Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

30 January 2010

rindu kt rumah..

saat ni yg de dlm pale aku ialah nk balik umah..
nk masak byk2!!

tingin sgt2 dh ni nk mkn
sambal ikan bawal..
udang masak lemak..
sambal kerang..
paru goreng..

klo beli kt luar, dpt makan ckit jer..
klo masak, puassss.. bape round pun bole..
(masak kt umah jimat kos, hohoho..
bahan mentah leh men order kt ayah je..ekekek)

kesimpulannya..
tlg~nk balik!! nk masak makanan tersebut!!




22 January 2010

Pengabaian sudah bermula..

terima kasih..
teruskanlah..
kerana itu akan mendidik diri..
menjadi lebih dewasa..
lebih kental..
lebih tabah..

erm..
atau..menjadi lebih xde perasaan
~heartless~




20 January 2010

andai kau tau..

sungguh aku menyayangimu..
sungguh aku menyintaimu..
tidak ingin ku melihat kesedihan di wajahmu..
senyumanmu mewarnai hidupku..

andai kau tau..
aku inginkan yg terbaik utkmu..
tidak ingin ku melihat dirimu rebah layu..
doaku bersamamu..
s
ayangku..

andai kau tau..
betapa aku menyayangimu..
betapa aku menyintaimu..
setulus hati
ku..
inilah anugerah teristimewa buatku..

terima kasih sygku..
~ily~



18 January 2010

Ya Allah..dekatkn hatiku denganMu..

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

tanda-tanda ini sudah semakin jelas..Subhanallah..

17 January 2010

jom kenali diri sendiri =)



Jenis darah seseorang individu bergantung kepada 'allele'. Setiap orang mempunyai dua allele - satu diambil dari bapa dan satu dari ibu. Sepasang allele ini dipanggil 'genotype'. 'Allele' ialah satu bentuk informasi genetik yang berada di dalam DNA kita dan terletak di lokasi yang telah ditetapkan pada kromosom yang telah ditetapkan.

DARAH O
• Seorang yang setia, sabar dan sentiasa yakin. Gemar kerja berpasukan.
• Mempunyai sifat kepimpinan dan daya juang yang tinggi.
• Memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
• Terlalu serius dalam persaingan sehingga memberikan tekanan kepada diri.

DARAH A
• Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup.
• Gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan berpersatuan.
• Bijak bergaul dan disenangi dengan individu di sekeliling.
• Mudah berkerjasama dengan orang lain.
• Sensitif, sabar, dan bertimbang rasa.
• Seorang yang penyayang.
• Degil dan kuat bekerja sehinggakan mengabaikan waktu untuk berehat.


DARAH B
• Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan darah jenis ini.
• Lebih selesa dengan kesederhanaan.
• Seorang yang jujur dan lebih gemar berterus terang.
• Seorang individualis.
• Gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain.
• Kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan situasi.
• Bijak bersosial.

DARAH AB
• Tenang dan bijak mengawal emosi.
• Sentiasa menghormati orang lain.
• Mudah didekati dan mesra dengan orang sekeliling.
• Menjadi tempat orang berkongsi cerita dan meluahkan perasaan.
• Memiliki sikap humor semula jadi dalam diri.
• Sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
• Sukar untuk membuat keputusan untuk diri sendiri.

Allah SAW berfirman.
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.(Al-Hajj:5)

Subhanallah..indahkn ciptaan Allah.. setiap satunya mempunyai tugas, fungsi dan membawa makna yg tersendiri.. siapakah kita untuk mengingkari perintahNya? Tepuk dada, Tanya iman.. apa yang penting bukan kerjasama.. tapi apa yang penting? ISLAM dan IMAN.. peace~

06 January 2010

saat ini..

air mata mula ingin menyapa ruang mata..
hati seakan berbisik..
untuk apakah air mata ini..

aku hambaMu yg lemah Ya Allah..
tanpa Mu disisi, aku rebah..

bukan mudah utk bernafas dlm jiwa hamba..
terkadang hati kuat, terkadang hati leka dan alpa..
Ya Allah, Engkaulah pemilik segala-galanya..


Hati teringat dengan kata-kata Al-Fudail bin Iyadh buat sahabatnya..


"Maafkanlah dia. Orang yang pemaaf dapat tidur di atas katilnya dengan tenang sedang orang yang membela diri tiada hentinya berfikir untuk membela dirinya, cara apa yang akan digunakannya dan jalan apa yang harus ditempuhnya, apakah perkataan yang akan dikatakannya untuk mengalahkan hujah orang itu. Sudah tentu ia akan gelisah dan tidak dapat tidur."


Firman Allah SWT dalam surah Al-baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.


tersenyumlah syg..dunia akan tersenyum padamu kembali.. =)

Ingatlah nasihat Rasulullah SAW kepada Abu Bakar ketika peristiwa hijrah: "Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama kita."

05 January 2010

utk kak ngah ku..su..

cinta.. kita mula menyedari kita sudah mula mencintai seseorang apabila :

1. byk perkara yg sukar dilakukan sebelum ni menjadi mudah dilakukan..cth mudah menyebut syg, abg, rindu..

2.asyik teringat dia setiap masa dan ketika..sentiasa memikirkan kehidupan bahagia bersamanya..

3.bimbang utk melakukan perkara yg bole mengguris hati dia.

4.menjaga setiap tingkah laku agar tidak mengundang rasa tidak senang hati dalam dirinya..

5.selalu memikirkan kepentingan dia berbanding kepentingan diri sendiri..

6.sentiasa berusaha utk jujur dgn dia, nk tipu nk kata dh makan pun xsanggup..

7.asyik nk tgk gamba dia..huhu

8.hati tros tertutup utk sume org..kira xpandang dh lelaki lain..tumpu kt dia sorang je..ahakss

9.dpt msj kejap2 pun xpe dah..xperlu masa yg lama, krn cinta itu sudah ada di mana2..ahakss

10. dan yg paling penting..dia sentiasa ada dalam doa kita.. =)

p/s itulah tanda cinta..namun setiap org x sama..sume ade keunikan masing2.. buka mata hati utk melihatnya..yg penting cinta utk dinikmati bukan utk disakiti =)

01 January 2010

tatkala kenangan menyapa kotak memori..

menemui insan yg aku kasihi..

tatkala siang mula menyinari hari,
kedengaran kokokan sang ayam riang menyanyi,
seruan azan berkumandang memanggil diri yg diulit mimpi,
bertemankan kedinginan pagi yang lembut menyapa diri,
lantas aku bingkas bangun mempersiapkan diri,
temujanji denganNya perlu dipenuhi,
kini,aku masih di sini..
meneruskan lagi kehidupan di bumi ini..
menunaikan segala hak dan janji..
meniti hari bersama semangat dan keimanan dalam diri..
semoga langkah perjalanan hari ini,
dalam pimpinan yang Maha Mengasihi..
amin..