Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

12 December 2013

butiran kaca dihati lahirnya membasahi pipi

Air mata ini,
sudah berapa kali ditumpahkan,
walau cuba di tahan,
ia tetap mengalir,
panasnya terasa membasahi pipi..

Air mata ini,
tumpahnya tidak diminta,
mengalirnya tanpa dipaksa,
tidak mampu ditahan,
tamsilan dari hati yg terguris..

Menangislah duhai hati..
moga itu menenangkan kamu..

11 December 2013

secawan horlicks di ptg hari

Wahai lelaki,
kau mengajarnya untuk mengenal erti sabar,
tetapi setelah di uji pd susuk tubuhmu,
cepat benar engkau melatah,
begitu mudah engkau hilang pertimbangan,
begitu mudah engkau membuat keputusan,
begitu mudah kau ketepikan rasa hati wanitamu,
asalkn sabarmu tidak teruji lagi,
Bukan tidak kau ikhtiar,
sudah kau lakukan bermacam,
tapi kerana kau lupa erti sabar,
perasaannya menjadi mangsa,
sungguh kalau kau tahu,
sakitnya hati itu. . .

(tiada kena mengena.hanyalah ulasan bacaan buku di ptg hari rabu)

05 December 2013

Jika anda tidak berada di dalam kasutnya

Sudah tidak boleh di fb, cari di telefon pula.
Allah..
Sungguh, hatinya tidak mulia,
yg mampu melihat tanpa rasa,
yg mampu membiarkan tanpa kata,
Sungguh, hatinya tidak semulia itu,
kerana dia sedar, dia hanya memiliki hati kebanyakan...

Maafkanlah si pemilik hati itu..
Moga ada maaf buatnya..
Atas apa yg di rasanya..