Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

23 July 2012

Penggunaan alkohol dalam minyak wangi.

Ramai yg tertanya-tanya tentang isu penggunaan alkohol dalam minyak wangi dan adakah ianya sah untuk di bawa solat.

Sebelum kita pergi ke isu hukum, mari kita lihat apa fungsi alkohol dalam minyak wangi.
Izinkan saya berkongsi ilmu kimia sy yang sedikit ini.

Alkohol dalam terjemahan umum biasanya diterjemahkan sebagai arak.

Alkohol dalam kimia adalah sebatian yang mengandungi kumpulan berfungsi -OH yang dipanggil hidroksil.

Di bawah kumpulan alkohol adanya methanol, ethanol, propanol dan seterusnya. Di dalam kimia, alkohol banyak digunakan sebagai pelarut (pelarut polar protic). Salah satu keistimewaannya sebagai pelarut adalah kerana mempunyai takat didih yang rendah dan mudah meruap.

Penyulingan berperingkat
Di dalam pembuatan minyak wangi seumpamanya, alkohol berfungsi sebagai pelarut kerana sifatnya yang mudah meruap dan seterusnya menghasilkan bau yang wangi. Alkohol yang terdapat dalam pewangi adalah pelarut yang diperoleh daripada proses kimia iaitu tindak balas daripada kumpulan alkene. Alkene adalah sebatian kimia yang diperoleh daripada petroleum melalui proses penyulingan berperingkat. Di dalam tindak balas kimia, penggunaan alkohol (kumpulan hidroksil) sebagai reaktan mahupun pelarut adalah sangat meluas.

Manakala alkohol yang terdapat di dalam arak adalah terhasil daripada proses pemeraman atau penapaian. Proses pemeraman ini yang kemudiannya menghasilkan alkohol yang memudaratkan manusia. Sekiranya alkohol yang diperoleh daripada proses penapaian ini diekstrak dan digunakan, ianya sudah tidak sama seperti proses penghasilan alkohol melalui alkene.

Jadinya di sini, alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi sama sekali tidak sama dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

Wallahu'alam..

p/s: dalam makmal saya terdapat banyak alkohol. Alkohol ini bukan arak tetapi di klasifikasikan sebagai bahan kimia. Semua bahan kimia tidak boleh diminum, dihidu dan di rasa ^^

4 comments:

alien said...

iye, alkohol dalam perfume bole diguna..

mawaddah said...

namun..ada yg was-was..

Anonymous said...

Syabas..jelas dan tepat penerangan tentang fungsi alkohol dalam perfume.

Tapi kita juga perlu hati-hati sebab memang ada beberapa jenis perfume yang memang menggunakan Arak contohnya Rum, Champange, Martini dalam menghasilkan bau-bauan. Boleh semak di website http://www.fragrantica.com/notes/

Tapi terpulang lah kepada masing-masing nak guna pendapat yang telah banyak disyarahkan. Ada yang kata arak ni haram tapi tak najis dan ada yang kata elakkan semua perkara yang melibatkan arak.

Walahua'alam.

perfume lover said...

Nak Minyak wangi yg halal jakim boleh Hubungi sy di 0183891956