Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

07 May 2013

Hentikanlah sentimen perkauman

Padan muka Penang, DAP pegang..
Sedap mulut sebelum bercakap.
Sebelum berkata-kata sila semak dahulu dalam web SPR, keputusan PRU13.

Kebanyakan kawasan yg dimenangi oleh DAP adalah di mana pihak lawannya yg daripada BN juga meletakkan calon cina. Jadi kalau DAP x menang sekali pun, kerusi itu akan dimenangi oleh calon cina juga. Cuma bezanya yg menang tu calon BN. Jadi org butakan mata.

Nampak x di sini, Cina sendiri sudah sepakat menolak kezaliman BN dengan mengundi calon cina dari Pakatan Rakyat (DAP).

Sedangkan Melayu? Takutkan perubahan. Masih takut mengatakan tidak pada kezaliman BN.

Kerusi yg meletakkan calon melayu dimenangi oleh BN. Org melayu masih sygkn BN. Jadi kebanyakan kerusi calon melayu drp Pakatan Rakyat (PAS) kalah. Jadi rakyat ditakutkan dengan DAP di Penang. Sedangkan kalau org melayu bersatu menolak BN, maka akan banyaklah kerusi PAS di Penang.
Seperti mana kaum cina bangkit menentang kezaliman BN. Mereka sendiri menolak MCA.

Janganlah mainkan isu perkauman. Sy rakyat malaysia menyayangi semua kaum. Allah tidak melihat bangsa kamu. Allah menjadikan kamu berbangsa-bangsa agar mudah utk kamu saling mengenali. Perjuangkan Islam dahulu. Kamu jaga Allah, Allah jaga kamu. Mudah bukan.

Sy sendiri mempunyai saudara berbangsa Cina. 3 ibu saudara sy berketurunan Cina. Utk apa kita saling membenci?

Sy rakyat Penang menyaksikan sendiri bagaimana pemerintah Cina, tetapi sedikit pun tidak menyekat Islam. Pergilah ke mana-mana masjid di Pulau Pinang, kuliah agamanya merata-rata.

Agak-agak kalau Penang dapat kat BN, boleh ka Ustaz Azhar mai penang bagi ceramah?


No comments: