berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari,
timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang
dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan
persoalan masing-masing.
Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini
tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak
pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”
Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri
ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar
kemana-mana pun tak bagitau kami takpe pulak.”
Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid, ikut
surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka
perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah
keadilan?”
Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita
mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa
buat anak cari kita, masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”
Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan
wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada
isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami
yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat
macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita
perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak”.
Kemudian datanglah seorang
lelaki kepada mereka lalu ditanya mengapa mereka mengomel tentang kejadian
wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan
diatas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya
menjawab setiap satu daripadanya.
Pada wanita pertama, lelaki
itu menjawab:
“Cik adik, Islamlah yang
mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak
sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita
simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi
di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki,
yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat
kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang
lelaki.
Pada
wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat
pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga
kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah
berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa anda
perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda
lakukan.”
Pada
wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima
warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk
wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi
dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka
itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta
pulak secebis, tak merasalah dia.”
Pada wanita
keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih
kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu,
anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya
anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati
syahid dan ganjarannya syurga.”
Pada
wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan
lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang
wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik
perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan
dibantu oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak
lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”
Pada
wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki
beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w. lebih suka wanita beribadat di
rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk
mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda
sukai tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan
empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatan dan…….taat pada suami anda. Itu saja.”
Pada
wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib
berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan
menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala
setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata. Itu janji Allah pada kamu.”
Kemudian lelaki itu bertanya
mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Wanita-wanita tadi menangis
dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun
kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami
berbanding kaum lelaki!”
(terima kasih atas perkongsian. credit to Kak Shida)
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]
No comments:
Post a Comment