Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

30 March 2012

benarke? oh..sekali lagi..


"RM608.68 juta telah dibelanjakan sepanjang tempoh 12 minggu untuk kos lawatan rasmi!"

12 minggu sahaja!

Lawatan menggunakan jet peribadi mewah seperti yg dimiliki oleh jutawan dunia?
Menginap di hotel2 mewah?
Dihidangkan dengan makanan yg diimport dari negera luar?
Dibentangkan dengan red carpert yg di perbuat daripada bulu?
Dihiasi dengan bunga-bunga segar?
Atau umpan kpd si jelata yg tidak tahu itu?

Adakah itu semua yg menjadikan jumlahnya mencecah RM600juta?
Oh..Begitu sukar utk dicapai dek akal sy yg tidak mewah ini.

Jika tidak dibenar, jgn dinafikan dgn mulut.
Sila nyatakan perincian belanjawan itu.
Si jelata yg 'ingin ambil tahu' ingin tahu.
Tidak semua Si jelata rela diperbodohkan.

Sy jelek dgn wasatiyyah yg sebegini.


Sudah-sudahlah..

27 March 2012

Mengkagumi mu, bukan lagi rahsia..

gambar hiasan
Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi

Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah
Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala 

Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi
Siapakah zinnirah?
nota jari: *Aku mengkagumi kekuatanmu mempertahankan aqidahmu. moga aku memiliki keimanan seteguh itu. *

26 March 2012

Sape kata kita miskin?

600 juta hutang dihapuskan mcm tu je?
wah..seronok buat hutang, lagi seronok x kena bayar hutang plak tu!
bertambah-tambah ronok "mereka"
(di mana amanah mu sewaktu mula2 menerima amanah?)



Mari kita tgk apa akan jadi KALAU..
PTPTN di tukar menjadi biasiswa..

Katakanlah seorang pelajar di beri pinjaman sebanyak RM30 000 oleh PTPTN,
RM 600 000 000/RM30 000 = 20 000

Bermaksud dengan nilai RM600 juta itu, kerajaan mampu menjadikan PTPTN daripada pinjaman kepada biasiswa untuk 20 000 org peminjam!! Sangat banyak!

Itu baru RM 600 juta. Byk betul duit negara kita rupanya. Itu yg kita tahu, yg kita tak tahu?? Sape kata kita x kaya??

X nk tukar kepada biasiswa pun xpe.
Tapi hapuskanlah kos pentadbiran, dan berikanlah jadual peratusan bayaran balik mengikut keputusan CGPA. Itu pun dh ada kebajikannya disitu berbanding penambahan hutang tiap2 tahun dek krn 'kos pentadbiran". Kalau dh nk sgt kaut kos pentadbiran tu, baik tukar jela PTPTN ni jadi BANK.

24 March 2012

Nota hati seorang anak

  Pernahkah anda menatap wajah ibu bapa tersayang ketika mereka sedang tidur ?  Itulah wajah yg paling jujur . Pengorbanan yang terkadang melelahkan namun tak terungkap . Tetapi wajah ketika tidur mencerita segalanya , tanpa kata , tanpa suara seolah dia berkata : Betapa lelahnya aku hari ini , demi anak dan keluarga aku sanggup segalanya . Renung dan tataplah wajah tersayang sblm dia menutup mata buat selama2nya . :)




 Nota hati : Mak ayah sentiasa ada dalam doa kakak. Mungkin kakak belum jadi spt yg mak harapkan, tapi kakak akan sentiasa terus mencuba utk jadi anak solehah buat mak ayah, menjadi harta buat mak ayah di sana kelak. Insyaallah. Mak dan ayah adalah ibu dan bapa yg terbaik buat kakak. Mak dan ayah dah menjalankan tanggungjawab memberikan didikan agama yg cukup buat kakak. Kakak tidak mahu mak ayah di soal di sana di atas kedegilan kakak melaksanakan suruhan Allah. Subhanallah. Doakan kakak. Kakak perlukan doa mak ayah.

23 March 2012

Mahram ke Muhrim? Eh ada beza tu

Eh, dia bukan muhrim awk. Awk x bole bersalaman dgnnya. Ungkapan sebegini sering kali digunakan untuk menunjukkan/menerangkan perihal hubungan/pernikahan/aurat atau seumpamanya antara lelaki dan perempuan.

Persoalannya betulkah istilah yang digunakan itu? Muhrim?

Saya masih ingat lagi penjelasan dari ustazah di zaman sekolah dahulu. Muhrim ialah istilah yang digunakan bila seseorang dalam ihram. Alhamdulillah masih subur pesanan itu dalam ingatan. Maka, ingin sy kongsikan ilmu ini dgn yg lain.

Istilah yg betul utk ungkapan di atas tadi ialah MAHRAM. Mahram merujuk kepada org yg haram berkahwin dgn kita.

Selepas ini, bolehlah kita perbetulkan penggunaan MAHRAM dan MUHRIM.

Contoh ayat : bermusafirlah kamu wahai wanita dengan ditemani MAHRAM mu =)


utk lebih faham, boleh rujuk SINI

22 March 2012

Tips menabung. Kawen tanpa loan bank.

  
Harus di ingat, tidak salah utk berkongsi bersama-sama pasangan menanggung jumlah perbelanjaan kawen (kecuali mas kawen). Sekarang bukan dahulu lagi. Di mana zaman dahulu, kebanyakan anak gadis tidak bekerja dan hanya menunggu pinangan org, malahan ada juga yg tidak habis sekolah. sudah tentu perbelanjaan banyak tertanggung di atas bahu lelaki. Tetapi kini, sudah ramai anak gadis yg berpendidikan dan mempunyai kerjaya serta berpendapatan dan berkemampuan utk menyediakan serba sedikit keperluan majlis.

Seperkara yang ramai ibu bapa tidak tahu (atau pura-pura tidak tahu) ialah, wang hantaran yang diberikan oleh bakal menantunya (pengantin lelaki) adalah duit anaknya sendiri. Anak dara kita terpaksa meminjamkan wangnya kepada bakal suami yang perlu menyediakan wang dua kali ganda untuk keperluan rumah keluarganya dan keluarga bakal isteri. Dan realitinya, budak lelaki tak ada duit. Di era keluarga lelaki dan perempuan sama berkemampuan, hapuskanlah wang hantaran. Naikkan mas kahwin, dan masing-masing buatlah kenduri masing-masing (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Tips ini adalah tips berkongsi bukan meminjamkan wang. Anda fahamkan maksud sy?

Ok..kita mula dengan cara mudah.
(Utk mereka yg mempunyai sebab/alasan utk tidak mahu berkongsi)
Anda simpan RM250 setiap bulan selama 36 bulan atau 3 tahun.
RM250 x 36 bulan = RM9,000.

Tak Cukup?
(mula terbuka hati utk berkongsi)
Anda kongsi dengan bakal isteri, setiap orang simpan RM250 setiap bulan.
Jadi RM9,000 x 2 = RM18,000 (atau RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)

Masih lagi tak Cukup?
Doublekan nilai simpanan anda berdua kepada RM500 setiap bulan.
RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000.

Lambat?
Simpan RM500 setiap bulan untuk tempoh 1 tahun setengah (18 bulan).
RM500 x 2 orang x 18 bulan = RM18,000.

Kalau bergaji besar? Bole simpan cara begini.
Sebulan simpan RM1000 x 2 orang x 6 bulan = RM12 000

Atau utk tempoh 12 bulan

RM1000 x 2 orang x 12 bulan = RM24 000

Atau utk tempoh 1thn 6 bulan

RM1000 x 2 orang x 18 bulan = RM36 000

Kalau anda bergaji RM 2 600 sebulan anda mampu utk menabung sehingga RM1000 kalau anda berbelanja cara org bergaji RM 1 600. Utamakan keperluan bukan kehendak. Anda MAMPU MENGUBAHNYA! (InsyaAllah)

Sekarang kita lihat bajetnya pula.

RM9,000 : Kenduri belah perempuan kecil-kecilan.
RM18,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki kecil-kecilan.
RM36,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki sederhana.

(wasatiyyah iu penting)

Majlis merenjis, bersanding, malam berinai, fotografer outdoor indoor, Cameraman utk Video, PA system dan DJ dan sebagainya itu hanyalah tambahan dan tidak wajib. Kalau ada bajet lebih silakan. Yang penting merancang.

Mari kita menjadi perancang yg bijak. Kehidupan selepas kawen itu lebih penting kerana di situ terletak matlamat dan tujuan. Mahukah kita majlis yg mewah tetapi terpaksa menanggung hutang RM700 malahan RM1000 sebulan selama bertahun2 hanya utk memenuhi kehendak 'ala sekali je seumur hidup'?

