Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

16 July 2012

Berkongsilah nikmat itu, walaupun sedikit.. Janji Allah itu benar

Sedang dia menyiram tanaman di halaman rumahnya, dia di datangi oleh seorang lelaki berkopiah memberi salam kepadanya.

"Assalamualaikum, sy dari ....... ingin memohon sumbangan ikhlas cik utk kelangsungan sekolah tahfiz kami"

Lantas dia terus menutup pili air sambil berlari ke dalam rumah mencari-cari beg dompetnya.

Di dalam kepalanya tidak terfikir langsung bahawa duit gajinya cuma tinggal tidak sampai seratus untuk digunakan sehingga hujung bulan ini. Jika dikira-kira masih ada 2 minggu lagi. Mana nk difikirkan duit minyak, duit tol, duit makan. Langsung tidak difikirkan. Dia hanya fikirkan, duit yg ada utk dikongsikan bersama yg lebih memerlukan.

"Cuma ada sekeping RM5 dan beberapa keping duit RM1" kata hatinya.

Lantas dia mencapai sekeping duit kertas berwarna hijau, kemudian dia ke dapur mencari ibunya. Kalau-kalau ibunya juga ingin berkongsi sedikit rezeki yang ada.

"Ambil duit atas meja" kata ibunya.

"Alhamdulillah. Rezeki buat anak2 itu" kata hatinya.

Dia pun berlari-lari keluar rumah sambil membawa wang di tangannya.


"Encik, ini sumbangannya" katanya kepada lelaki berkopiah itu.

Lantas lelaki itu menghulurkan resit kepadanya dan berlalu ke rumah seterusnya untuk mengutip sumbangan. Dia pun mengambil paip getah dan menyambung siramannya yg terhenti tadi.

Sambil menyiram, dia berfikir tentang hari esok. Mula merancang pembahagian wang yg tinggal utk hari esok. Sedikit pun tidak terbit rasa menyesal dalam hatinya krn bersedekah tatkala kesempitan wang. Dia benar-benar yakin pada rezeki Allah dan janji Allah. Dia begitu yakin pada yg itu.


Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)


Keesokannya, dia ke tempat kerja seperti biasa. Wang di dalam dompet tidak cukup untuk digunakan selama 2 minggu. Wang inilah yang akan digunakn utk mengisi minyak dan duit tol. Mungkin dia perlu mencatu makanannya agar duit itu cukup-cukup sehingga hujung bulan.

Sudah menjadi rutin hariannya mengisi minyak seminggu sekali dan kebiasaannya, pada hari ahad tanki minyak kereta berada pada tahap minimum dan akan di isi pada hari isnin.

Dia menuju ke kereta dan menghidupkan enjin sambil melihat meter minyak.

"Subhanallah.."

Minyak keretanya telah di isi. Malahan PENUH. Cukup untuk digunakan ke tempat kerja selama 2 minggu.

Inikah yg di katakan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka?

"Adik isikan semalam. Terima kasih pinjamkan adik kereta"  terdengar suara adiknya dari dalam rumah.

Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245)

Ya Allah.. Benarlah janji Mu itu..



No comments: