Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

20 April 2012

Jangan pernah lelah ke jalan TAUBAT

Kenapa susah benar merasa kemanisan IMAN? Mungkin kerana kotornya hati dengan limpahan maksiat..Benar, hati itu gusar kepada kemaksiatan dan tenang kepada kebaikan.. Sy sedang mengalaminya.. Kegusaran itu dan ketenangan itu.. Melawan maksiat bukan mudah, tetapi apabila anda berjaya, terasa sungguh ketenangan itu..meresap ke seluruh hati, jiwa, nurani, rohani dan jasmani..
Natijah pada wajah yg tenang, hati yg ikhlas dan redha..


nota hati: sedang benar berusaha ke arah SIFAR maksiat. sy sdg benar2 berusaha melaksanakannya..

19 April 2012

Kalau esok generasi kalian..

kalau Esok lusa kita atau generasi kita menerima PENDIDIKAN PERCUMA, jangan lupakan jasa;
1.'budak-budak mental' yang berkhemah di Dataran Merdeka,
2.para penulis artikel PTPTN yang membuka mata
3.Pemimpin PR yang berani mati menjaja manifesto HAPUS PTPTN
4.Jasa diri sendiri,(sebab berani berfikir melawan arus KERAJAAN)

yang benar.

Hamba Allah yang penakut.
(sign) -Majita As

Bila sedang dibincangkan, yg manu arus kerajaan bangkang habis-habisan, bila dh diluluskan, yg mane arus kerajaan terus lupa apa yang dibangkangkan. 10tahun senyum x abes mengenangkan anak2 yg berjaya ke universiti tanpa bebanan hutang beribu. boleh simpan duit gaji bersih nk ke haji. Umur muda dh g haji. Xpayah tunggu bersara.

p/s: Sapa yg dah pinjam PTPTN, sila bayar balik dgn istiqomah =)

Kenapa Jasad Firaun Masih Terpelihara? Kajian yg membawa seorang saintis kepada Islam

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika me...ngejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.




Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

18 April 2012

Mengimbas kembali..

Kaji ubat yg attack DNA..

DNA itu apa? DNA ialah Natural Polimer!

polimer..masih ada kaitan.

Sambung lagi membaca.. Pasal POLIMER

17 April 2012

Sabar menanti dari San Francisco

Setiap hari membaca blognya.. mengikuti perkembangannya.
Tetapi.. secara tiba2..blog di blocked. Dh xleh baca dan ikut perkembangan beliau.
Hati tertanya-tanya, adakah sebegitu tegas pendirian sang pengupdate blog?
hari ke hari ttp cuba, mana tau dh bole.. sabar menanti..

Hari ini cuba lagi..
Syukur Alhamdulillah.. dh bole..

3 hari tanpa khabar berita..

Sambung membaca..
Mengikuti perkembangan dari San Francisco ^^

16 April 2012

Jalan itu bakal berliku-liku lagi

Awk minat x nk sambung PhD bidang sekian..sekian..sekian.. (konon2 bajet ramai la lecturer yg offer.)

Ya Allah..sgt2 la nak sambung. Sy pun bukanlah excellent sgt sampai nk demand2 nk bidang tu xnk bidang ni. Tapi, minat dan kecenderungan sy di bidang lain. Sy tahu tahap kemampuan diri sy setakat mana. (Tapi Allah lagi tau segala2nya)

Organic synthesis sgtlah seronok utk dipelajari dan tidak sukar utk memahami bidang ini (bohong la kalau senang sgt. ada juga susahnye). Cuma kalau setakat organic synthesis aje xpe, ni babit dgn ubat segala bagai. Asas sy tidak kuat. Menjadikan PhD sy nanti kurang kualitinya (walaupun kualiti yg ada sekarang ni pun xdelah banyak mane. Ntah2 xde.. T_T)

Polymer Chemistry bidang yg sy suka. Ini laluan sy sedari degree sehingga ke master. Tidak sesenang organic chemistry (sehingga sekarang masih lagi mencari-cari istilah kebertahuan di bidang ini). Jika hendak dibandingkan, masih kuat lagi asas organic sy berbanding polimer (kuat x kuat pun, still lagi belajar. jauh lagi nk ke tahap professor tu >.< ). Namun hati sy masih jua jatuh cinta kepada Polimer.

Cinta itu mmg pelik.. Inilah buktinya.. Xkenal sgt (maksudnya byk xtau dari tau) tapi ttp jatuh cinta..

mungkin dibidang polimer ini, PhD sy ada kualitinya (kualiti x kualiti kita tgk time viva nati -.- )

Jadi, adakah sy bersalah kerana tidak berterus-terang??

Kenapa nk sambung PhD? Kerana sy suke mengajar dan menyelidik. Jadi cita-cita yg paling hampir ialah Pensyarah Universiti. Hanya Pensyarah yg mempunyai kedua-dua bidang tugas itu (mengajar dan menyelidik). Untuk menjadi pensyarah sy perlu ada kelayakan PhD.

Perlu ke sy berterus-terang lagi??

 x berat mana pun kes ni. Allah kan ada =).. Insyaallah..

PhD? berliku-liku lagilah jawabnye nati ^^

13 April 2012

Ke arah SIFAR maksiat

Paginya beriman..
Ptgnya kufur....
Malamnya merintih mengenangkan dosa-dosa yg telah dilakukan..
Syukur masih punya rasa takut..
Begitulah putarannya..
Dari hari ke hari..

Aku menghuni iman manusia..
Pasang surutnya imanku..

Ya Allah..
Pegangilah hatiku..
Agar lama bertahan..kekal subur dalam hati..
Dari pagi hingga ke pagi esoknya..
Dari hari ke hari, tahun ke tahun..
Sehingga terpisah nyawa dan jasad..
Bersama IMAN terpasak kukuh dalam jiwa dan hati..

nota iman: Ke arah sifar maksiat, hati perlu gentar pada kalimah-kalimah ALLAH. Sesungguhnya manusia itu tenang kepada kebaikan dan resah kepada kemaksiatan.

nota ilmu: Apa itu maksiat? Ramai yg menganggap maksiat itu ialah dosa yg dilakukan antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram spt berzina dan berkhalwat. Sebenarnya.. Maksiat adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang, tercela dalam syariat Islam. Meninggalkan solat dan tidak menutup aurat juga adalah maksiat.


10 April 2012

bercerita kisah 'mahu'

Menginginkan sesuatu..
Namun Allah lebih tahu..
Sabar dalam menunggu..
itu sudah tentu..
Aku milikMu..
Kerana itu aku serahkan segala urusanku pada Mu..
Tanpa lelah tanpa jemu..
Ku tadahkan tangan memohon doa pada yg Satu..
Semoga aku dilindugi daripada sifat putus asa..
Aku tidak mahu sifat mazmumah itu..

Siapa kita utk tidak dijui. Sedangkan kekasihNya juga di uji ^^

setuju x?

Aktiviti membakar..

Esok public holiday. Saya plan nak buat bahulu esok. Bahulu kemboja dan bahulu siput.

Stand mixer dah ada (perlu supaya lebih efisyen utk memukul telur selama 30minit)

Acuan bahulu kemboja dan acuan bahulu siput dh ada. (setakat ni baru ada 3 acuan je)



berangan nk set acuan kemboja cenggini. sekali hamek! banyak dapat.huhu


Nota bahulu: sy betul2 balas dendam. dulu masa cuti sy dipenuhi dgn jurnal, buku kimia, penulisan ilmiah. itu sewaktu sy adalah pelajar akademik sepenuh masa. sekarang tidak lagi. sekarang masa utk sy buat apa yg sy suke ^^

05 April 2012

Kimia tidak terhenti di situ..

Tahukah anda bahawa, strukur kimia bagi sesuatu ubat (dadah) itu mempengaruhi tindak balas dan keberkesanannya di dalam badan manusia?



Sy sgt teruja dgn cabang ilmu kimia yg sdg sy terokai ini..
Hebatnye Allah..
Sumenye saling berkaitan!
Subhanallah..

Sewaktu membangunkan sesuatu dadah (yg ada pd ubat),
dadah itu perlulah direka agar strukturnya:
  1. boleh menembusi membrane perut (dan membrane yg berkaitan)
  2. boleh putus (bermaksud boleh bertindak dgn enzyme yg di sasarkan),
  3. boleh memilih sel buruk (yg tidak dikehendaki),
  4. boleh tahan lama dalam badan,
  5. Boleh masuk dalam DNA, dan
  6. Yg paling penting nilai toxicity yg selamat utk manusia!
Sume ni boleh direka (sudah semestinya dgn izin Allah) dengan bermain pada struktur kimianya sahaja!

Kimia itu memang menarik!

Sekarang sy sdg berusaha utk memahami dadah (ubat) utk Breast Cancer.

Allah Maha Hebat!

nota dadah: Selama ni kita tahu panadol (paracetamol) itu adalah drug. Tapi kini kita ada satu pendekatan, bertindak sama spt paracetamol tetapi bukan kategori dadah. Ianya di panggil Pro-drug. Apabila masuk ke dalam badan, barulah ia bertukar menjadi dadah. Jadi dos yg diambil lebih rendah berbanding drug (paracetamol)!

Perang status fb bakal berlaku! antr yg suke dan yg xsuke ^^

Tarikh telah di pilih..
28 april menjadi saksi..
himpunan serentak..
juta-juta rakyat malaysia di seluruh dunia..



Apalagi..
berlakulah nati satu fenomena lucu..
di mana menyaksikan..
makcik2 di fb merapu-rapu..
menghamburkan kemarahan mereka di atas perhimpunan itu..
antaranya..
"himpunan itu menghalang i utk kuar shopping"

Apabila membacanya..
rasa seperti.. derrrrrr..

Itu mmg lucu..
Jika ingin menyatakan ketidakpuasan hati anda itu,
sila fikirkan ayat yg solid sedikit..
Sesungguhnya ayat itu,
Menggambarkan anda adalah rakyat yg hanya tahu shopping..
lagak seperti duit berjuta..
mungkin tempias daripada didikan 'wasatiyyah' itu..

Itu mmg lucu..
nantikan bantahan suara hati makcik2 itu di fb!!
amukkan geng2 itu di fb nati..
kelakar? mmg kelakar..
hamburan juta-juta emosi..
x sabar plak nk baca status2 mereka itu nanti..

hohoiiiiiii

nota kaki: sekarang x terasa lagi. kang dh dekat2 tarikh, sesak plak news feed fb nati. memasing nk tulis status.huhu. sama cam dulu2 juga. saya? seronok bc status2 mereka tu. huhuhu

04 April 2012

ilmu akademik vs ilmu kemahiran hidup


Sudah tiba masanya. Buat apa yg sy suka!

  • Belajar seni pertahanan diri Silat. (seni pertahanan diri yg ada dalam diri buat masa ini hanyalah DIAM)
tapi xdela sampai camni. ^^

  • Belajar Menjahit langsir dan baju fesyen2 ckit. (sekarang cuma pandai menjahit baju kurung, dan menjahit benda2 ringkas spt sarung bantal, telekung dan ringkas2 laen.)
Aktiviti selepas waktu pejabat!

  • Belajar membuat pastry (sekarang cuma pandai buat kek, dan beberapa kuih tradisional yg laen. Nk belajar hias kek, dan pasti membuat kek itu ada skill dan tips2 yg unik. itu yg sy nk belajar! pasti byk lagi tips2 yg akan sy temui nati) 
verangan dapur yg cantik dan luas cenggini di rumah sendiri nati.huhu

Seronoknya dah x jadi pelajar  'akademik'. sekarang sudah tiba masanya utk sy buat apa yg sy suka! menjahit dan membakar kuih! Tidak perlu lagi hanya fokus pada ilmu 'akademik'. Kini punya ruang utk ilmu 'kemahiran hidup'

Sangattt Seronok!!

Mesin jahit, mesin jahit tepi, kelengkapan buat kek, sume dh ada. Tinggal sy je mengoperasikannya! wah..bahagia rupanya setelah tidak lagi bergelar pelajar 'akademik'!

Sy ingin menjadi org dapur yg berpendidikan.
Ini juga impian sy!

Eh bukan, sy ingin menjadi org dapur yg berpendidikan dan beragama! =)

Ijazah? sudah..
Ilmu kemahiran hidup? sedang..
beragama? masih dan sedang terusss.. Insyaallah.

nota ilmu: sekarang lepas balik keje. menjahit baju ^^




03 April 2012

Legasi itu...

Tidak membosankan,
Indah dan mengasyikkan,
Terkandung pengajaran dan panduan yg boleh di amalkan,
Dalam proses membentuk diri, anak2, isteri serta keluarga.
Mungkin ada yg ingin mencontohinya.

Panjang penulisannya,
Padat pengisiannya,
Bagi mereka yg ingin mencontohinya,
Layaknya sebuah novel,
Namun, hati tetap meronta-ronta,
Mahu meneruskan pembacaan.

Hati ini begitu sabar dan kusyuk,
meratah bait-bait tulisan,
memahami setiap maksud tersirat,
Walaupun panjangnya mmg berjela,
Jari jemari ini masih jua di tetikus,
Menggerak-gerakkannya ke bawah,
Demi meneruskan pembacaan,
Mencari sebuah keindahan,
Yg terkandung dalam corak kehidupannya,
Keindahan yg telah mencorakkan peribadi,
seorang ulama hebat.






Didik anak adalah bermula dari sebelum kahwin lagi. Maknanya, didik anak adalah bermula dari mendidik diri kita sendiri :)  Bila kita usaha untuk cemerlang, insyaAllah lahirlah generasi cemerlang.... lihat siapa ayah dan datuk kepada sultan muhammad al fateh... its a process of creating Super Generation, starting with us. we ourself...so stop blaming, stop complaining too much...we work towards what we dream for.. mungkin bukan kita yang kecapi hasil usaha kita, tetapi LEGASI yang kita tinggalkan..(Dr Rubiah k.Hamzah)




Sejarah telah membuktikan,
Muhammad al-fateh,
Sheikh Abdul Qader Jailani,
Mereka lahir hasil daripada didikan yg hebat,
Ibubapa mereka telah meninggalkan sebuah legasi!

Dan kini,
Sejarah telah membuktikannya sekali lagi!

Siapakah beliau yg dimaksudkan?
Jom. Baca sini.

nota hati: Allahuakhbar. Aku jua impikannya. Meninggalkan sebuah legasi. Namun, aku masih melakukan dosa dan menggunung T_T  Ya Allah, kuatkan imanku. Aku ingin merasai manisnya nikmat iman, manisnya rasa cinta kpdMu.

100% berlian! mampu?


Cincin 100% berlian pertama di dunia. Harga juta-juta. Kau mampu??

Gambar dan fakta diperoleh daripada sumber dI SINI

Nk beli bole.
Tapi....pakai duit sendiri!!
Jgn ambil duit org. Nk menabung dari kecil pun xpe.
Mak Jemah x kesah!


p/s: wasatiyyah. Kalau mampu pun, moga2 aku dilindungi daripada sifat berlebih-lebihan itu~