Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

23 July 2012

Penggunaan alkohol dalam minyak wangi.

Ramai yg tertanya-tanya tentang isu penggunaan alkohol dalam minyak wangi dan adakah ianya sah untuk di bawa solat.

Sebelum kita pergi ke isu hukum, mari kita lihat apa fungsi alkohol dalam minyak wangi.
Izinkan saya berkongsi ilmu kimia sy yang sedikit ini.

Alkohol dalam terjemahan umum biasanya diterjemahkan sebagai arak.

Alkohol dalam kimia adalah sebatian yang mengandungi kumpulan berfungsi -OH yang dipanggil hidroksil.

Di bawah kumpulan alkohol adanya methanol, ethanol, propanol dan seterusnya. Di dalam kimia, alkohol banyak digunakan sebagai pelarut (pelarut polar protic). Salah satu keistimewaannya sebagai pelarut adalah kerana mempunyai takat didih yang rendah dan mudah meruap.

Penyulingan berperingkat
Di dalam pembuatan minyak wangi seumpamanya, alkohol berfungsi sebagai pelarut kerana sifatnya yang mudah meruap dan seterusnya menghasilkan bau yang wangi. Alkohol yang terdapat dalam pewangi adalah pelarut yang diperoleh daripada proses kimia iaitu tindak balas daripada kumpulan alkene. Alkene adalah sebatian kimia yang diperoleh daripada petroleum melalui proses penyulingan berperingkat. Di dalam tindak balas kimia, penggunaan alkohol (kumpulan hidroksil) sebagai reaktan mahupun pelarut adalah sangat meluas.

Manakala alkohol yang terdapat di dalam arak adalah terhasil daripada proses pemeraman atau penapaian. Proses pemeraman ini yang kemudiannya menghasilkan alkohol yang memudaratkan manusia. Sekiranya alkohol yang diperoleh daripada proses penapaian ini diekstrak dan digunakan, ianya sudah tidak sama seperti proses penghasilan alkohol melalui alkene.

Jadinya di sini, alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi sama sekali tidak sama dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

Wallahu'alam..

p/s: dalam makmal saya terdapat banyak alkohol. Alkohol ini bukan arak tetapi di klasifikasikan sebagai bahan kimia. Semua bahan kimia tidak boleh diminum, dihidu dan di rasa ^^

19 July 2012

Cara manakah yang kamu pilih?

" Hujung minggu ni ada makan-makan di hotel"

"Tapi ada beberapa aku xsuka la style omputih di meja makan"

"X payah nak ikut sangat. Ikut saja yg Rasulullah SAW dah aja"

Kalau kita lihat, etiquette di meja makan (yg memang di ajar oleh org barat), banyak yang bercanggah dengan yang dianjurkan dalam islam. Bukan sahaja daripada segi cara makan, malahan pemakanan itu sendiri. Mari kita perhatikan satu-persatu.

Rasulullah SAW makan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan berat. Tapi kita dibiasakan makan buah-buahan selepas makan nasi.

Rasulullah SAW ajar makan menggunakan tangan. Tapi barat ajar makan menggunakan sudu.

Kita di ajar menyuap makanan menggunakan tangan kanan. Tapi barat ajar jika ada pisau atau garfu, pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri, maka menyuap makanan dengan tangan kiri.


Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis riwayat Umar bin Abu Salamah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:Ketika aku dalam asuhan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam , pada saat makan tanganku terjulur hendak menjangkau talam lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepadaku: Hai anak muda! Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang terdekat darimu. (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah menjilat jarinya sesudah makan sebelum membasuh tangannya. Tetapi minda telah dilatih melihatnya sebagai perkara yang tidak sopan untuk di amalkan.

Hadis riwayat Ibnu Abbas رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Apabila seseorang di antara kalian memakan makanan, maka janganlah ia mengusap tangannya sebelum dijilati (untuk membersihkan sisa makanan) atau menyuruh orang lain untuk menjilatinya (Hadis Riwayat Muslim)

Kita di ajar makan duduk. Tapi barat makan berdiri. Kalau kita pergi makan di hotel-hotel (biasanyahi-tea) kadang-kadang agak payah utk jumpa kerusi (malahan tak disediakan pihak hotel).

Kita di ajar untuk menjauhi organ dalaman haiwan. Tetapi barat kata makan banyak hati ayam untuk meningkatkan kandungan darah merah.

Makanan sunnah Rasulullah SAW tidak mencampurkan buah dengan susu. Tapi kita di ajar dengan hidangan koktel.

Kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Tetapi kita ditakutkan dengan kandungan daging kambing yang boleh membahayakan kesihatan.

Rasulullah ajar minum susu kambing kerana banyak khasiatnya, tapi kita telah didik daripada kecil untuk minum susu lembu.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Sudah tiba masanya kita perbetulkan kembali apa yg x betul. Biarlah kita lain daripada yang lain, kerana itu yang Rasulullah dah ajar =)


Wallahua'alam..

16 July 2012

Berkongsilah nikmat itu, walaupun sedikit.. Janji Allah itu benar

Sedang dia menyiram tanaman di halaman rumahnya, dia di datangi oleh seorang lelaki berkopiah memberi salam kepadanya.

"Assalamualaikum, sy dari ....... ingin memohon sumbangan ikhlas cik utk kelangsungan sekolah tahfiz kami"

Lantas dia terus menutup pili air sambil berlari ke dalam rumah mencari-cari beg dompetnya.

Di dalam kepalanya tidak terfikir langsung bahawa duit gajinya cuma tinggal tidak sampai seratus untuk digunakan sehingga hujung bulan ini. Jika dikira-kira masih ada 2 minggu lagi. Mana nk difikirkan duit minyak, duit tol, duit makan. Langsung tidak difikirkan. Dia hanya fikirkan, duit yg ada utk dikongsikan bersama yg lebih memerlukan.

"Cuma ada sekeping RM5 dan beberapa keping duit RM1" kata hatinya.

Lantas dia mencapai sekeping duit kertas berwarna hijau, kemudian dia ke dapur mencari ibunya. Kalau-kalau ibunya juga ingin berkongsi sedikit rezeki yang ada.

"Ambil duit atas meja" kata ibunya.

"Alhamdulillah. Rezeki buat anak2 itu" kata hatinya.

Dia pun berlari-lari keluar rumah sambil membawa wang di tangannya.


"Encik, ini sumbangannya" katanya kepada lelaki berkopiah itu.

Lantas lelaki itu menghulurkan resit kepadanya dan berlalu ke rumah seterusnya untuk mengutip sumbangan. Dia pun mengambil paip getah dan menyambung siramannya yg terhenti tadi.

Sambil menyiram, dia berfikir tentang hari esok. Mula merancang pembahagian wang yg tinggal utk hari esok. Sedikit pun tidak terbit rasa menyesal dalam hatinya krn bersedekah tatkala kesempitan wang. Dia benar-benar yakin pada rezeki Allah dan janji Allah. Dia begitu yakin pada yg itu.


Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)


Keesokannya, dia ke tempat kerja seperti biasa. Wang di dalam dompet tidak cukup untuk digunakan selama 2 minggu. Wang inilah yang akan digunakn utk mengisi minyak dan duit tol. Mungkin dia perlu mencatu makanannya agar duit itu cukup-cukup sehingga hujung bulan.

Sudah menjadi rutin hariannya mengisi minyak seminggu sekali dan kebiasaannya, pada hari ahad tanki minyak kereta berada pada tahap minimum dan akan di isi pada hari isnin.

Dia menuju ke kereta dan menghidupkan enjin sambil melihat meter minyak.

"Subhanallah.."

Minyak keretanya telah di isi. Malahan PENUH. Cukup untuk digunakan ke tempat kerja selama 2 minggu.

Inikah yg di katakan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka?

"Adik isikan semalam. Terima kasih pinjamkan adik kereta"  terdengar suara adiknya dari dalam rumah.

Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245)

Ya Allah.. Benarlah janji Mu itu..



11 July 2012

Mas kawin dan hantaran..

Pada pendapat sy, yg lebih merungsingkan kepala lelaki bukanlah mas kawin, tetapi wang hantaran sebenarnya. Tgk sajalah info mas kahwin yg di sediakan JAKIM. Masih lagi dalam lingkungan mampu utk disediakan.

Perihal wang hantaran ini, yang meletakkan tinggi selalunya ibu bapa dan keluarga. Org itu 10K, org ini 15K, begitu begini. Mak ayah dan keluarga mmg juaranya yg menentukan. Anak2? angguk2 geleng2.

Pendapat sy, wang hantaran itu sebagai hadiah pemberian daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan utk mengadakan majlis. Yang wajibnya adalah MAS KAHWIN. Tetapi sekarang sudah menjadi satu fenomena terbalik di mana wang hantaran yg di utamakan. Buktinya? Lihat sahaja sekarang, wang hantaran mencecah RM20K, tetapi mas kahwinnya hanyalah RM23.


Sekiranya pihak lelaki mampu menyediakan wang hantaran sehingga RM20K, bermakna kita boleh kategorikan lelaki ini sebagai golongan yang mampu. Apa salahnya jika dikurangkan wang hantaran, dan di naikkan nilai mas kahwin. Mas kahwin itu adalah hak isteri. Utamakanlah yang hak.  Wang hantaran RM20K, mas kahwin cuma RM23, fikir-fikirkanlah.

Janganlah jadi org kebanyakan yakni berlumba-lumba dalam menentukan wang hantaran. Sebaliknya berusahalah menjadi org yg faham yakni mengikut apa yang di ajarkan Islam.

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Kamu sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak kamu ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” Kata Rasulullah “Tentang pedangmu itu engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu juga engkau perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja" 


nota hati: sy tidak mahu menjadi org kebanyakan. mudah-mudahan..