RM700 tu bole buat beli aset laen. seperti RUMAH atau KERETA atau DINAR EMAS (tambah lagi beberapa ratus je tu)




Nota Jari: Tips ini sy peroleh daripada (http://istanapengantin.wordpress.com) dan saya gabungkan dengan idea sy sendiri. Semoga ada manfaat utk kwn2 dan juga diri sy =)

21 March 2012

Result SPM.. Ikhlaskan hati

Teringat memori 12tahun dan tahun2 yg berlalu dahulu..
Saya? tidaklah secemerlang mana..
Namun tetap bersyukur dgn apa yg ada..
Sy tidak bijak, tidak pandai, namun sy diberi kesempatan utk dapat apa yg sy impikan..
laluan sy mudah. tidak banyak onak dan duri di laluan menuju impian yg di cari..
Sy sedar, ini berlaku kerana atas ketentuan Allah, atas kasih sayang Allah..
Bukan kerana kepandaian atau kebijaksanaan sy. Ini rezeki daripada Allah buat sy.

Seawal tingkatan satu, sy sudah mempunyai cita2 yg solid.
Tidak pernah berganjak dan berubah sehingga kini. Menjadi seorang AHLI KIMIA itu impian sy.
Apa itu ahli kimia? Malahan sy tidak pernah tau apa itu KIMIA. Namun cinta dan minat terhadap bidang itu sudah mula bercambah seawal tingkatan 1.

Alhamdulillah seawal tingkatan 4, setelah mula didedahkan dengan KIMIA, minat itu tetap jua utuh. Makin kenal makin jatuh hati. Keputusan KIMIA sepanjang peperiksaan di sekolah juga sentiasa ada sinarnya. Syukur pada yg Satu.

keterujaan yg teramat sgt sewaktu pertama kali melangkah ke makmal kimia sekolah!


Setelah mendapat keputusan SPM, sy ditempatkan di MATRIKULASI PULAU PINANG (KMPP).
Alhamdulillah, Allah maqbulkan doa ibu dan hajat sy.
Mmg itu pilihan pertama sy sewaktu memohon penempatan di Matrikulasi.
Jarak dari KMPP ke rumah sy hanyalah 15minit shj. Selagi lagi, laluan sy dipermudahkan Allah.

Setelah tamat pengajian setahun di KMPP, sy memohon penempatan di IPTA pula.
Pilihan sy masih juga KIMIA, dan sy memilih UKM sbg tmpt utk sy terus mendalami apa itu KIMIA. Syukur, itu jualah nikmat yg Allah kurniakan buat sy.

Kini, sy sudah pun menamatkan pengajian sy di peringkat master, masih lagi jurusan KIMIA.


tidak lagi terpinga-pinga utk membaca dan mentafsir struktur kimia yg kompleks seperti awal2 mengenali Kimia.
Laluan sy menuntut ilmu tidak banyak onak dan durinya. Syukur alhamdulillah. Sekali lagi, ia berlaku bukan kerana kebijaksanaan atau kebolehan sy. Kalau ada pun, sumbangan itu sangat sedikit. Semua ini berlaku krn itu rezeki dan nikmat drp Allah buat sy. Kegagalan itu ujian buat kita, dan kejayaan juga boleh jadi ujian buat kita.
Allah kurniakan kemudahan buat sy sepanjang menuntut ilmu, siapa sy utk tidak di uji Allah? sedangkan kekasihNya juga di uji. Kini sy sedang di uji Allah. Syukur Alhamdulillah. Moga Allah lindungi sy daripada sifat putus asa dan terus bergerak ke hadapan.

Mulakan niat dengan 'LillahiTaala' segalanya untukMu YA ALLAH.

Jadi pada adik2 di luar sana, tidak kira anda gagal atau cemerlang di dalam SPM, itu semua ujian buat anda. Perjalanan kita masih jauh, kita berjaya sekarang, mungkin dipertengahan kita di uji. Kuatkan hati. Allah ada utk kita. Perancangan Allah buat kita jauh lebih hebat. Ikhlaslah menerima perancangan daripada Nya ^^

15 March 2012

dulu laen..skg jauh lagi laen beb!!

Dulu..
Master je..
Bidang polimer..
bermain dengan polimer..
related lagi dgn 1st degree..


Sekarang..
PhD..
Bidang farmasi..
bermain dengan dadah..
x related lagsung dgn master..

Dulu..
menghasilkan sesuatu utk digunakan oleh manusia..
dalam bentuk aplikasi harian..

Sekarang..
menghasilkan sesuatu utk digunakan oleh manusia..
tapi dalam bentuk ubat-ubatan..

Dulu..
Sy mengkaji suatu bahan yang ringan dan mempunyai kekonduksian terma yg canggih
utk mengatasi masalah haba pada telefon bimbit, laptop dan apa sj yg panassss...


Sekarang..
Sy mengkaji sesuatu sebatian yang boleh dijadikan sebagai ubat
utk mengatasi masalah kanser pada manusia tidak kira apa kanser asalkan ianya kanserrrrrr...


Sekarang..
Kena blaja apa itu DNA...
Bagaimana kanser merebak pd manusia..
Bagaimana ubat bertindak pd sel kanser..
Apa ciri2 anti kanser yg baik, yg perlu ada pada ubat..

Apa??
Bagaimana??
Mengapa??
Siapa..??
Kenapa??

EH....byk ni nk kena blaja =_=

Bismillahirrahmanirrahim

12 March 2012

jgn pitam lagi! 5minutes to go..

mata mula berpinar-pinar menatap monitor..
membaca bait-bait DNA yg sukar utk diterjemahkan..

cepatlah pukul lima..
terasa sukar benar nk menegakkan kepala..
utk meneruskan bait puisi syahdumu..

oh jurnal!!
mengapa sukar utk dimengertikan maksudmu =_=

nk pitam cam dia juga la..


buat sang penegur..


aku tidak mahu menjadi manusia angkuh..
yg tidak boleh ditegur kesalahannya..
yg tidak boleh dinasihati..
yg tidak boleh diingati..
yg tidak boleh dipesan-pesan..

aku tidak mahu menjadi manusia angkuh..
kerana aku tidak maksum..

terima kasih kpd yg menegur..
tidak terpalit rasa benci pd sang penegur..
kerana..
aku bukanlah manusia angkuh..

buat sang penegur..
Moga Allah merahmatimu..



11 March 2012

Selamat bertunang!


Syukur..dgn rasa rendah diri..
sy nk kongsikan 2 dulang hantaran hasil sentuhan sy.. 
coklat dan cup cake ^^

cer tgk pic kt bwh ni..
setelah 2 bulan bertunang, br hrni nk upload..
perhaps, u will get some ideas for yours!

 (my dearest kazen's engagement day. dun misunderstood. this ceremony was not mine ^^)

Cup cake (coklat) sy buat sendiri. di hias dgn cream dan fondant.


yg ini? bukan sy buat ^^ coklat dan bekasnya = RM30. murah ke mahal?      



10 March 2012

kerana sy juga tidak layak..

Allah.. x terhitung rasanya dosa..
terasa benar hinanya diri di hadapanMu..

x tergambar dosa-dosa yg pernah di lakukan..
taubat nasuha..taubat nasuha..taubat nasuha..
bertaubatlah wahai hati..
dengan sebenar2 taubat..
sebelum semuanya terlambat..

Ya Allah Ampunkanlah dosa-dosaku..

Di dalam aku melakukan kemungkaran,
Kau masih limpahkan kasih sygMu buat ku..
Benarlah Engkau Maha Pemurah, Maha Penyayang..
Engkau Yang Paling Lemah Lembut terhadap hambaNya..

Terima kasih beri aku lagi sekali peluang..
utk kembali ke Jalan Mu..

Sesungguhnya mmg benarlah..
Kasih sygMu mendahului kemurkaanMu..

Jangan dipenting-pentingkan sangat

sebelum kawen kena ada..
kerja tetap yg bersesuaian dengan kelayakan,
gaji yang mantap,
rumah yg selesa,
kereta yg bole muat 5,6 org..

oh..itu semua mmg penting..tapi jgn dipenting2kan sgt..
KPI manusia tentang material mmg sukar utk dicapai..
berbaliklah kepada apa yg diajarkan Islam..

si keluarga lebih risau jika sebelum kawen anaknya tidak berharta,
mengatasi kerisauan jika anaknye tidak menjaga solat, menjaga pakaian (aurat),
menjaga akhlanya dan menjaga islamnya..

nk kawen?
x solat? xpe..
x tutup aurat? xpe..
x pandai mengaji? xpe..
x tau rukun iman rukun islam? xpe..

nk kawen?
ada kereta? bole..
ada rumah? bole..
ada keje mantap? bole..
ada gaji masyuk? bole..

jgn silap mementingkan yg patut dipentingkan..
jgn dipenting2kan sgt benda yg x sepatutnya..
 
(sy pesan utk diri sy. kdg kala sy juga alpa..)


07 March 2012

Sedebu masalah..

ingin terus melangkah..dan..berlalu pergi..

sy xperlukan semua itu!

(buat masa ni je kot)
-tgk tu hati x kuat!

(bukan sbb hati x kuat la! adoii)
-abes tu sbb ape?

(itukan sunnahtullah. mane bole xnk selama2nya)
-maknanya bt masa ni je la ea?

(pandai pun)
-ye la.. hati kita kan milik Allah.

(Serahkan saja hati kita pd Allah utk tentukan. betul x?)
-betul..betul..betul..

Menarik nafas dalam2...
dan menyambung semula amanah sambil melepaskan nafas secara perlahan2 juga..

sesungguhnya..
mengamalkan teknik pernafasan yg betul adalah salah satu teknik utk menyelesaikan masalah juga..
ngeeee =)

sedebu masalah jgn dibiarkan berlonggok menjadi selonggok debu masalah.
selesaikan secara perlahan2..teknik pernafasan itu.. jgn lupa..

06 March 2012

Semakin anda blaja,semakin anda xfaham. percayalah!

Apa itu analogue?

Antara jwpn yg di beri:

  1. Cth macam methanol ethanol and so on dalam group alkohol tu kita katakan analogue.
  2. Kalau methanol and ethanol tu bukan analogue. itu homolog. Tapi aku xtau analogue tu ape.
  3. Analogue tu bukan nombor ke?
  4. Analogue ke analogi ko tny ni?
  5. Dan yg paling best... Cuba ko google!

Analogue ni adalah salah satu istilah yg digunakan dalam kimia. Sy ajukan soalan ini kepada mereka yg memang daripada bidang KIMIA. Sy ajukan kepada pelajar kimia master dan juga PhD. Pensyarah universiti juga pelajar overseas. Sume bg jwpn yg berbeza-beza.

Kenapa ini berlaku?

Adakah kerana..
Semakin anda mendalami ilmu itu semakin anda konfius dan tidak faham. sehingga begitu sukar untuk menterjemahkan sesuatu makna??

atau memang
semakin anda blaja semakin anda konfius dan semakin anda tak faham =_=

moral of the story: Jom sume kita sambung PhD ^^ kita sama2 konfius! huhuhu

SILA bersangka baek.

MINAH: Baru di tahap itu sudah sombong.

TIPAH: mane awk tau dia sombong?

MINAH: dari gaya percakapan dia.

TIPAH: mungkin bukan niat nk sombong. mungkin cara penyampaian tu buat dia nampak sombong. mungkin bole kita katakan kt sini, dia tidak mempunyai skill 'public relationship' yg bagus yg menampakkan gaya penyampaiannya itu spt tidak kena. benda itu kan boleh diperbaiki =)

MINAH: BETUL JUGA =)

~bersangka baeklah kita kepada org. Jgn lupa, org len juga akan menilai kita~

02 March 2012

Awk mampu nk bt camtu??

sama tapi tak serupa
itulah yg bole digambarkan tentang..
medicinal chemistry dan polymer chemistry..
SAMA kerana itu KIMIA
TAK SERUPA kerana itu MEDICINAL dan POLYMER..

Itu KIMIA..
Cabang KIMIA saje sudah luas
Apatah lagi bidang2 yang laen..
Tak tercabang utk dihitung dengan jari jemari yang ada.. 

begitulah hebatnya ilmu ALLAH..
Allahuakhbar.. ALLAH MAHA BESAR..

Salah satu kehebatan Allah yg sy dapat rasakan dalam bidang kimia,
bilamana beratus elemen yang ditemui di dunia ini apabila disusun dan dikelaskan dalam satu susunan periodic table rupa2nya dapat memberikan perkaitan tentang sifat kimia dan fiziknya yg sgt cantik.
apa saja tindak balas kimia dan fiziknya dgn sesuatu elemen/sebatian lain, akan memberikan jawapan yg tidak lari..

Hebatkan??

Mampukah kita menghasilkan sesuatu yg seperti itu?

Allahuakhbar..
Semakin aku mendalami lautan ilmu Mu,
semakin aku kagum dengan kehebatanMu,
semakin aku merasakan betapa kerdilnya aku..
  
Apa yg penting, setiap ilmu yg kita pelajai,
lihatlah kehebatan2 Allah yg terkandung di dalamnya..

Kini..
Saya sedang mempelajari cabang ilmu MEDICINAL CHEMISTRY
Secara bahasa melayunya.. KIMIA yang diaplikasikan utk PERUBATAN..

Maka..
 teruskanlah melihat Kebesaran Allah!
Semoga terdidik hatimu =)
Selamat berusaha ^^