Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

21 November 2008

peristiwa di depan lif bersama wanita iran

peristiwa ini berlaku di awal pagi sewaktu sy di pusat pengajian sy. pagi itu, seperti biasa, sy ke fakulti bersama2 sahabat sy. sewaktu tiba di pejabat, sementara sahabat sy 'punch card', sy menunggu lif bersama seorang wanita iran. wanita itu bukanlah asing lagi bagi sy, kerana kedudukan makmal kami yg bersebelahan membolehkan kami berbual2 apabila terserempak atau kelapangan. beliau merupakan wanita iran yg sudah berkeluarga dan sedang menyiapkan pengajian doktor falsafahnya. memandangkan makmal sy & sahabat berlainan aras, kami berpisah di hadapan lif. sahabat sy lebih selesa memilih untuk menggunakan tangga. manakala tinggallah sy bersama wanita iran menunggu lif. sambil menunggu lif tiba2, wanita iran itu bersuara..



"itu sahabat kamu ke?"

sy mengangguk sambil tersenyum. mungkin dia telah lama memerhatikan kami dr pintu masuk pejabat yg asyik berbual2 riang..



wanita iran itu menyambung lagi.. " cuba kamu lihat pakaian kamu.. bagaimana pula dgn pakaian sahabat kamu itu? kamu berpakaian begini, sedangkan sahabat kamu?"



mata sy terus beralih ke arah pakaian yg sy pakai.. "sebagai seorg sahabat, kamu perlu menegur dia" sy sudah mula memahami maksud yg cuba di sampaikan oleh wanita tersebut.

sambil tersenyum sy membalas "sy belum mepunyai kekuatan yg kuat utk menegur sahabat sy itu. bagi sy, sy lebih selesa utk berdakwah melalui perbuatan bukan dgn kata2 kerana sy akui, sy belum cukup kuat utk menegur atau menasihatinya. sy sentiasa berharap dan berusaha agar sy dapat menunjukkan keperibadiaan yg baik sbgi seorg muslim. kdgkala, dakwah dgn cara begitu lebih berkesan."

"tapi ini bukan soal dakwah. ini soal islam." wanita iran itu seperti tidak bersetuju. sy mula tersedar. ada kebenaran juga pd kata2nya. dia menyambung lagi, "sebenarnya soal menutup aurat ni bukan sekadar memakai tudung sahaja. ia harus lebih difahami apakah yg dieertikan sbgi menutup aurat"

sedang kami asyik leka berbual, tiba2 lif terbuka. kami masuk ke dalam lif. di dalam lif tersebut hanya ada kami berdua dan seorang pensyarah lelaki. pensyarah tersebut adalah merupakan penyelia pengajian sarjana sy sekarang. wanita iran itu menyambung kembali kata2 nya yg terhenti sebentar tadi. wlpn dlm nada yg berbisik, tetapi dalam hati sy tetap berdoa semoga perbualan kami ini tidak didengari oleh pensyarah itu.

"sebenarnya bentuk tubuh badan itu lebih kuat daya tarikannya berbanding rambut. sahabat kamu memakai seluar ketat dgn baju ketat di atas punggung pula tu, kemudian menyarungkan tudung. dia menutup rambutnya, tetapi mendedahkan tubuh badannya. sy khuatir, wlpn dia bertudung, tetapi dia tetap menarik minat lelaki utk melihatnya. itu jauh lebih bahaya. jgn ingt sekadar bertudung sahaja sudah memadai utk di katakan sbgi menutup aurat. jgn hanya sekadar menjaga rambut sahaja !"

apabila telah sampai di aras 3, kami keluar lif menuju ke arah makmal kami. sebaik melangkah keluar dari lif, seorg perempuan melintas di hadapan kami. dan kami saling berpandangan sambil tersenyum.

"lihat, contoh perempuan ini berpakaian. sama juga seperti sahabat kamu. ingt ini soal islam"

setelah sampai di makmal, perbualan kami akhirnya terhenti di situ sahaja. sy mengucap berbanyak2 terima kasih kpd wanita iran tersebut di atas nasihat yg diberikn.

sebenarnya, bila direnung2kn kembali, mmg ada benarnya apa yg di katakan oleh wanita tersebut. seorg sahabat sy pernah berkata, utk memperkatakan soal dakwah, ia mmg berat, tapi jika difikir2kan kembali, soal islam itu jauh lebih berat.. jika tidak mampu menegur sesuatu kemungkaran, tetapi membenci dlm hati dgn kemungkaran itu, itu adalah selemah2 iman. sampai bilakah sy ingin terus berada pada tahap selemah2 iman? masyaAllah..

2 comments:

Anonymous said...

erk...aku nak tanya ko dgn ikhlas ati ku nih...aku ade terkearah itu ker?? erm..pada pandangan ko le kan ?kan??ko suh aku baca ni utk tegur aku erk??ye??;p hehehee takpe kalo ko ngaku..aku tak kisah tp betul erk??huhuhuhu--> gelak malu nih..hahahaha

Anonymous said...

erm..ni sape ni? acu letak nama. aku pun kofius dh ni~hihihih (gelak malu juga ni)