Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

26 April 2013

Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah org tersayang. Bukan sebab ada kamera AES.

InsyaAllah petang ini sy akan bermusafir lagi.
Shah alam-Penang,

Bermusafir, mengingatkan sy pada kenangan zaman kanak-kanak.
Selama hampir 25thn emak dan ayah bermusafir Kl-penang
Dan selama 18thn juga sy bermusafir bersama mereka.

Teringat suatu peristiwa dalam perjalanan pulang ke penang,
Waktu itu sy berusia 10-11 thn begitu.
Sy melihat satu kemalangan ngeri.
Bayangan yg membuat sy tidak boleh melelapkan mata.
Saban waktu berfikir, jika yg meninggal itu seorang ibu dan ayah pada anak2 yg seusia sy, apakah nasib anak2 mereka selepas ini.
Jika ujian itu buat sy? Allah..takutnya..

Bermula daripada peristiwa itu..
Sy sentiasa berpesan pd mak dan ayah SETIAP kali sebelum sy tidur

"SELAMAT MALAM MAK SELAMAT MALAM AYAH. JANGAN LUPA, SEBELUM TIDUR BACA DOA. ASSALAMUALAIKUM"

inilah pesanan sy SETIAP KALI sebelum tidur. sehinggalah sy sekolah menengah.

Terlalu bimbang jika mak dan ayah pergi dalam tidur. Terlalu takut jika esok pagi sy sudah tiada emak dan ayah. Terlalu bimbang jika keesokan paginya sy bangun daripada tidur sebagai anak yatim piatu.

Itulah fikiran sy pada usia itu..

Alhamdulillah..sepanjang kami bermusafir, Allah pelihara perjalanan kami.

Alhamdulillah, sy masih lagi dipinjamkan nikmat kasih syg mak dan ayah. Masih punya ayah yg menjaga sy, masih punya mak yg tlg mendoakan sy.

No comments: