Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

18 September 2011

meniti anak tangga dunia

penting ke anak tangga dunia ni atau bahasa bestnye ranking dunia?

pape pun jom kita layan 700 top universiti dunia..

antara senarai 700 tu terselit juga senarai universiti dr malaysia..

167 - Universiti Malaya
279 - Universiti Kebangsaan Malaysia
335 - Universiti Sains Malaysia
401-450 - Universiti Teknologi Malaysia
451-500 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
601+ - Universiti Teknologi Mara

(sumber: http://www.topuniversities.com/university-rankings)


ehem.. sy graduan daripada UKM..
bila di luar bersama masyarakat,
ada segelintir yang pandang rendah pada kebolehan UKM sebagai sebuah universiti
tapi kenapa??

ini berlaku kerana..
UKM menjadikan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran..
hatta penulisan tesis di UKM juga dalam bahasa Melayu..
ada masalah ke?
kalau UKM x hasilkan bahan ilmiah dalam Bahasa Melayu, agak2 sape lagi yang nk banyakan sumber rujukan dari bahasa kita sendiri?
Rakyat uganda? semestinya tidak..

pelajar asing yang menuntut di UKM, diwajibkan untuk ambil kelas Bahasa Melayu..
jangan terkejut jika korang dtg UKM, ramai foreigner yg boleh berbahasa Melayu..
ada juga yg sgt fasih! seronokkan..
kita berjaya perkenalkan bahasa kita kepada luar..

adakah bahasa itu satu isu untuk menilai kemampuan universiti itu?
semestinya tidak..

banyak faktor yang membawa kepada kualiti universiti..

antaranya..
tenaga akademik atau tenaga pakar
penyelidikan, pembangunan dan inovasi
terbitan jurnal atau bahan2 ilmiah
dan macam2 lagi..

so jangan salahkan mereka kerana mereka tidak tahu..

sekian..

26hb ni sy konvo..tahniah utk sy~ heheheh

No comments: