Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

14 June 2013

Berfikir soal kelayakan

Pengalaman secungkil seorang pensyarah.
Sy pensyarah kimia, mengajar foundation engineering.
Persediaan melanjutkan pelajaran ke UK dan US dibawah tajaan JPA.
Sekiranya ke luar negara dengan tajaan mahupun biasiswa, boleh la kita kategorikan mereka sebagai pelajar elite (pelajar terpilih dan cemerlang).
Antara pelajar yg terpilih dan cemerlang, mereka ditapis lagi dan diletakkan di dalam satu kelas.
Dengan kekerdilan sy, sy diberi peluang utk mengajar kelas itu. Pintar dalam kalangan pintar.

Terkadang, terdetik dalam hati, layakkah sy?
Sy tidak berpeluang utk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sy hanyalah graduan universiti tempatan, sedangkan mereka adalah bakal graduan daripada universiti 50 terbaik dunia. Terasa spt 'ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus'. Namun, mereka adalah amanah sy. Ketam atau tidak, sy perlu sampaikan ilmu dengan tanggungjawab dan amanah.

Terkadang, jauh disudut hati, sy mengkagumi mereka.
Syllabus mereka tidak sama seperti di Malaysia.
Subjek kimia sahaja ada 6 papers.
Menjadikan keseluruhan paper adalah 24!
can u imagine? bagaimana mereka membahagikan masa.
Mereka juga aktif berpesatuan.
Di zaman sekolah, minda kita telah terbiasa, pelajar pintar mesti skema, 'nerd'
Tapi tidak mereka! Mereka bergaya, mengikut peredaran zaman, pandai berjenaka dan malahan teserlah 'educated' dalam bersosial.

Terkadang, jauh di sudut hati, ingin sekali berkenalan dgn ibu bapa mereka.
Siapalah ibu bapa mereka sehingga berjaya mendidik anak-anak ini.
Dalam kepintaran masih punya akhlak yg terpuji.
Sangat menghormati guru.
Terkadang kita terbiasa dengan kata-kata 'ajar budak pandai ni kdg2 suka berlagak dengan pensyarah'
Alhamdulillah, sepanjang sy menjadi pendidik mereka, belum pernah sy diuji dengan pelajar sebegitu.
Soal disiplin, motivasi dan semangat. itu sudah ada.
Tetapi biasalah, manusia, terkadang leka, alpa dan lalai.
Perlu ada yg membantu mengingatkan.

"Tak kisah apa pun pekerjaan kita, bidang kepakaran kita, itu semua hanyalah platform utk kita melebarkan dakwah Islam" -inilah pesanan, acapkali sy ingatkan pd mereka.

Sy doakan kamu semua berjaya. Walaupun sy tidak mampu utk melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun sy harap, sy mampu membantu kamu utk ke sana dengan ilmu yg Allah pinjamkn pada sy utk sy sampaikan kepada kamu.

To all my students, i miss u a lot =)


No comments: