Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

13 August 2012

Mencari si bidadari

"Sy nak cari baju yg macam bidadari"
"Baju bidadari tu mcm mane?"
"Yg mcm ini la" Kata Ana kepada temannya sambil menunjukkan baju yg di inginkan.

Terdetik di hati temannya itu, pernahkah Ana melihat rupa bidadari hatta pakaiannya? Atau fahamkah Ana dengan bidadari yang dimaksudkan itu?

Selama ini kita disogok dengan rupa bidadari yang diterjemahkan dalam bentuk pari-pari dalam drama televisyen. Itupun khayalan minda orang barat dalam mencipta karakter sesebuah filem.

Andai Ana mencari baju persis puteri, boleh lagi temannya itu membayangkan baju yang Ana cari-cari. Tetapi kalau baju bidadari? Ah buntu..

Andai pakaian bidadari dunia yang dijadikan rujukan sebagai baju bidadari yang di cari Ana, layakkah baju pilihan Ana itu di katakan sebagai baju bidadari dunia?

Bidadari Dunia dan Bidadari Syurga

Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". (HR Muslim).

Wanita solehah adalah bidadari dunia. Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari syurga.

Usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah pernah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)"

Bagaimana pula pakaian selayaknya jika bercita-cita mahu menjadi wanita solehah hiasan dunia?

Menurut ayat Al-Quran dalam suran An-Nuur Allah S.W.T berfirman :
Maksudnya : “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”. ( Surah An-Nuur, Ayat 31 ).


 

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]




Ini bukan cara mu dan cara ku.


Ini barulah cara kita. kerana kita kan Islam =)

Jika hendak diterjemahkan pakaian yang Ana tunjukkan tadi sebagai pakaian bidadari, layakkah ianya di katakan sebagai pakaian bidadari? (pastinya merujuk kepada bidadari dunia).

Jika ingin menjadi bidadari dunia, usahakanlah dirimu menjadi wanita solehah.

P/s: Ana, pencarian baju bidadarimu itu, menyedarkan temanmu ttg pakaian 'Bidadari Dunia'.. Ramai orang memakai jubah tetapi bertabarruj. Mengenakan solekan yang tebal, memakai tudung berbonggol unta, tudung yang singkat. Jubah menampakkan warna kulit kerana kain jubah yang tipis. Itulah yang dikatakan berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang. Berjubah kerana fesyen..






No comments: