Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

21 March 2012

Result SPM.. Ikhlaskan hati

Teringat memori 12tahun dan tahun2 yg berlalu dahulu..
Saya? tidaklah secemerlang mana..
Namun tetap bersyukur dgn apa yg ada..
Sy tidak bijak, tidak pandai, namun sy diberi kesempatan utk dapat apa yg sy impikan..
laluan sy mudah. tidak banyak onak dan duri di laluan menuju impian yg di cari..
Sy sedar, ini berlaku kerana atas ketentuan Allah, atas kasih sayang Allah..
Bukan kerana kepandaian atau kebijaksanaan sy. Ini rezeki daripada Allah buat sy.

Seawal tingkatan satu, sy sudah mempunyai cita2 yg solid.
Tidak pernah berganjak dan berubah sehingga kini. Menjadi seorang AHLI KIMIA itu impian sy.
Apa itu ahli kimia? Malahan sy tidak pernah tau apa itu KIMIA. Namun cinta dan minat terhadap bidang itu sudah mula bercambah seawal tingkatan 1.

Alhamdulillah seawal tingkatan 4, setelah mula didedahkan dengan KIMIA, minat itu tetap jua utuh. Makin kenal makin jatuh hati. Keputusan KIMIA sepanjang peperiksaan di sekolah juga sentiasa ada sinarnya. Syukur pada yg Satu.

keterujaan yg teramat sgt sewaktu pertama kali melangkah ke makmal kimia sekolah!


Setelah mendapat keputusan SPM, sy ditempatkan di MATRIKULASI PULAU PINANG (KMPP).
Alhamdulillah, Allah maqbulkan doa ibu dan hajat sy.
Mmg itu pilihan pertama sy sewaktu memohon penempatan di Matrikulasi.
Jarak dari KMPP ke rumah sy hanyalah 15minit shj. Selagi lagi, laluan sy dipermudahkan Allah.

Setelah tamat pengajian setahun di KMPP, sy memohon penempatan di IPTA pula.
Pilihan sy masih juga KIMIA, dan sy memilih UKM sbg tmpt utk sy terus mendalami apa itu KIMIA. Syukur, itu jualah nikmat yg Allah kurniakan buat sy.

Kini, sy sudah pun menamatkan pengajian sy di peringkat master, masih lagi jurusan KIMIA.


tidak lagi terpinga-pinga utk membaca dan mentafsir struktur kimia yg kompleks seperti awal2 mengenali Kimia.
Laluan sy menuntut ilmu tidak banyak onak dan durinya. Syukur alhamdulillah. Sekali lagi, ia berlaku bukan kerana kebijaksanaan atau kebolehan sy. Kalau ada pun, sumbangan itu sangat sedikit. Semua ini berlaku krn itu rezeki dan nikmat drp Allah buat sy. Kegagalan itu ujian buat kita, dan kejayaan juga boleh jadi ujian buat kita.
Allah kurniakan kemudahan buat sy sepanjang menuntut ilmu, siapa sy utk tidak di uji Allah? sedangkan kekasihNya juga di uji. Kini sy sedang di uji Allah. Syukur Alhamdulillah. Moga Allah lindungi sy daripada sifat putus asa dan terus bergerak ke hadapan.

Mulakan niat dengan 'LillahiTaala' segalanya untukMu YA ALLAH.

Jadi pada adik2 di luar sana, tidak kira anda gagal atau cemerlang di dalam SPM, itu semua ujian buat anda. Perjalanan kita masih jauh, kita berjaya sekarang, mungkin dipertengahan kita di uji. Kuatkan hati. Allah ada utk kita. Perancangan Allah buat kita jauh lebih hebat. Ikhlaslah menerima perancangan daripada Nya ^^

No comments: