cari menteri.
bukankah YB dan menteri itu juga politician?
kalau awk x suke org yg berpolitik, bila ada masalah sila selesai sorang2..
sedarlah awk sedang hidup bernegara. tanpa politik nk tubuh negara mcm mane?

kalau awk xsuke status mereka, hidden kn saje. jgn byk bunyi!

Sekian sy tidak marah.